Pages

Wednesday, June 24, 2015

BAJU RAYA TAHUN LEPAS LEPAS MASIH ELOK TAPI DAH KETAT? MASALAH KE?






Ini masalah korang?


Tiga minggu lagi kita nak Raya. Kjee pasti ada yang rasa macam nak menangis apabila kain ela yang dibeli semua kena reject tailor. Maklumlah, last minute baru nak gi tempah kan? Mujurlah mokcik ada tailor yang baik sangat hatinya. Tiap kali menjelang Ramadhan, dia akan book untuk mokcik. Dua helai untuk kita dan dua helai untuk Nadia. Dah dekat 10 tahun mokcik jadi customer dia.

Korang? Tu lah... dah bagitau suruh tempah baju Raya awal-awal, korang tak nak! Kan dah terkedu apabila tukang jahit dah angkat bendera putih bagitau tempahan sudah tidak diterima lagi. 

Tapi pasti ramai tak kesah sebab baju Raya tahun lepas dan yang lepas-lepas masih cantik lagi. Maklumlah pakai dua tiga kali jer. Tetapi...hukhukhuk... semua dah ketat. Sempit tang pinggang, tang pinggul, tang perut, tang lengan, tang peha. Kalaulah boleh dalam masa 3 minggu ni lemak-lemak tambahan tu mengecut. Tak payahlah risau nak cari baju Raya baru yang semuanya sudah ditambah harga kerana gst. 










Isyhhh itu jer ker masalah korang? Small matter jer tu. No hal punya. Jom sapu L'arome. Taklah gerenti boleh kurus keding dalam masa 3 minggu, tapi rasa-rasanya boleh muatlah baju Raya yang lama dah dah sendat tu! 

Hanya RM410 (harga semenanjung dan pos percuma) untuk 4 botol. Kalau tak cukup budget, kongsilah dengan rakan atau adik beradik sorang dua botol. Insya Allah dua botol boleh nampak kesan yang menakjubkan. 

Lepas tu kan, apabila sampai Raya, korang tak payah risau lagi nak pulun kaw kaw lemang, ketupat, rendang dan lauk pauk kesukaan korang serta biskut Raya. L'arome ada. No hal punya, gua cakap lu.

Percayalah cakap mokcik! Belum terlambat lagi. Tiga minggu Insya Allah tak ada masalah. Baik korang cepat sebab Mokcik siap bagi duit Raya lagi tau. Cepat2 Whatsapp 01131771389.

















Tuesday, June 23, 2015

MAKAN SAMPAI PENGSAN DI JAZZ HOUSE STEAMBOT, KPG BARU, KL


Seandainya teringin berbuka puasa dengan hidangan Steamboat dan Grill, bolehlah singgah di Jazz House Streamboat dan Grill di No 71, Jalan Raja Alang, Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Kalau datang dalam satu grup, satu pax percuma untuk setiap 10 pax dewasa. Harga pakej sepertti tertera pada poster-poster dibawah.














Huraizah Jaja, chef dan pemilik Jazz House di TV3 pagi tadi

















Kalau mahu melihat juadah-judahan yang disediakan untuk harga tersebut, bolehlah lawati FB Huraizah Jaja atau page Jazz House Buffet Steamboat.

Kena buat reservations kerana tempat terhad.







Friday, June 19, 2015

TIADA ENTRI MAKANAN SEPANJANG RAMADHAN




Kenapa Kjee senyap jer sekarang hah? Hari-hari kami intai blog tapi tak ada entry baru. Kjee sihat ker? Itulah antara yang Whatsapp atau private message Kjee di FB.

Hmmm nak cakap apa hah? Entahlah kali ni Kjee rasa kureng rajin sikit nak berceloteh di bulan Ramadhan ini. Faktor usia kot. Maklumlah Kjee akan confirm jadi Warga Emas lebih kurang sebulan lagi. So, banyak habiskan masa cari bekal untuk ke sana nanti.

