Pages

Tuesday, April 28, 2015

NAK KURUS LAGI CEPAT? INI PRODUCT TERBARU BOB2E








Ini Redslim, product terbaru dari bob2e yang mengeluarkan product slimming seperti L'arome Slimming Serum (lss) yang sedang meletops di pasaran. Sangat berkesan kawal nafsu makan.

Redslim didatangkan dalam kotak yang berisi 30 uncang. Satu uncang satu hari sebelum breakfas. Koyakkan sikit hujung uncang tu, picit bawah lidah dan hisap perlahan-lahan. Rasanya masam, manis dan sedikit pedas. Sama rasanya macam buah asam Jawa Thai yang disira gula tu.

Kawan-kawan Kjee yang dah try, rata-rata kata sedap. Ada yang kata nasib baik lah hanya boleh consume 1 uncang sehari... kalau tidak... hehehe.

Kjee bukan main excited nak menerai tapi harapanku nak kurus cepat, terbantut apabila dia orang kata orang mengandung tak boleh mengambilnya.... oppps jugak orang yang ada gastrik. Kusss semangat, mesti korang tersebut ingatkan Kjee preggy. Kilang dah pencen babe! Hehehe.

Gandingan Redslim dengan L'arome Slimming Serum akan buat korang kurus lebih cepat. Shira, Upline Kjee yang bukan main excited nak jadi macam Jennifer Lopez dah try dah. Dia kata, selera makan dia tertutup. Makan sikit jer walaupun selama ini dia pantang tengok makanan!

Harganya? RM381.61 untuk 30 sachet di Semenanjung dah termasuk GST. Pos Laju, Kjee kowtimlah untuk Semenanjung. Sabah dan Sarawak RM413 termasuk pos laju naik belon. Kalau naik sampan, Kjee tak tahu harga. Maap mokcik gurau jer.

Cam biasa kalau korang nak cepat kurus menjelang Raya ni, boleh WA 01131771389. Pagi lepas mandi sapu L'arome pastu sebelum bekfas pekena pulak Redslim. Lepas dua minggu baru timbang. Jangan jadi cam ada orang tu...cik piah (bukan nama sebenar)... tiap hari timbang!! Hehehe

Okay babai.





Keluar Kosmo 28/4


DAUN ULAM RAJA GORENG PEDAS









Pagi tadi ketika nak pergi Pasar Keramat untuk beli daging tetel nak masak Asam Rebus, Kjee terpinga-pinga fikir nak masak sayur apa. Kalau tanya UnclePali, dia mesti kata Kacang Buncis sebab dia pandai goreng sayur tu. Kjee angkat kening. Boring lah asyik makan kacang buncis kannn.

Masuk pasar, masa nak keluar, ternampak gerai sayur kampung. Kjee singgah beli serai pastu ternampak Daun Ulam Raja. Wahhh lamanya tak buat goreng sayur ni. So Kjee rembat 3 ikat. Satu ikat kenit pun dah RM1 sekarang!

Sampai rumah, Kjee petik daunnya dan rebus. Rebus kena lama sikit sebab daunnya liat. Lepas rebus, di bubuh kat sinki, toskan airnya dan rendam air seketika. Dah sejuk, perah airnya sampai kering. Pastu, riciklah. Tak payah halus sangat. Sedang-sedang jer.

Masa rebus daun tu, Kjee tumbuk cili padi. Ikut suka nak buat pedas mana. Tapi lagi pedas, sedap sikit kan. Kemudian tumbuk sekali 1 labu bawang besar dan 2 ulas bawang putih. Dah halus tumbuklah manja-manja sedikit ikan bilis.

Tumis bahan-bahan ini sampai garing. Bila dah garing, masukkan daun ulam raja yang telah diricik tadi. Gaul rata pastu rasa garam. Bubuh garam dihujung-hujung takut ikan bilis tu dah masin.

