Pages

Friday, May 29, 2015

KALAU TAKUT LUKA TAK KERING KERANA DIABETES....



gambar hiasan...ehsan encik google




Beberapa bulan yang lalu, Kjee ditunjukkan satu video di handfon seorang teman. Makcik dalam video tu bercerita bagaimana dia berjaya keringkan luka di kakinya. Dia pesakit diabetes dan telah banyak berhabis duit berubat ekoran luka di kaki yang tidak kering-kering.

Dia dah berubat secara moden dan jugak ubat kampung namun semuanya tidak berhasil. Kemudian, seorang anak saudaranya mengesyorkan dia ikhtiar guna L'arome Warm Serum. Kjee tak dengar jelas bagaimana boleh terbuka pintu hatinya untuk menyapu serum L'arome pada lukanya.

Tetapi, apa yang Kjee tahu, kalau seseorang itu sakit, sebut apa sahaja ubat yang boleh membantu, dia akan cuba. Seperti kata arwah adik Kjee beberapa tahun sebelum dia meninggal dunia, kerana kanser.

"Kalau orang kata, taik kambing boleh ubatkan kanser (pun), aku sanggup cuba," katanya. Begitulah semangat orang yang sedang sakit.

Kjee pun cubalah sapu L'arome pada luka di betis Kjee yang kejap kering, kejap okay. Sampai hitam sekeliling luka tu. Tak sampai 2 minggu, UnclePali terkejut apabila nampak kesan kehitaman sudah semakin pudar dan luka sudah kering!

Kjee pun tulislah dalam FB 'penemuan' tersebut. My upline Shira kata, kalau testimoni itu milik kita sendiri, lebih mudah untuk menyakinkan orang. Begitu juga apabila tubuh Kjee susut begitu ketara sangat walaupun selepas 45 hari sahaja sapu L'arome.

Apa yang Kjee tulis pasal makcik yang sapu L'arome pada lukanya dan kini sudah kering, membuat adik angkat Kjee cukup teruja. Beliau (lelaki berusia awal 50-an), text Kjee dan tanya samada Kjee ada stok L'arome. Dia nak cuba sebab ada luka di kaki (bawah jari kecil). Dia pengidap diabetes.

"Saya terpaksa buat dressing (cuci) tiga kali sehari... keluar air dan berbau. Tiap kali jumpa doktor, dia hanya beri saya anti-biotic dan cream. Lubang makin lama makin besar,,,Jauh di sudut hati saya, saya memang tahu luka itu tidak akan sembuh.

"Kemudian saya baca tulisan Kjee... saya nak cuba Kjee. Manalah tahu serasi," katanya 3 minggu lalu ketika Kjee bertemu untuk memberinya 1 botol L'arome Warm Serum (dulu dikenali sebagai L'arome Slimming Serum).

Adik angkat Kjee berkata, dia akan ambil gambar sebelum dan Insya Allah selepas dia sembuh. Kjee memang seram nak tengok luka seperti yang dia alami.

Dua minggu kemudian dia Whatsapp Kjee. "Rasanya Kjee akan dapat testimoni yang baik... luka saya hampir kering. Lima hari selepas menyapunya, cecair busuk sudah berhenti mengalir. Tak perlu bandage (balut) lagi," katanya.










Kemudian, pagi tadi dia WA Kjee sekali lagi. "Nak tengok luka di jari kecik kaki saya? Maaf Kjee... jangan Kjee takut melihatnya!"

Terkejut Kjee apabila dia WA foto lukanya. Ikut urutan nombor tu, katanya. Kini, lukanya sudah kering dan kulitnya sudah hampir-hampir bercantum. Dia akan pergi jumpa doktor minggu depan.

Apa rasanya sapu serum tu pada luka yang terbuka itu?

"Pedihlah Kjee... sampai menggeletar saya menahannya. Tapi sekejap saja. Saya sapu satu pam jer sekali sehari selepas membersihkannya," katanya lagi.

Memanglah pedih. Kjee pun pedih jugak dulu tapi kenalah tahan. Bagi Kjee, lebih baik menahan pedih dalam lingkungan masa 10 minit daripada bahagian kaki yang luka itu terpaksa dipotong!

Kjee nasihatkan adik angkat Kjee supaya sentiasa memakai selipar atau kasut untuk mengelak kaki terluka dan dijangkiti kuman. Kjee tidak pernah menanggalkan selipar Jepun yang Kjee pakai dalam rumah, kecuali untuk solat dan tidur. Luka di kaki memang susah hendak hilang.

Kalau ada sesapa yang ingin mencuba seperti adik angkat Kjee, sila WA 01131771389. Harga sebotol RM160 sahaja. Ikhtiarlah...






Testimoni adik angkat Kjee

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...