Alhamdullilah, puasa semalam Kjee sangat-sangat dipermudahkan Allah swt. Ketika bulan Rejab yang lalu, Kjee hanya mampu bertahan dua atau tiga hari sahaja. Lepas itu kena serangan gastrik yang amat teruk. Nadia tak bagi Kjee puasa. Dia suruh Kjee rehatkan 'perut' untuk menghadapi Ramadhan.

Kemudian kira-kira dua minggu lalu, ketika musim mangga manis, Kjee terlupa diri. Mana tahan tengok buah kesukaan Kjee. Jadi, Kjee pun makanlah sampai dua biji besar tapak tangan sehari! Ngam ngam 3 hari, Kjee kena gastrik yang teramat dasyat.

Kjee kemudian muhasabah diri. Kjee track balik apa yang Kjee makan yang menyebabkan Kjee kena gastrik! Entahlah nak percaya ke tidak, macam ada suara bisik bisik kat telinga supaya berhenti makan mangga!!

Maka Kjee pun, tanpa buang masa terus beritahu UnclePali. Dia kata mungkin ada logiknya mangga itu yang menyebabkan Kjee kena gastrik. Sedih sangat Kjee sebab ada dalam 5 biji lagi buah mangga dalam bakul kat dapur.

Tapi Kjee ni species yang mempunyai daya disiplin yang tinggi. Kjee tak pandang pun mangga tu sebab nak tengok samada ia penyebab gastrik Kjee. Sampai busuklah mangga tu dan UnclePali buang.

Dan a miracle happened! Dalam masa 4 hari, terus Kjee sihat! Tetapi dalam masa sama Kjee turut memanjatkan doa agar Allh swt permudahkan Kjee menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan. Dah empat atau lima tahun Kjee berjaya puasa penuh!

Punyalah Kjee bersyukur semalam apabila Puasa Kjee cukup mudah semalam (Ramadhan pertama). Tak rasa sakit perut ataupun lapar. Selamba jer. That's the power of  Doa!

Dan untuk Ramadhan kali ini, Kjee dah janji pada diri sendiri tidak akan lagi tayang foto makanan yang Kjee masak setiap hari sepanjang bulan ini. Tetiba timbul keinsafan melihat insan-insan yang tidak berkemampuan untuk menikmati makanan enak ketika berbuka.

Dan Kjee jugak rasa bersalah apabila ada yang komen.."sedapnya Kjee, terliur saya.." Perasaan ini tidak dipengaruhi oleh sesiapa. Tetapi kalau ada makanan yang Kjee rasa nak difotokan, Kjee akan lakukannya. TETAPI Kjee simpan sampai lepas Ramadhan baru Kjee buat entri. Bukan nak tayang atau menunjuk-nunjuk tapi hanya sekadar nak kongsi resipi. Jugak untuk rujukan anak cucu Kjee kelak.

Kalau korang nak idea untuk masak samada untuk berbuka ataupun Sahur, Kjee ada banyak entri sebelum ini di blog Kjee ni. Bolehlah selongkar ya. Hehehe

Salam Ramadhan. Selamat Berpuasa. Semoga Puasa kita diiringi dengan solat fardhu 5 waktu, Solat Terawih dan juga amalan-amalan lain. Dan di bulan Ramadhan penuh Barakoh ini, tangan yang memberi lebih mulia daripada yang menerima. Insya Allah.




Saturday, June 13, 2015

DAGING MASAK NEGRO?







Kenapa mesti letak nama Daging Masak Negro? Kecik hati orang Negro tau!. Eh mana korang tau dia orang kecik hati? Habis tu kalau letak nama Sambal Goreng Jawa, orang Jawa tak kecik hati ke? Hehehe.

Kjee letak nama ni sebab dulu masa Kjee tengok resipi ni, Kjee terpikat pulak dengan namanya. Yalah selalu orang tulis Ayam Masak Kicap lah...Masak Hitamlah... tetiba Kjee tengok resipi tu Ayam Masak Negro.Very interesting.

