Wednesday, May 6, 2015

BUKAN MI GORENG BODOH KER NI?







Kjee jarang-jarang order Mi Goreng kalau singgah di restoran Tomyam mahupun Mamak. Sesekali bila teringin sahaja baru Kjee order. Itu seringkali kecewa sebab Kjee dah ingatkan tukang amik order suruh letak sayur banyak dan mi kurang!

Tapi, yang selalu tiba di meja ialah sayur sawi dua helai dan menimbun-nimbun Mi Kuning. Selalu Kjee tarik nafas atau urut dada. Tak mau create a scene sebab nanti UnclePali very angry.

Sebab tu kalau Kjee beritahu UnclePali nak masak Mi Goreng, dia mesti happy nak buat sebab dia dah masak dengan citarasa Kjee. Mi goreng Mamak pun terer dia buat!!

Tapi minggu lepas tu, UnclePali sibuk kat mini office dia. Kjee tak mau lah kacau dia, so Kjee turun sendiri masak. Bila UnclePali dengar Kjee sibuk kat dapur, dia pun sama-sama tolong clean up. Nadia puasa sunat Rejab, so Kjee tak lah nak kacau dia.

Mi Goreng ni sebenarnya versi Mi Bodoh. Kjee tak tahu Mi Bodoh rupanya Mi Goreng kosong yang tak banyak rencah. So bila siap dan Kjee tayang kat FB, ramai marah kata ini bukan Mi Goreng Bodoh tapi Mi Goreng Cerdik!! Hahaha Whatever lah!





Dalam fridge ada udang jer. So tadi Kjee suruh UnclePali beli mi kuning dan fish cake serta sawi. Bila beli fish cake teringat arwah Bonda. Kalau dia goreng sayur atau buat sup mesti letak fish cake. Kjee punyalah hot! Boleh menangis kalau tergigit fish cake. Masa tu fish cake rasa tak sedap tapi dah tua-tua ni I like lah pulak. Kekadang sambil potong-potong, ngap sekeping dua masuk mulut.

Untuk Mi Goreng ni, selepas siang udang, Kjee rebus kulit serta kepalanya. Nak amik airnya yang cukup perisa. Kjee suka Mi Goreng yang basah sikit. Ala-ala Mi Hailam gitu. OMG dah lama Nadia tak buat Mi Hailam dia yang awesome sangat tu.

Untuk tumisannya, Kjee tumis 1 labu bawang besar yang telah dihiris serba bawang putih dalam tiga ulas. Pastu bila dah wangi, Kjee masukkan kira-kira dua sudu cili kisar, goreng lagi sampai sedikit garing. Pastu masukkan lebih kurang dua sudu cili sos dan dua sudu hoisin sauce. Kalau nak bubuh sos tiram pun boleh. Pastu bubuhlah air rebusan kulit udang tadi dalam satu mangkuk kecik. Lebih sikit pun tak per.

Bila semua dah mendidih, masukkan udang dan sayur. Goreng seketika dan masukkan 1 peket  kecik mi kuning. Bubuh jugak kicap manis dan sedikit sos cair atau nampla ikut rasa. Gaul semua sampai rata. Kalau perlu air rebusan, tambah jerlah.

Hidang sebaik masak. Kalau makan dengan cili hijau jeruk, sedapnya. Tapi mokcik dah tak boleh makan cili jeruk sebab gastrik tahap gaban.

KLIK SINI untuk versi Selak Udang Jumpa Mi. Hehehe.








2 comments: