Pages

Sunday, April 26, 2015

MAKARONI GORENG SIMPLE JER








Dah banyak hari Nadia mintak mama dia buatkan Makaroni Goreng. Yang simple-simple jer mama. And no cheese, please.

Wah bab no cheese tu yang buat lemah Kjee nak buat. Kalau Kjee buat makaroni goreng, wajib tabur banyak banyak parmesan cheese. Barulah berselera betul makan.

Tapi oleh kerana Nadia tak mau cheese, Mama kena ikut arahan. Kalau dia tak makan nanti, mama kena habiskan. Bahaya tu... walaupun ada L'arome Slimming Serum. Hehehe.

Kali ni Kjee beli pasta yang kenit-kenit. Mungkin saiz paling kecik di pasaran. Tapi bila dah rebus, besar jugak jadinya.

Kjee buat arini without a recipe. Main bantai jer. Bawang merah dan bawang putih dicincang. Pastu guna daging cincang Ramly yang Kjee rebus dulu dan toskan. Why? Kjee dah banyak kali bagitau. Daging cincang yang dah siap proses tu, kan banyak lemak. So kalau direbus dan toskan airnya masa tengah panas-panas, lemak dan minyaknya akan mengalir keluar. So, taklah lemak tak baik tu masuk perut mokcik.

Rebus pasta ikut arahan pada peknya. Bubuh garam secukup rasa. Lepas elok kenyalnya, toskan air dan letak sikit minyak dan cepat-cepat gaul. Ini untuk elak pasta tu melekat antara satu sama lain.

Tumis bawang. Tadi Kjee guna Olive Oil. Minyak Zaiton. Minyak Joyah, Bedah atau Tipah pun boleh. Bila dah layu sikit, masukkan sedikit cili kisar. Banyak mana ikut suka. Bila dah garing cili tu, masukkan 1 atau 2 sudu pes tomato dan jumlah yang sama dengan sos cili.

Kemudian masukkan daging. Kacau sampai rata. Lepas tu masuk mix vege atau sayur campur (carrot, jagung dan peas). Kacau rata. Masak selama 3 minit. Kalau ada kiub daging bolehlah masuk tapi Kjee hanya guna garam jer.

Apabila semuanya dah naik wap, masukkan pasta dan gaul rata. Perlahankan api. Bila dah naik wap, rasa dan padam api.

Kalau nak makan, bolehlah taburkan parmesan cheese kalau suka.

Kjee selalu pek dalam bekas kecik dan bekukan. Nak makan, panaskan jer. Yayyy malam nanti Sahur boleh makan Makaroni Goreng ni.








0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...