Itu jer Ulam Raja Goreng Pedas yang Kjee belajar dari maid Indon, kawan baik Kjee, Norliza Ismail. Maid tu kata ini favorite orang kampung dia. Okaylah... dah jadi kesukaan Kjee jugak.

Selamat lah korang cuba...mudah-mudahan. Aaminnnn. Ewah hehehe.





Petik dan basuh




Pastu rebus


Perah air dan ricik



Sunday, April 26, 2015

MAKARONI GORENG SIMPLE JER








Dah banyak hari Nadia mintak mama dia buatkan Makaroni Goreng. Yang simple-simple jer mama. And no cheese, please.

Wah bab no cheese tu yang buat lemah Kjee nak buat. Kalau Kjee buat makaroni goreng, wajib tabur banyak banyak parmesan cheese. Barulah berselera betul makan.

Tapi oleh kerana Nadia tak mau cheese, Mama kena ikut arahan. Kalau dia tak makan nanti, mama kena habiskan. Bahaya tu... walaupun ada L'arome Slimming Serum. Hehehe.

Kali ni Kjee beli pasta yang kenit-kenit. Mungkin saiz paling kecik di pasaran. Tapi bila dah rebus, besar jugak jadinya.

Kjee buat arini without a recipe. Main bantai jer. Bawang merah dan bawang putih dicincang. Pastu guna daging cincang Ramly yang Kjee rebus dulu dan toskan. Why? Kjee dah banyak kali bagitau. Daging cincang yang dah siap proses tu, kan banyak lemak. So kalau direbus dan toskan airnya masa tengah panas-panas, lemak dan minyaknya akan mengalir keluar. So, taklah lemak tak baik tu masuk perut mokcik.

Rebus pasta ikut arahan pada peknya. Bubuh garam secukup rasa. Lepas elok kenyalnya, toskan air dan letak sikit minyak dan cepat-cepat gaul. Ini untuk elak pasta tu melekat antara satu sama lain.

Tumis bawang. Tadi Kjee guna Olive Oil. Minyak Zaiton. Minyak Joyah, Bedah atau Tipah pun boleh. Bila dah layu sikit, masukkan sedikit cili kisar. Banyak mana ikut suka. Bila dah garing cili tu, masukkan 1 atau 2 sudu pes tomato dan jumlah yang sama dengan sos cili.

Kemudian masukkan daging. Kacau sampai rata. Lepas tu masuk mix vege atau sayur campur (carrot, jagung dan peas). Kacau rata. Masak selama 3 minit. Kalau ada kiub daging bolehlah masuk tapi Kjee hanya guna garam jer.

Apabila semuanya dah naik wap, masukkan pasta dan gaul rata. Perlahankan api. Bila dah naik wap, rasa dan padam api.

Kalau nak makan, bolehlah taburkan parmesan cheese kalau suka.

Kjee selalu pek dalam bekas kecik dan bekukan. Nak makan, panaskan jer. Yayyy malam nanti Sahur boleh makan Makaroni Goreng ni.








Friday, April 24, 2015

ALCANO DESIGN KINI BUAT KABINET DAPUR & RAK TV


IKLAN BERBAYAR



Kabinet dapur tidak perlu nampak cantik hanya dalam majalah. Ia sekarang boleh dijadikan milik anda. Jangan risau sekiranya anda mempunyai dapur yang kecik. Sebenarnya, dapur yang kecik harus diletak kabinet dapur supaya ruang yang terhad boleh digunakan sebaik mungkin. Di Alcano Design, kami boleh menyesuaikan design dapur mengikut citarasa dan juga budget anda. Kami juga mempunyai banyak design yang boleh anda pilih. Atau anda boleh bawa design sendiri. Kami menggunakan kayu berkualiti bukan chip board yang hanya nampak cantik tetapi tidak tahan lama. Datanglah berjumpa kami untuk berbincang mengenai dapur yang menjadi idaman anda. Boleh call kami di

Alcano Design, Lot 2770 M, AL 220, Kampung Baru Sungai Buloh, 47000 Kuala Lumpur. Tel: 0361401371 (pejabat) atau Encik Chai 0123966621. Kilang dibuka pada Isnin-Jumaat 8pagi hingga 5 petang. Sabtu dari 9 pagi hingga 4 petang. Cuti pada hari Ahad.