Kjee tak pernah buat Daging Masak Negro. Kalau bubuh ayam tu memanglah dah selalu Kjee buat. Kjee teringin nak buat setelah beli Daging Dendeng aritu. Kjee jarang-jarang makan dendeng. So bila Kjee beli, baru terfikir rasanya sama dengan Ayam Masak Negro. Jadi, apabila ada stok daging batang pinang dalam peti sejuk, Kjee pun teringatlah nak buat dendeng versi Kjee.

Bila dah siap barulah Kjee perasan rasanya hampir sama ikut tekak Kjee lah. Jadi Kjee akan beli lagi daging dan buat stok beku. Bila dah tak ada lauk bolehlah dipanaskan.





Daging diperisakan dengan garam, goreng dan tumbuk


Selesai tumbuk. Kjee guna 1 botol bawang goreng




Kjee tak tau resipi Dendeng macam mana rupanya. Tapi resipi yang Kjee guna samalah macam untuk buat Ayam Negro aritu. Cuma kali ni Kjee beli bawang goreng yang sudah siap goreng kat Pasar Keramat. Bukan yang dalam peket biasa tu (yang disalut tepung) tapi yang home made. Kjee letak 1 botol yang harga RM12 tu (lihat gambar).

Kjee guna daging segar lembut (daging batang pinang) sebanyak lebih kurang 700 gms. Hiris lepas tu Kjee goreng. Tapi selepas goreng, Kjee rasa nak tumbuk pulak sampai nipis.

Kemudian buatlah cam resipi Ayam Negro. Tumis cili kisar (ikut banyak mana kepedasan yang suka. Lagi pedas lagi sedap sebab kicap kan dah manis). Campakkan 1 kayu manis, 2 bunga lawang dan 3 pelaga. Apabila dah terbit minyak, masukkan kicap manis. Tunggu sampai dah keluar buih, masukkan daging. Gaul sampai rata. Bila dah naik wap, padam api.

Semalam Kjee makan terus selepas masak. Tapi apabila makan malam tadi, barulah timbul rasanya. Dah mesra kot.

Semalam Kjee buat jugak Labu Masak Bening. Best pulak gandingan dua lauk tu.







Thursday, June 11, 2015

AYAM KAMPUNG MASAK GULAI PAHANG






Tiap kali balik kampung UnclePali kat Pahang, Kjee intai jer ayam kampung belaan my MIL yang berkeliaran. Tapi tak sampai hari nak 'kerjakan' ayam MIL. Orang tua tu sayang sangat ayam dia.

Biasalah. Dulu masa kecik-kecik arwah mak pun ada bela. Balik sekolah, kami bagi makan ayam dia. Letak beras kat tapak tangan. Ayam datang patuk-patuk. Happynya. Apabila Bonda nak sembelih, kami larang. Sampai nanges. Hehehe.

Begitulah jugak agaknya perasaan my MIL. Buat tak dengar jer bila Kjee kata nak makan ayam kampung. Aritu dia siap ubah cerita kata dia dah order ayam hutan. So that means, ko jangan nak menyibuk kacau ayam belaan aku. Huhuhu.

Tapi my MIL sebenarnya baik sangat hati. Dulu UnclePali balik kampung sorang-sorang. Bila nak balik KL, Mak siap kirim ayam kampung untuk menantu dia yang kepoh ni. Hehehe.

Tapi kalau dah rezeki Kjee nak makan, mesti Allah swt permudahkan. Aaamin.









Jeng jeng jeng tetiba my fav sis, Shiela (blogger masakan femes tu) whatsapp kata dia dah orderkan Kjee seekor ayam kampung dan 30 biji telor itik dari Lubukmas Farm. Amik jer... courtesy blog Spices Journey.

Aiseyman... malunya... tapi suka cam nak mati!! Thnx sis! Love you lots!!

Lepas amik Ahad lepas, ayam tu duk dalam freezer sampai pagi tadi. Dah beku. Apabila Kjee keluarkan, terkejut, ayam tu dah siap bersihkan dan dikasi garam dan kunyit. Thnx Khairani (bos Lubukmas Farm).

