Pages

Sunday, May 17, 2015

PERNAH CUBA MAKAN NASI GORENG TEMPOYAK?












Apabila Kjee diberitahu Gobang Maju Patin Tempoyak kat Sri Rampai, Setapak ada jual Nasi Goreng Tempoyak Special berkerut jugak dahiAda ikan goreng Patin sekali! Tak dapat Kjee bayangkan Nasi Goreng bubuh tempoyak. Kalau tempoyak tu diletak berasingan, okay jugak. Tapi kalau dicampur dalam nasi goreng... Hmmmm.

Minggu lepas, Kjee ajak UnclePali dan Nadia cuba rasa macam mana Nasi Goreng Tempoyak yang dikhabarkan cukup popular di kalangan pengunjung restoran tu di hari kerja. Weekdays aje. Hujung minggu tak ada. Masanya antara 5 petang hingga 10 malam. Siang tak ada makanan masak panas-panas atau ala carte.

Sampai sahaja di sana malam tu, waitress terus beri menu. Kjee ni jenis yang kalau tengok menu, mesti tengok harga paling mahal. Sebabnya, kalau mahal mestilah special dan sedap kan?!! Isyhhh semuanya harga mampu makan. Kjee pernah tengok Nasi Goreng dengan harga sampai berbelas ringgit. Rasanya... hmmmm tak pergi dua kali lah.









Kjee order Nasi Goreng Gobang Maju sebab adik yang layan kami kata ada ikan Patin Goreng. UnclePali order Nasi Goreng Ayam sementara Nadia order Nasi Goreng Tempoyak. Lepas tu Kjee nampak pulak Char Kway Teow. Wah Kjee mana boleh tengok ada Char Kway Teow. So, order jugak. Hehehe.

Nasi Goreng Tempoyak ni adalah idea Chef Nazri yang pernah bekerja di beberapa buah restoran terkemuka di Kuala Lumpur.

Kami bertiga excited nak tahu camner rasanya Nasi Goreng Tempoyak. Apakah ia terlalu overpowering sampai hilang rasa keaslian Nasi Goreng? Apabila sampai dan menjamahnya, barulah Kjee tahu kenapa Nasi Goreng Tempoyak ni popular di Restoran Gobang Maju ni.










Tiada rasa kuat atau masam tempoyak. Chef Nazri telah menggunakan tempoyak secukup rasa. Kjee suka makan ikan patin kat situ sebab tiada langsung bau hanyir atau bau tanah. Pemiliknya sangat cerewet memilih ikan patin sungai dan cara penyediaannya supaya mereka yang tidak gemor makan ikan sungai pun akan menyukainya.

Kjee jugak merasa Char Kway Teow. Sedap dan kena dengan citarasa Kjee. Char Kway Teow ini cukup popular di Restoran Gobang Maju di Temerloh. Malah, difahamkan bahan-bahannya dibawa dari Temerloh.

Jadi, korang yang gemor tempoyak dan nak cuba camner rasanya Nasi Goreng Tempoyak, sila-silakan singgah kat Restoran tu. Tapi ingat, hanya dari Isnin hingga Jumaat. Sabtu Ahad tak ada. Tapi selain makanan ala carte, restoran ini juga menghidangkan GulaiTempoyak Ikan Patin mereka yang femes, sepanjang hari.

Nasi Goreng Tempoyak hanya dihidangkan di restoran di Sri Rampai. Tidak ada di Temerloh, Jadi, kalau yang biasa pergi ke restoran Temerloh tu, kena datanglah ke Sri Ramai untuk menikmatinya.

Alamatnya?

Gobang Maju Patin Tempoyak Sri Rampai,
19, Jalan Seri Rejang 1,
Taman Sri Rampai, Setapak
No fon : 03-41441705














1 comments:

incik posmen said...

Mesti sedap tu. Sebab saya pernah buat maggi kuah tempoyak dan saya suka sangat. Kalau ada nasi goreng yang dimasak dengan tempoyak mesti best.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...