Selain itu, kami juga membuat rak untuk TV. Boleh disesuaikan mengikut citarasa anda. Pilihan warna dan kayu juga boleh disesuaikan. Harga mengikut saiz dan ruang yang hendak dipenuhi.










MACAM-MACAM ADA DI THE FLAVOURIST KUALA LUMPUR





Ahad lepas, Shira Majid my Larome upline ajak pergi dating dengan Razila Ismail jugak geng sama. Katanya, Kjee pilih jer lah nak makan kat mana ya. Apabila Shira cakap camtu, teringat Kjee cafe di Taman Melawati.... The Flavourist Kuala Lumpur.

UnclePali selalu pergi situ sebab beli stok e-liquid untuk e-cigarette dia. Dan tiap kali ke sana jumpa owner Encik Ahmad kat situ, UnclePali selalu janji nak bawak Kjee makan... try food dia.

Anyway, tiap kali nak pergi ada jer hal. Kjee tanya UnclePali apa food yang dijual di The Flavourist? Dia kata ada burger, ada... ahhh macam-macamlah. Hehehe itulah UnclePali...

Kjee memang dah plan nak ke situ Ahad lepas. So, bila Shira ajak dating, maka kesanalah kami tiga famili. Lapan kesemua including baby Aisy, anak Shira yang cute.





Swiss Mushroom Burger



Langkawi Love


Antara shakes




Kjee selalu lalu saja depan The Flavourist nak pergi ke Hero Market Taman Melawati. Nampak dari luar cam biasa-biasa jer. Tapi, apabila melangkah ke dalam cafe tu, I was speechless! Ambience dia so very comfy! Selesa sangat dan santai. Tapi ada kelassss! Macam dalam cafe kat luar negara...

Tapi bila tengok harga, Shira kata semuanya very affordable... mampu milik... oppps mampu makan. Hehehe.

Kjee suruh semua order lain-lain supaya kami dapat kongsi-kongsi rasa. Kjee of course terliur dengan burger yang ada cendawan. Swiss Mushroom. Dagingnya langsung tak ada lemak dan berat 200gms. Memang sedap sampai UnclePali jeles tengok dan order satu untuknya. Harga korang tengok kat gambar menu bawah tu.

Ady, suami Zila order Nasi Lemak Goyang, RM3.90. Isyhhh murah kot untuk harga dalam cafe! Kelmarin waktu singgah di Hero Market, UnclePali angkat kening sebab nasi lemak kat situ RM6++.



Nasi Lemak Goyang



The Flavourist bukak jam 8.30 pagi untuk sarapan dan wrap up pukul 12 mlm. So maknanya, boleh kowtim makan untuk sarapan sampai ke supper.

Ada macam-macam makanan dari sandwich, burger, kacang pool, soto, lasagna, pasta dan jugak kek. Yang suka shakes pun boleh pilih macam-macam dari menu. Dan semua makanan bertaraf cafe 5-star! Ada jugak ruang santai siap bean bags lagi. Mungkin untuk kanak-kanak main-main.

Hari tu sewaktu kami singgah, cafe penuh dengan pengunjung. So, servis agak kelamkabut sikit sebab ada dua tiga staff yang cuti. Owner Encik Ahmad dan isterinya Tunku Nor Azlin yang comel turut jadi chef. Hehehe.

Sambil jamu selera, mata Kjee pandang kat rak-rak berhampiran. Ada pelbagai jenis rempah of premium quality. Rempah ratus ori yang tidak dicampur... diimport dari luar negara dan dipek dalam botol-botol yang cukup cantik.