Mula-mula ingat nak buat masak lemak cili padi tapi tetiba ubah fikiran dan masak Gulai Ayam Pahang. Resipi korang intai SINI.

Oleh kerana ayam kampung liat dagingnya, maka Kjee masuk dalam Pressure Cooker atau periuk tekanan selama lebih kurang 15 minit. Kalau korang tak ada PC, rebuslah dulu sampai lembut.

Lepas ni Kjee nak order itik serati pulak nak masak gulai Pahang.

Itu jer lah Kjee nak story. Perut dah keroncong. Makan time. Tumpang lalu.








Wednesday, June 10, 2015

LAUK UDANG MASAK LEMAK DENGAN PERIA?




Ini lauk kejadian minggu lepas. Sepatutnya Masak Lemak Peria sama Udang. Tetapi setelah siap gambar ditangkap UnclePali (gambar atas), Kjee terus naik darah. Dah jadi Masak lemak Udang dengan peria. Sepatutnya peria jadi main feature!!

Maklumlah selepas penat masak, Kjee kaup jer masuk bekas. Pastu lepas tangan pasal gambar. UnclePali pun main tangkap jer. Bila dah siap baru Kjee perasan... kenapa nampak cam selak udang baru nampak peria? Nanti ada pulak kata Kjee nak show off udang besar!

Nak elak bertekak, UnclePali terus masuk opis dia. Kjee susun balik dan amiklah gambar macam kat bawah. Hehehe. Barulah sejuk sikit hati.

Actually, udang tu taklah besar sangat (walaupun Kat Hero Market tulis Udang Besar). Cuma nampak besar jer kot. Udang besar pada Kjee yang RM60 sekilo tu. Yang ini separuh jer harganya.

Anyway, sebab tak ada stok udang lain, Kjee letak jer udang tu. Yang meratahnya Kjee sorang. UnclePali takut gout manakala Nadia... hmmm entahlah.

Itu jer lah nak cerita. Boring pulak. Kalau nak resipi korang intai SINI.







Tuesday, June 9, 2015

IKAN KELI SAMBAL HIJAU PLUS PETAI










Orang kata, cara pemakanan kita banyak dipengaruhi oleh ibu kita. Contoh, kalau ibu kita tak makan sayur, maka anak-anak pun tak makan sayur. Kalau si ibu kuat makan pedas anak-anak pun punya pattern makanan yang sama.

Well, Kjee tak berapa nak percaya sangat kata orang. Tapi kalau ibu tak makan sayur, anak tak makan. Logiknya anak menjadi begitu sebab ibu tak masak sayur. Betul tak? Kjee pernah tanya seorang ibu kenapa dia tak makan sayur. Dia kata mak dia pun tak makan sebab pahit. Justru, anak-anak pun terikut-ikut.

Wah panjang betul mukaddimah Kjee sedangkan apa yang Kjee nak bagitau ialah arwah Bonda tak makan ikan keli. Malah, masa Kjee kecik-kecik dulu, Kjee pernah tengok Bonda bertekak dengan bapak sebab orang tua tu beli ikan keli suruh dia masak.











Arwah Mak bising kata ikan keli cam ular. Licin... Dia tak nak masak! Kjee tak tahu apa terjadi kepada ikan keli malang yang bapak bawak balik tu. Hehehe.

Tetapi arwah Bapak memang suka sangat Ikan Keli. Dia selalu curi-curi beli Ikan Keli Goreng Berlada dan bawak masuk rumah. Pada Kjee, rasanya teramatlah sedap!! Dan Kjee lah yang paling suka mengendeng. Lama kelamaan, hanya Kjee sahaja jadi peneman apabila Bapak beli lauk itu.

Oleh demikian, I made sure Nadia suka makan Ikan Keli! Malah apa yang Kjee suka makan, Nadia harus suka! Cuma sejak akhir-akhir ni Nadia sudah tidak makan aiskrim dan cekelat. Oklah tu. Not my fav too melainkan kalau sakit tekak. Masa Nadia masuk spital kerana tonsilitis, dia dipaksa makan aiskrim. Kalau tak habis, Mama tolong habiskan. Hehehe.

