Sunday, May 3, 2015

MY MINI CHEESE BUNS









Dah lama tak guna my breadmaker sejak Nadia sibuk kerja. Dua bulan lepas, UnclePali keluarkan sebab Kjee nak suruh Nadia buat roti bantal or roti benggali. Entah kenapa, hasilnya tak menjadi macam dulu. Agak bantat atau dense.

So duduk diam ajelah breadmaker tu. Hanya fungsi oven nya sahaja yang Kjee guna sekali sekala kalau nak bake something yang kecik. Oven besar dah masuk balik dalam kotak dan bertapa dalam setor sejak pencen baking. Hehehe.

Pagi tadi lepas breakfast, on the way home, Kjee suruh UnclePali singgah kat Bake With Yen. Pujuk Nadia buat roti. Dia google resipi dalam kereta dan singgah beli hi protein flour dan superfine flour serta yeast mauripan. Bahan lain semua dah ada di rumah.




Gebu kan?



Balik rumah, kami berdua beranak terus lah projek buat sweet mini buns. Tapi separuh jalan, Kjee ubah plan buat mini cheese buns pulak. Setiap bun Kjee letak ½ keping ceddar cheese slice.

Memang rezeki Kjee hari ini sebab breadmaker tak buat perangai. My mini cheese buns turned out perfect!! Gebu dan cantik macam Nadia pernah buat sebelum ini! Wah kalau macam tu, tak payah nak tunggu Nadia senang baru nak buat roti. Mokcik pun dah tahu sekarang.

Kjee guna breadmaker tapi kalau korang tak ada BM, bolehlah intai blog Che Mat Gebu. Resipi dia tu ada pilihan buat uli biasa atau guna BM. Tetapi memang mudahlah kalau guna BM. Kjee guna jenama Noxxy by Amway. Ada dua fungsi iaitu sebagai mesin roti dan jugak oven. Harganya boleh tahan. Tapi masa Kjee pergi Tesco dulu, Kjee nampak ada yang boleh dapat dengan harga tak sampai RM300. The choice is yours.

Kalau nak resipi mini buns ni, boleh KLIK SINI. Resipi asal dari Che Mat Gebu. Kjee cukup puas hati dengan kejadian mini cheese buns kali ini.

Mungkin hari tu roti benggali yang Kjee buat bukan silapnya pada BM tetapi bahan-bahan dah tak berapa fresh. Maybe.








0 comments:

Post a Comment