Friday, May 29, 2015

TERUNG TUMIS PEDAS DENGAN UDANG KERING








Kjee fikirkan selama ini terung hanya makanan orang Melayu dan India di Malaysia. Tetapi apabila Kjee pergi ke beberapa restoran Cina Islam, baru Kjee tahu orang Cina jugak suka makan terung. Dan mereka masak terung ala-ala berlada! Pedas.

Kemudian apabila Kjee tengok rancangan masakan kat Asian Food Channel, ada juga orang Itali suka makan terung. Mereka panggil egg plant dan terung jenis tu debab-debab. Dipanggang atau grill dan macam-macam lagi cara masakan mereka. Begitu juga orang Jepun. Mereka juga guna terung untuk hidangan tempura.

Pagi tadi masa singgah kat pasar, Kjee nampak terung kontot warna ungu. Terus terfikir nak buat goreng berlada dengan udang kering. Selalunya Kjee buat udang kering digoring garing. Resipi KLIK SINI.

Tapi hari ni Kjee buat stail arwah bonda. Kjee tumbuk cili (Kjee guna cili padi merah) bersama bawang merah dan bawang putih. Bila dah halus, Kjee tumbuk sekali udang kering. Tak payah halus sangat.

Kemudian Kjee tumis hingga garing. Masa nak tunggu garing tu, Kjee potong terung terung. Kali ni Kjee potong bulat-bulat. Tepat-tepat bukan serong-serong.

Kjee masukkan terung ke dalam tumisan dan letak sikit air (dalam ¼ cawan) untuk lembutkan terung. Kemudian terus masak sampai air kering dan terung tu lembut. Perisakan dengan garam dan pak aji kalau guna.

Hidang panas-panas dengan nasi putih. Sedapnya!!








0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...