Ikan Keli kali ini, pemberian Puan Khairani Dato Hj Khalid, pemilik Lubukmas Farm. Beliau mempunyai ladang itik ayam dan jugak kolam Ikan Keli di Batu Kikir, Negeri Sembilan. Beliau beri Kjee cuba Ikan Keli dari kolam beliau sebab ada orang kata rasa Ikan Keli tersebut macam Ikan Tenggiri! That means tak hanyir.











Kjee ingat nak masak Lemak Cili Padi tapi baru teringat ada stok Sambal Hijau yang Kjee buat dan bekukan. Tinggal sikit jer. Untuk bulan puasa ini, kena buat stok baru banyak-banyak. Kemudian Kjee fikir kalau Ikan Keli Sambal Hijau letak petai pun sedap.

That's what I did tadi. Masa tunggu ikan digoreng, Kjee panaskan Sambal Hijau dalam kuali atas dapur. Resipi Sambal Hijau KLIK SINI.

Apabila ikan keli yang Kjee potong dua, habis digoreng, Kjee transfer pulak ke kuali sambal hijau yang Kjee dah letak petai yang terlebih dulu digoreng seketika. Gaul ikan dan sambal dan petai, maka jadilah Ikan Keli Sambal Hijau dengan petai.

Sedapnya makan dengan nasi panas. Harus menjadi salah satu menu sahur di bulan Ramadhan nanti. Hehehe.

Thank You Khairini. Memang tak hanyir dan tak bau tanah.... So kalau ada sesapa teringin nak cuba Ikan Keli Batu Kikir Jombatan Bosi, bolehlah intai FB Lubukmas Farm.














Monday, June 8, 2015

BELI L'AROME DAPAT DUIT RAYA!!


































Bulan Ramadhan bakal menjelma... lepas sebulan kita berpuasa, kita Raya pulak. Oleh kerana duit Raya sinonim dengan Hari Raya, maka Kjee pun nak bagilah duit Raya kepada customer L'arome Warm Serum (LWS) yang dulu dikenali sebagai L'arome Slimming Serum.

Duit Raya ini hanya untuk pembelian 1 set empat botol LWS. Harga di semenanjung RM410 pos laju percuma. Sabah dan Sarawak RM430 termasuk pos laju. Tawaran ini hanya untuk 50 set pertama sahaja.

Kalau minat, cepat-cepat Whatsapp 01131771389. Tak payah tunggu korang kurus. Kjee bagi terus duit Raya untuk setiap pembelian 4 botol.

Nak baca mengenai L'arome, klik SINI. Tengok transformasi Kjee dari Mak King Kong kepada Mak Orang Utan. Hehehe.




2½ tahun yang lalu

Mei 15, 2015




September 2014

15 Mei 2015

Friday, June 5, 2015

SAMBAL IKAN JENAHAK



Sorry sambal menutupi ikan goreng..hehehe




Hajat hati nak buat Kerutub (Kerutup?) Ikan. Last sekali Kjee buat masa Nadia belum ada. Kjee baru kahwin dengan arwah abah Nadia masa itu. Belajar dari bapak saudara sahabat Kjee. Orang Muor masa anak dara dulu. Memang sedap sangat. Ia ala-ala sambal ikan tapi letak serai, lengkuas dan halia. Pastu rasanya ada manis-manis pedas sikit.

Tadi Kjee singgahlah kat Hero Market. Kerutub ini sedap kalau guna ikan parang. Sampai Hero tepat pukul 9 pagi. Ikan parang belum sampai kata budak Vietnam yang kerja di section ikan. Ada Jenahak dan Ikan Merah sahaja.

Oleh kerana Ikan Jenahak nampak segar sikit maka Kjee pun beli lah 4 potong. Lebih kurang setengah kilo. Sekilo tak ingat tapi rasanya RM31.00++.