Rempah Nasi Arab



Pasta

Rasa cam tak pernah jumpa di supermarket biasa

perisa pelbagai guna.. untuk kek atau untuk campur dalam e-liquid

Cili kering gred premium


Menurut Tunku Nor Azlin, rempah ratus tu adalah bestseller kat The Flavourist. Malah, banyak lagi yang akan mereka import kerana permintaan yang besar.

Macam-macam lagi items yang mereka jual selain makanan. Kalau nak tau apa yang dijual, korang kenalah pergi sendiri dan check it out.

Bangga juga tengok anak muda yang boleh hasilkan makanan 5 bintang tetapi dengan harga ramai mampu. So, kalau korang berada di kawasan sebelah Taman Melawati dan terasa lapar dan nak sarapan ataupun supper menjelang late nites, singgah le kat The Flavourist. Cafe yang line clear punya lah. Hehehe.

Alamat seperti dibawah tu. Tapi senang jer.. waze Hero Market Taman Melawati... mesti jumpa punya.






Suasana dalam The Flavourist yang santai





Shira sebelah Nadia... yang lambai tu Anne atau Razila... yang kecik cute tu Aisy



Monday, April 20, 2015

SELAMAT KEMBALI REJAB 1436.








AMALAN BULAN REJAB


~ Bersolat dan buatlah solat Qado sebanyak mungkin di samping solat-solat sunat mengiringi solat fardhu.
Solat sunat Israk, solat sunat Dhuha dan solat sunat Taasbih.
~ Bertaubat dan berdoa mohon keampunan agar diterima amalan ibadat, minta selamat dunia dan akhirat, minta dilimpahi rahmat, minta dilepaskan daripada azab-Nya di akhirat dan mohon dimasukkan ke syurga.

Dalam Syahrullah (Bulan Allah), di ampunkan dosa-dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah s.w.t. Sekiranya di tambah dengan berpuasa Rejab wajib baginya;
di ampunkan dosanya yang lalu.
di peliharakan Allah s.w.t umurnya yang tinggal...terlepas dari dahaga di hari kiamat.

~ Berzikir; 100 kali selepas solat Subuh dan Asar.
(a) لآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ (Tiada Tuhan Melainkan Allah),
(b) الله ُ اَكْبَرُ (Allah Maha Besar)
(c) Baca setiap hari 10 kali:
لآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ قَبْلَ كُلِّ اَحَدٍ، لآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ بَعْدَ كُلِّ اَحَدٍ، لآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ يَبْقَى رَبُّنَا وَيَفْنَى كُلُّ اَحَدٍ.
Tiada Tuhan melainkan Allah sebelum tiap-tiap sesuatu, Tiada Tuhan melainkan Allah sesudah tiap-tiap sesuatu, Tiada Tuhan melainkan Allah kekal Tuhan kita dan fananya tiap-tiap sesuatu.

~ Bertasbih: Setiap satu, 100 kali
(a) سُبْحَانَ اللهِ رَبِّيَ اْلاَ عْلَى.
Maha suci Tuhan yang Maha Tinggi.

(b) سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ، سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ.
Maha Suci Allah dan dengan segala pujianNya, Maha Suci Allah yang Maha Agong.

(c) سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، لآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ اَكْبَرُ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ.
Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah, tiada tuhan melainkan Allah, Allah Maha Agong, tiada suatu daya dan upaya melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agong.

PEMBAHAGIAN : (jika nak teratur laa hmm..)
~ 1 – 10 REJAB -100 kali.
سُبْحَانَ اللهِ الْحَيُّ الْقـَيُّوْمِ.
Maha Suci Allah Yang Maha Hidup lagi Maha Mengurus.

