Pages

Saturday, May 9, 2015

CHICKEN PIES MACAM ANGEL CAKE HOUSE






Apabila dah lama tak buat, bila buat balik memang kekok sangat. Begitulah terjadi siang tadi apabila Kjee ajak UnclePali bantu buat pies. Terpinga-pinga selak buku cari resipi walhal Kjee memang tahu resipi pastri yang Kjee guna adalah ehsan my good friend, Wan Noor Rizan.

Kjee adalah pengikut tegar rancangan AFC especially program Anna Olson dan Tyler Florence of Tylers Ultimate, fame. Siap rakan setiap series supaya tidak terlepas. Maklumlah kekadang waktu siaran, Kjee keluar atau zzzzz.

Anyway, apa yang Kjee pelajari ialah tips bagaimana dengan mendapatkan pastri yang flaky. Bukan jenis puff pastri tetapi pastri biasa yang rasa macam berlapis. Flaky lah tu. Hehehe.

Menurut mereka, mudah aje. dadu kecik-kecik butter yang sejuk beku. Terus diramas ke dalam tepung. Apabila butter tu masih dalam bentuk ketulan yang agar kasar (bukan halus macam breadcrumbs), masukkan air yang sudah dicampur ais. Maknanya air itu mesti sejuk sangat-sangat.

Kemudian disatukan hingga menjadi doh. Bukan doh keras macam kita buat karipap tetapi lembut sedikit. Uli doh tu pantas-pantas kemudian terus dibungkus dalam plastic wrap dan diletak dalam peti ais selama lebih kurang ½ jam.

Jangan risau ketika mencanai masih terdapat ketulan butter. Ketulan butter itulah yang membuat pastri itu flaky bila dibakar.




























Itulah yang Kjee buat tadi guna resipi Wan Noor Rizan yang Kjee ambil dari page dia Sugar-Sucre. Kjee guna 250gms butter (Kjee guna Anchor) dan 3 cawan tepung. Air ais secukupnya untuk bind pastri tersebut.

Apabila sudah keluar oven, nyata sekali tips yang Kjee kutip dari rancangan Anna Olson dan Tyler Florence menjadi. Tak tipu punya hehehe.

Hari ini Kjee jugak eksperimen buat inti ayam seperti yang pernah Kjee beli dari kedai Angel Cake House. Masa muda-muda dulu ACH ini cukup femes. Selain kek dan pastri yang sedap, Chicken Pies antara attraction mereka. Mereka jugak bubuh telor rebus dalam Chicken Pies. Apabila ACH dah tutup, Kjee selalu terbayang nak buat Chicken Pies macam yang mereka buat.

Akhirnya Kjee berani dan hasilnya hampir sama seperti ACH. Alhamdullilah dapatlah sikit kurang rasa seperti yang Kjee makan dulu-dulu.




Inti chicken pie
























Untuk inti, Kjee guna isi dada dari 1 ekor ayam yang kecik. Kjee rebus guna sedikit air sehingga masak. Letak sedikit garam ketika merebus. Air yang sama Kjee guna untuk rebus 2 biji kentang yang telah Kjee dadu kecik-kecik. Sementara tunggu kentang empuk, Kjee carik-carik isi ayam. Kjee toskan kentang dan simpan airnya untuk buat stok.

Kemudian Kjee dadu 2 labu bawang besar dan 3 ulas bawang putih. Kjee tumbuk halus 1 sudu besar lada hitam. Kjee jugak guna mixed vege yang terdiri dari green peas, carrots dan jagung dalam satu mangkuk kecik.

Tumis lebih kurang 2 sudu besar butter dan 1 sudu besar minyak jagung. Minyak itu untuk elakkan butter hangus. Apabila sudah cair, masukkan bawang dan goreng hingga layu. Kemudian masukkan kira-kira 2 sudu besar tepung gandum dan kacau serta masak hingga sebati. Masukkan kira-kira 1 mangkuk air rebusan tadi dan kacau hingga halus. Jika terlalu pekat, masukkan lagi stok atau kalau dah habis, boleh tambah sedikit air panas supaya ia cari sedikit.










Kemudian masukkan isi ayam dan juga lada hitam serta mixed vege. Masukkan juga 1 kiub ayam. Kacau rata. Kalau ada stok bay leaf kering, bolehlah jugak letak. Rasa dan padam api. Sejukkan.

Sementara itu, keluarkan pastri. Canaikan dan guna bekas alluminium untuk bahagian bawah pie. Cucuk-cucuk dengan garfu dan bakar (blind bake) dalam oven lebih kurang 10 minit suhu 160. Kemudian keluarkan, isi inti ayam, letak ¼ biji telor rebus dan tutup dengan sekeping lagi pastri. Cucuk-cucuk bahagian atas pastri dan sapu dengan telur.

Bakar guna suhu 160 selama 25-30 minit atau sehingga masak keperang-perangan.

Sedap makan ketika suam. Lebih sedap kalau dimakan bersama black pepper sauce dan jugak sos cili.











0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...