Pages

Wednesday, May 20, 2015

URAP DAUN PUCUK BETIK. TAHU CAMNER NAK KASI HILANG PAHIT?









Urap Pucuk Betik atau apa-apa urap lah, memang mengundang airmata kalau melihatnya di bulan Puasa. Memang sengaja orang kat Pasar Juadah bulan Ramadhan, buat kita terliur. Malah, ianya antara lauk paling laris.

Selama, tetiba Kjee teringat nak makan Urap Pucuk Betik. Masa tu dalam perjalanan gi jemput Nadia balik kerja. Kjee, cam biasa, guna ayat power..."Abang sayang Jee tak?" UnclePali yang tengah memandu angkat kening... "Esok boleh carikan I daun pucuk betik?" Dia angguk. Yayyyyy berjaya gua guna ayat power.

Bini dia kan baik. Tak pernah mintak jongkong emas ke, Istana Kaca ker, motor Harley Davaidson sebiji ker kannnnn?!! So, alahai daun pucuk betik memang lah sangat-sangat dia mampu adakan, Hohoho.

So pagi tadi lepas breakfast, kami pun keluarkan gi cari daun pucuk betik. Rumah kami dekat sangat ngan hutan rimba. Banyak pokok betik liar tepi-tepi lereng bukit. Dapatlah dalam empat batang pokok punya daun pucuk betik tadi. Siap ada bunga sekali.

Balik rumah, terus Kjee bersihkan dan rebus. Hah apa dia? Macam mana Kjee hilangkan pahit pucuk betik tu? Actually, Kjee suka makan pucuk betik tu dalam keadaannya yang pahit. Sayur-sayur pahit ni elok untuk orang pompuan. Nanti abang sayang tau. Ehem ehem. Dia orang yang kata, Kjee tak tau.










Dulu-dulu ada orang bagitahu kalau nak kasih hilang pahit, rebus sekali dengan daun senduduk atau daun jambu batu. Eh tak kuasa aku nak pergi mencari. Satu hari, nak dijadikan cerita, ada cleaner kat apartment masa Kjee duduk di Cheras dulu. Orang Indon. Dia nampak Kjee balik lepas cari pucuk betik. Dia kata kalau nak bagi hilang pahit, rebus bersama segenggam garam. Bila dah lembut, buang air rebusan dan cuci daun serta perah hingga kering.

Mula-mula Kjee macam was-was jugak. Manalah tahu cleaner tu nak bunuh Kjee suh buh garam sampai 1 genggam. Tak masin ke nanti? So Kjee pun terailah. Buat sebijik cam dia suruh. Omaigawd! Memang tak masin dan tak pahitlah! Buat dosa jer Kjee buruk sangka kat clearner Indon tu kan!

Arini Kjee buat yang sama. Kemudian Kjee guna 1 labu bawang besar, 2 ulas bawang putih, 1 inci kunyit hidup, cili padi ikut suka dan 1 biji cili hidup, 1genggam kecik udang kering, sedikit belacan dan ½ biji kelapa parut. Kjee sangai dalam kuali sehingga kelapa parut tu dah warna brown sikit. Bubuh sedikit garam, biarkan sejuk seketika dan tumbuk sampai halus. Tadi, seperti biasa, UnclePali tak mau tumbuk. Dia keluarkan food processor dan trrrr. Naseblah kan.

Sementara dia buat tu, Kjee ricik daun betik kasar-kasar. Kerang memang dah sedia ada dalam freezer. Kjee letak di luar sampai suhu bilik.

Pastu gaul lah bahan tumbuk dengan pucuk betik. Apabila sudah mesra, masukkan kerang dan perahkan sedikit jus limau.

Pastu hidanglah. Sedapnyaaaaa!





1 comments:

adda syuhada said...

Assalamualaikum,
Sedapnyer, nak ambil resipi yee,

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...