~ 11 – 20 REJAB -100 kali.
سُبْحَانَ اللهِ اْلأَحَدِ الصَّمَدِ.
Maha Suci Allah Yang Maha Esa lagi Maha Diperlukan.

~ 21 – 30 REJAB -100 kali.
سُبْحَانَ اللهِ الرَّؤُفِ.
Maha Suci Allah Yang Maha Memaafkan.

TAMBAHAN....
~ 1 – 30 Rejab, dibaca 80 kali selepas Subuh & Asar:
اَللَّهُمَّ اغْفِرْلِيْ وَارْحَمْنِى وَتُبْ عَلَـيَّهِ.



Ya Allah! Ampunilah daku dan rahmatilah daku serta daku bertaubat kepada-Nya.

وَلاَحَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ وَحَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَىْ وَنِعْمَ النَّصِيْرُ. اَلله ُ الْكَافِى اَلله ُ الْشَّافِى اَلله ُ الْمُعَافِى.
Dan tiada daya dan upaya bagiku melainkan dengan Allah yang Maha Mulia lagi Maha Agung. Dan cukuplah Allah tempatku berlindung, sebaik-baik pemerintah dan tempatku meminta pertolongan. Allah yang Maha Mencukupkan, Allah yang Maha Menyembuhkan, Allah yang Maha Menyihatkan!.

KERAPLAH...SELAWAT & ISTIGHAR.. :
~ Selawat: 10 atau 100 kali.
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيَّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ سَيَّدِنَا مُحَمَّد.
Ya Allah, sejahterakanlah Nabi Muhamad saw dan ahli keluarganya.

~ Istighfar 70 atau 100 kali pagi dan petang.
أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ.
Daku mohon ampun kepada Allah Yang Maha Agong dan daku bertaubat kepadaNya.

~ Istighfar kepada ibu bapa, seberapa banyak yang boleh;
رَبِّ اغْفِرْلِىْ وَلِوَالِدَىَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِىْ صَغِيْرًا.
Ya Tuhanku! Ampunilah daku dan dua ibu bapaku dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku sewaktu kecil.

Sunday, April 19, 2015

OTAK-OTAK NYONYA MENJELANG REJAB









Kjee dah plan nak buat Otak-Otak Nyonya ni awal minggu ni. Tetapi kerana mood memasak tetiba jatuh merundum, hari ini baru kesempatan membuatnya. Itu pun kerana terpaksa.

Hehehe terpaksa sebab esok kan bermulanya bulan Rejab. Bulan dimana Kjee akan berpuasa selama 30 hari, Insya Allah, kalau kesampaian. Kjee tak mau pulak nanti teringat-ingat nak makan Otak-Otak. Hehehe.

Makanan ni bukan ada jual kat restoran biasa. Hanya di Restoran yang menghidangkan makanan Peranakan Nyonya. Restauran yang menjual cuisine Pulau Pinang dan Melaka ada menghidangkannya.

So, sebagai alternatif? Buat sendirilah. Bahan-bahannya taklah berapa payah. Biasa-biasa jer. Cuma yang mungkin susah sikit nak cari ialah daun kaduk. Kat kawasan taman perumahan yang Kjee duduk ada banyak tumbuh melata di tepi-tepi jalan dan bukit. Wahhh boleh kubuat bisnes ni! Hehehe.











Selain itu perlu daun limau purut, bunga kantan (optional tapi Kjee suka letak), serai, lengkuas, cili padi, cili merah, cili kering, bawang merah dan bawang putih. Jugak telor, santan dan isi ikan seperti ikan tenggiri atau ikan merah. Nak resipi lengkap, KLIK SINI.

Hari ni ala bukan arini jer  bungkus tak lawo. Kalau korang ada lidi, gunakannya untuk cucuk bahagian atas daun pisang tu. Kjee hanya guna stapler. Nasib lah kan. Hehehe.

