Pages

Saturday, May 30, 2015

MASAK LEMAK PISANG MUDA DENGAN IKAN KERING MASIN









Masak lemak pisang muda, dua minggu lepas kot. Atas permintaan UnclePali. Jangan tanya Kjee guna pisang apa sebab Kjee main hantam jer beli kat pasar aritu. Ada orang kata harus guna pisang sekian-sekian kalau nak sedap. Tapi Kjee jarang-jarang masak lauk ni kecuali makan kat kedai. Jadi tak lah tahu rupa-rupanya ada jenis-jenis pisang yang sedap.

Kjee masak lauk ini guna ikan kering masin. Ikan jenama apa pun Kjee dah lupa sebab dah dua minggu berlalu. Rasa-rasanya Kjee campur-campur ikan kering masin tu ikut yang ada dalam freezer.

Resipi pun dah lupa tapi rasa-rasanya Kjee tumbuk cili padi dengan kunyit hidup. Pisang muda tu disiang dengan kulitnya disiat. Lepas tu Kjee celur sekejap. Kemudian, Kjee letak semua bahan tumbuk dalam periuk, bubuh santan dan didihkan. Bila dah mendidih, masukkan pisang dan ikan kering masin.

Selalu kalau masak lauk yang ada ikan kering masin, Kjee jarang bubuh garam. Hanya bila nak hidang, baru Kjee rasa. Itu jer.

Hah sedap ke tidak? Hmmm mana nak ingat... dah dua minggu Kjee buat. Hehehe.






0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...