Pages

Sunday, May 10, 2015

ULANG TAYANG LAGI CUCUR MULAT MULAT







Aritu Kjee dah bagitau camner Kjee jadikan Cucur Bilis ni bulat-bulat. Ada pulak yang kata tak faham. Ada kata sebaik jer dia curah air panas ke tepung tu, terus bergentel 'cam nasi'! UnclePali ketawa apabila Kjee beritau dia pasal citer jadi nasi tu.

"Wah bestlah camtu. Curah jer air panas ke tepung gandum jadi nasi. Tak payah susah-susah,"

Anyway, nak beritahu ni kat korang. Kalau korang curah air panas kat tepung, mestilah ia jadi bergentel. Kekadang jadi seketul doh.









Sebab itulah tepung yang telah bercampur bawang hiris, garam dan bilis digaul sampai sebati. Pastu buat lubang kat tengah-tengah tepung dalam besen tu, baru curah air panas. Nisbahnya, 1 tepung 1 air panas. Kalau nak buat untuk makan 5 orang, buatlah tiga mangkuk kecik tepung dan 3 mangkuk air panas.

Setelah air panas mendidih dituang ke dalam tepung, terus kacau pantas dengan menggunakan garfu. Kalau nak gaul dengan jari jemari pun boleh jer... risiko tanggung sendiri! Hehehe.

Lepas dah elok rata tepung bersama air panas tadi, dah suam sikit bentuklah bulat-bulat, Besar mana ikut selera masing-masing.

Bila dah siap semua dijadikan bebola, barulah digoreng dalam minyak yang banyak biar ia tenggelam. Guna api yang sederhana panas jer. Ini untuk dapat gorengan yang sekata.

Sedap makan dengan cilis sos. Selain guna bilis boleh jugak guna udang.










5 comments:

ummi_khalish said...

sodap....cucur molat2...

Chevy said...

Kak Gee.

terima kasih tunjuk gambar.. dua kali saya buat tak jadi..goreng kembang semcam je..kembang minyak..now tgk gambar ras tau apa silap dia..huhu lembek la tuuuuu...dah putus asa tau sbb sebesen sebesen adunan tepung lebuh ke tiong sampah...tapi tgk gambar ni naik semula semangat..inshaAllah akan ku cuba lagi..terima kasih bebanyak berkongsi ilmu ni.

Hanafi Abdullah said...

baru tahu..curahkan air panas..tepung akan berketul-ketul

Anonymous said...

Semalam saya buat cucur ni letak bawang 3 labu hiris nipis, kentang dan garam je. secawan tepung dengan secawan air panas mendidih eh bukan secawan tapi semug beso tu sebenarnya..hehehe...tapi saya tak berapa rajin nak uli bulat-bulat macam kak jee buat... saya jemput-jemput je masa nak goreng tu...ohh memang rangup di luar dan lembut di dalam...amboi sedap sungguh dan sungguh senang . lawan pulak dengan air kopi o...thanks for sharing..

sha syed joe said...

tima kasih kak Gee atas tips yg diberi...... selama saya buat cucur baru kali ni buat dpt jadi bulat2 cantek je! hehehe......

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...