Otak-otak ni boleh dibekukan dan dikukus semula. Hari ni Kjee buat sikit jer. Nak bagi seorang dua kawan rasa. Tinggal empat untuk sahur malam ni. Mudah-mudahan dapat puasa penuh di bulan Rejab tahun ini, Insya Allah.

Salam Rejab 1436.




Friday, April 17, 2015

TOFU LEMBUT JEPUN KUKUS










Ini cara makan Japanese soft taufoo atau tofu yang dipek dalam plastik lonjong, yang Kjee suka sangat. Tapi, sebenarnya, ada ke cara lain nak masak tofu ni? Ia terlalu lembik dan hanya sesuai untuk dikukus.

Masaknya mudah jer. Tak sampai 10 minit. Sediakan kukusan. Bila airnya sudah mendidih, diletakkan tofu ini didalam kukusan dan kukus.

Ada macam-macam cara orang memasaknya. Ada yang letak pelbagai jenis sos seperti sos tiram, hoisin sos dan sebagainya. Tetapi Kjee hanya guna kicap manis dan kicap cair atau fish sos aka Nampla. Kicap Thai tu. Kekadang kalau terlalu ghairah bubuh macam-macam, tak jadi sedap pun end result. Hehehe.

Apapun, setelah dikukus selama lebih kurang 10 minit, keluarkan pinggan berisi tofu tu. Kalau ada banyak air bergenang dalam pinggan/piring, toskan buang. Tapi hati-hati takut tergelincir sekali tofu tu.

Kemudian curahlah kicap manis dan sedikit kicap cair ikut rasa diatas tofu kukus tu. Tabur dengan cili merah yang telah dimayang halus, daun bawang dan jugak bawang goreng. Kjee ni suka sangat bawang goreng, so Kjee tabur banyak ler. Pastu titis sikit minyak bijan.

Bab paling susah buat Tofu Kukus ini ialah hendak keluarkannya dari pek plastik tu. Rasa-rasanya dulu Kjee ada dengar caranya. Dah lupalah pulak. Jadi, masa keluarkan tofu, adalah cedera dan cacat sikit hehehe.

Kjee baru terfikir satu lagi cara nak masak tofu ni. Kukus seperti biasa, kemudian bila dan siap, letak sambal tumis udang kering diatasnya. Sedap kot. Kat rumah sentiasa ada stok sambal udang kering ranggup dalam botol yang Kjee belu kat Tesco. Wah nanti nak trylah.

Klik SINI untuk tengok entri dulu.








Wednesday, April 15, 2015

SAMBAL AYAM KESUKAAN ANAK DARAKU







Semalam makan tengah hari di Adam Tomyam, AU3 Keramat. Plan asal nak masak tapi last minute banyak pulak jobs, so tangguhlah memasak.

Menu yang Kjee rancang semalam adalah Sambal Ayam, favorite Nadia sejak kecik lagi. Teringat Kjee masa tinggal di Cheras Perdana masa Nadia sekolah menengah. Dia bawak balik kawan baik dia dan beritahu..."Arini mama aku masak sambal ayam. Kau mesti makan sebab sedap giler."

Ewah si Nadia. Siap promo kat kawan dia. Sedap giler? Alahai, sambal ayam biasa jer!

Oleh kerana semalam tak masak, hari ni Kjee buat. Baru sekejap ni Nadia call. Bila dia tahu Kjee masak Sambal Ayam kesukaan dia, punyalah dia suka. Ada banyak ker? Nak ratah!! Itulah Nadia... sebiji ikut perangai mama dia yang kuat meratah. Nasi tak berapa suka!!

Nak resipi, korang KLIK SINI. Cuaca panas so maleh nak duk lama-lama depan komputer.

Sambal ayam ni sedap gak makan dengan ketupat pulut, nasi impit dan jugak roti.






