Friday, March 27, 2015

WHEN MY COUNTRY IS SO HOT... JOM JELI AIR KELAPA MUDA!
















Cuaca panas kembali. Geli hati Kjee tengok dalam status ntah sapa di FB. "Tiap tahun memang akan ada cuaca panas, so why bother? Redho ajelah!"

Betul betul betul. Panas susah, hujan lebat sampai rumah ditenggelami air pun kita susah. Hehehe.

Jadi untuk pujuk hati supaya tidak menjadi stress, apa kata kalau kita buat Jeli Air Kelapa Muda. Modal sikit jer tapi kesannya berbaloi-baloi. Boleh sejukkan sikit badan kan!

Itulah yang Kjee buat pagi tadi. Round sana sini cari kelapa muda seawal jam 8.30 pagi. Mana ada orang jual. So apabila dah berjam-jam cari tak jumpa akhirnya jumpalah jugak kat food court Anjung Melawati. RM4 sebiji. UnclePali beli 4 biji! Naseb baik beli 4 biji sebab 1 biji tak ada air! Huhuhu.

Resipinya 3 biji air kelapa muda, ¾ mug gula dan 10gms serbuk agar-agar. Kalau tak suka manis, boleh kurangkan sikit gula tu. Manis sikit bagi tekak Kjee tapi nak buat camner... dah terletak. Next time Kjee letak ½ mug jer.

Ada kata jeli kelapa muda yang dijual di KL pun dah mahal sekarang. Satu bekas dadih RM3. Tak sedap pulak tu. Mungkin lebih air dari air kelapa. So, apa nak komplen? Buatlah sendiri kan?

Korang nak resipi, sila tengok SINI. Kjee nak ke dapur amik satu bekas lagi. Tadi dah sebat dua bekas. Naseb lah kan. It's so sedap!!! Hehehe.







2 comments:

  1. dugaan panas ni x seteruk dugaan banjir besar hr tu.. redha je lah kan... buat jelly kelapa banyak2 hehehe

    ReplyDelete
  2. sedapnyer kak jee...meleleh air liur saya. panas-panas ni memang rasa nak duduk dalam esbok je kan.

    ReplyDelete