Friday, May 1, 2015

OJALASAGNA HASIL USAHA GIGIH OJA ALI




OjaLasagna



Kjee tabek spring kat kaum perempuan yang pandai cari duit sampingan untuk hidup selesa di zaman semua barang meningkat mahal sekarang. Dia orang tak join species yang celik mata komplen itu naik, ini naik. Tahniah.

Kebanyak daripada species yang Kjee tabek spring tu, adalah wanita berkarier. Kerja sebelah siang tapi bila tiba malam dan waktu lapang, tidak disia-siakan.

Kalau yang suri rumah sepenuh masa buat kuih dan jual online dan offline, kawan Kjee, Oja Ali pulak kerja opis sepenuh masa. Sampai rumah, lepas uruskan rumahtangga, ke dapur pulak buat Lasagna. Kalau sebelah malam, jangan harap nak dapat sembang dengan dia. Memanjang sibuk kat dapur, baking. Buat sorang diri pulak tu.




Oja Ali... kecil molek orangnya


"Alhamdullilah Kjee. Saya bermula dari main-main jer. Belajar kat blog. Lepas tu saya bagi kawan-kawan rasa. Mereka kata kenapa tak jual?" kata Oja.

Jual? Sesuatu yang tidak pernah terlintas di fikiran Oja. Selama ini dia perhatikan sahaja kawan-kawannya meniaga baik online mahupun offline. Kemudian Oja bincang dengan suami dan juga keluarga.

"Saya sedar ramai yang jual Lasagna. Hanya yang dapat menepati citarasa pelanggan baru dapat survive."

Oja kemudian membuat keputusan membuat Lasagna yang sesuai dengan citarasa orang Malaysia. Sesuatu yang boleh buat mereka makan hari-hari tanpa rasa muak.



Dah siap, simpan dalam peti ais. Baking lepas Subuh


Kjee telah merasa Lasagna daging airtangan Oja. Kjee terkejut apabila Oja tidak menggunakan daging cincang atau minced beef import . Kjee pasti daging yang digunakan adalah daging tempatan yang lembut. Lasagna Oja jugak setanding dengan yang dijual kedai-kedai atau restoran yang ada di Kuala Lumpur!

"Saya guna semua bahan-bahan berkualiti. Walaupun harga barang-barang tidak lagi semurah ketika saya mula meniaga 16 bulan lalu, tetapi saya tidak akan kompromi," kata Oja.

Kenapa pilih untuk menjual Lasagna?

" Saya rasa ianya lain dari yg lain dan tidak bermusim. Lasagna saya, Insya Allah, menepati tekak Melayu dan sapa yang makan tidak akan rasa muak," kata Oja.



Sedap dan mewah inti



Setiap petang, sebaik sahaja pulang dari kerja di sebuah hospital di Ibu Kota, Oja akan bereskan dulu kerja rumah, siapkan segala keperluan anak-anak dan suami. Kemudian dia akan ke dapur selepas solat Isya' untuk masak Lasagna. Lasagna yang siap akan disimpan dalam peti ais dan dibakar selepas subuh. Ini untuk menjamin Lasagna airtangannya sentiasa segar.

"Saya masak setiap malam bagi menjaga kualiti lasagna saya.  Tetapi setakat ini, Alhamdullilah, sambutan cukup memberangsangkan. Saya terima banyak repeat orders." Semua pesanan dihantar kepada customers oleh suaminya.

Selain pesanan yang diterima melalui Facebook dan Instagram, Oja turut meletakkan Lasagna di  butik vendor : Begonia Boutique Cafe, Jln Jelawat 1, Amber Business Plaza, Cheras.

Mereka yang tinggal sekitar Lembah Kelang yang ingin menikmati OjaLasagna boleh menghubungi Oja di

whatsapp : 0162674210
fb : oja ali
instagram : ojalasagna
Blog : ojalasagna.blogspot.com

Ada tiga saiz untuk dinikmati. Ada Lasagna daging dan ayam. Memang berbaloi dengan harga. Semoga usahawan kecil seperti Oja ini akan terus berusaha sehingga berjaya membuka cafe sendiri satu hari nanti, Insya Allah.



Maklumbalas customer




0 comments:

Post a Comment