Tuesday, April 14, 2015

NASI GORENG CINA - MENU BILA MALAS









Inilah yang Kjee suka sangat makan bila mood malas melanda. Senang citer. Pada Kjee, sedap dan kenyang sangat-sangat. Kjee punya perangai, kalau makan Nasi Goreng mesti letak banyak banyak bawang goreng! Perghhh sedap sangat. Mujur UnclePali tak suka letak bawang goreng, so Kjee boleh tabur puas-puas. Hehehe.

Semua chef dan tukang masak terkenal kata kalau nak masak nasi goreng, nasinya mesti dimasak semalaman. Barulah sedap.

Tapi Bonda panggil itu Nasi Sejuk (nasi simpan semalaman) dan tidak elok sebab katanya boleh jadikan angin dalam badan. Entahlah, dia kata sikit lebih kurang camtu.

So, Kjee sebenarnya kalau nak makan nasi goreng baik yang Cina, yang kampung atau yang apa sajalah, akan masak nasi bila nak buat nasi goreng. Nasi tu harus dikurangkan sedikit airnya dari biasa. Kalau nasi biasa (Kjee suka nasi lembik), tak sedap.

Dan lepas nasi tu kering ditanak, Kjee guna garfu untuk peroi-peroikan. Lepas tu letaklah nasi tu dalam loyang atau pinggan bagi sejuk. Lebih kurang ½ jam. Pastu Kjee gorenglah.

Pada Kjee, buat nasi goreng guna nasi fresh lebih sedap dari yang dimasak malam sebelum. Tekak masing-masing kan.

Itu jer yang Kjee nak story pasal Nasi Goreng Cina yang Kjee buat aritu. Nak resipi, korang INTAI kat sini.

Maaf... bukan sengaja nak tayang banyak sangat udang tapi dah tak sengaja ada banyak udang dalam fridge. Potong cili padi dan letak kicap cari, adoiiii sedapnya!!






Sunday, April 12, 2015

PULUT MANGGA MANIS ALA THAI. AIR TANGAN WONG JOWO












Setelah dua hari keliling KL ewah ya lah tu cari buah mangga manis, akhirnya hari ni mendapat. Punyalah suka. Memang betullah orang kata, kalau kita tak nak beli sesuatu, hari-hari dia lalu depan mata. Bila kita nak beli, tetiba punyalah susah nak jumpa.

Musim mangga manis sudah kembali. Dan inilah masanya nak makan dengan  pulut ala resipi Thai...Sticky Thai Rice With Mango.

Buatnya punyalah mudah tau. Tapi kena ada kerajinanlah yer. Kalau pandai buat tahap manapun kalau malas, bukan masalah mokcik ler.

Hari ni mokcik kukus pulut. Kalau nak tanak pun boleh. Air sukatan tanah hanya 1 inci atas paras pulut ya.
















Since Mokcik kukus tadi, mokcik cuci pulut, buh dalam kuksan dan kukus lebih kurang 30 minit. Pastu Mokcik keluarkan, tuang dalam besen dan letak ler air biasa ramas-ramas manja supaya air tu basah kat merata pulut, pastu kukus lagi setengah jam.

Lepas tu amik sikit rasa. Kalau dah cukup lembut, maka dah siaplah. Kalau tak, korang titiskan lagi air bagi rata dan kukus lebih kurang 20 minit.

Untuk sos santan tadi, mokcik guna 1 kotak setengah santan kotak. Mokcik letak kira-kira 4 kotak sama air. Kemudian bubuh lebih kurang 2 sudu besar tepung jagung. Kacau bagi rata, pastu buh garam hingga naik rasa lemak dan lebih kurang 1½ sudu gula. Jerang atas api sederhana sampai likat sikit. Kalau korang rasa pekat sangat, buhlah sikit air panas nak bagi dia cair.

Itu jer. Bab seterusnya korang fikir lah sendiri. Hehehe.

Nak cara mokcik pernah buat sebelum ini KLIK SINI.

Gambar tak lawa sebab mokcik amik sendiri. Hehehe







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...