Sunday, May 17, 2015

DAGING GORENG DAUN SELASIH











Dah banyak kali Kjee masak Daging Daun Selasih atau bahasa Thai,  daun Kaprau atau Sweet Thai Basil. Kjee ingat lagi, kali pertama Kjee buat letak paste tomyam yang merah tu. Sedap jugak.

Tapi minggu lepas, ada seorang chef mat salleh yang tinggal di Thailand, buat guna nampla atau fish sauce jer! Aikkkk itu jer ker? Mesti nak cuba ni.

Pagi tadi Kjee pergi pasar Keramat dan beli dua ikat daun selasih yang penjual tu kata daun Kemangi. Lepas itu, Kjee pergi cari daging batang pinang segar. Malangnya daging batang pinang dah habis. Yang tinggal daging rump steak yang sikit lebih kurang sama cam daging batang pinang. Murah sikit jer. Daging Batang pinang sekilo RM33 sementara daging yang Kjee beli rm32.

Korang tahu ke cara nak kenal daging tu lembut ke tidak? Satu tip yang Kjee dapat dari bonda ialah mencubit dengan hujung jari kita. Kalau daging tu lembut, cubitan tu boleh hancurkan sikit daging. Lagi satu tip ialah daging itu harus warna merah muda. Kalau merah tua mesti keras/liat bila dah masak.









So, Kjee mula dengan menghiris halus-halus daging menentang uratnya. Kjee guna lebih kurang ½ kilo daging. Kemudian, petik daun selasih. Kjee ketuk 3 ulas bawang putih dan lebih kurang 10 biji cili padi. Kalau nak pedas, tambahlah. Kjee pernah makan Nasi Daging Kaprau ni di Ali Tomyam, Keramat sampai meleleh-leleh air hidung. Pedas yarabbi! Rasa cam sangat mengganggu masa makan. Sikit-sikit nak gogok air.

Tumis bawang putih dengan cili padi hingga sedikit garing. Masukkan daging dan goreng sampai daging tu keluar air. Kjee kurang yakin nak gunakan fish sauce sahaja. Kjee tambah Hoisin Sauce. Rasanya kalau tak ada sos tu, boleh jugak guna sos Tiram. Tapi, kalau boleh bubuh HS sebab lagi sedap. Kjee letak dalam 2 sudu besar HS.

Goreng sampai hampir kering. Masukkan daun selasih dan rasa. Kalau tak cukup masin, bubuhlah sedikit sos ikan atau nampla.

Apabila daun selasih dah kecut, padam api. Sedap makan dengan nasi panas.

Kalau tak guna daging yang lembut, rebus daging hingga lembut dan hiris halus-halus. Ada restoran yang guna daging cincang untuk masak lauk ni.





0 comments:

Post a Comment