Tak jadi buat Kerutub. Buat sambal ikan biasa-biasa ajelah. Nanti lain kali jumpa Ikan Parang, bolehlah buat.

Oleh kerana menu sambal ikan jer, tak payahlah nak tulis panjang lebar. Goreng ikan. Kemudian buatlah sambal tumis biasa. Kjee tak bubuh belacan tapi letak 1 kuib bilis. Jangan bubuh garam sebab kiub tu dah masin. Letak 1 keping asam gelugur. Masak sambal sampai naik minyak. Kaup minyak dia dan buang. Lepas tu, letak sambal hingga menutupi ikan.

Sedap makan dengan nasi panas. Lauk ini cukup versatile. Boleh guna apa jua jenis ikan. Ayam pun ok. Gerenti sedap. Hehehe






Wednesday, June 3, 2015

NASI TOMATO, KURMA AYAM DAN ACAR RAMPAI, SELERAKU









Tiap kali Nadia sebut nak makan sesuatu, dimasa yang sama, dah dua tau tiga hari Kjee memikirkannya! Sebab itu apabila Nadia mintak Kjee masakkan dia Nasi Tomato, Kurma Ayam dan Acar Rampai, Kjee dengan senang hati jer buat. Itulah naluri ibu dan anak, agaknya, Hehehe.

Tak susah sebenarnya nak masak Nasi Tomato. Kjee dah banyak kali buat. Cuma sejak kebelakangan ini semakin senang kerja memasak Nasi Tomato dengan kaedah tanak separuh jalan dan kukus separuh yang Nadia cipta. Ewah... Nadia cipta lah konon.

Anyway, kaedah tanak separuh kukus separuh ini, membuat Nasi Tomato lebih cantik dan tiada kerak! Kjee memang tak lulus macam orang lain kalau masak Nasi Tomato guna rice cooker. Selalunya, separuh jalan masak dalam rice cooker, sebelum air kering, terus api rice cooker padam. Kalau tak padam, nanti keraknya tebal.

Ada kata kerak tu yang sedap. Whatever. Tekak masing-masing. Tapi Kjee masih ingat lagi arwah bonda kata sukar nak masak nasi Tomato dalam rice cooker tanpa kerak. Kalaulah bonda masih hidup untuk tengok cara cucu dia buat Nasi Tomato tanpa kerak....

















Nak tahu camner Nadia buat bersama resipi, intai kat SINI.

Nasi Tomato memang sedap dimakan dengan lauk Kurma Ayam atau Daging. Dengan Ayam Masak Merah pun sedap. Tapi hari ni Kjee buat lauk Kurma Ayam dan Acar Rampai. Resipinya korang klik SINI dan SINI.

Kjee tak lah pakar masak Nasi Tomato, Kurma Ayam dan Acar Rampai. Apa yang Kjee kongsi dengan korang adalah yang sesuai dengan tekak dan citarasa Kjee dan keluarga. Itu jer. Kalau sudi nak mencuba, silakan.









BUAT STOK TELOR ASIN UNTUK RAMADHAN







Minggu lepas Kjee nampak kat newsfeed Kjee, ada seorang fren tayang gambar dia buat telor asin. Kjee baca semua yang komen. Dia macam buat bodoh jer apabila ada yang mintak resipi. Mungkin dia balas secara private message (pm).

Alah tak kesah lah. Rambut sama hitam, hati lain-lain. Ada orang tu, kita tak mintak pun dia terang-terang pos resipi kat open wall FB dia. Cam aku jugaklah.  Kalau dia orang tak bagi, mesti bersebab kan?

Anyway, Kjee tak amik peduli. Nak bagi aku amik, tak bagi aku tak kecik hati. Banyak cara kita boleh dapat kan.  Abang google ada, mak kita ada, jiran kita ada kan. Hehehe.

Kjee pun google lah. Berpuluh-puluh cara Kjee jumpa. Yang senang dan yang susah. Akhirnya, setelah Kjee amati betul-betul resipi kat Abang Google, rupa-rupanya senang sangat. Alahai, apasal nak kedekut sangat resipi kan.

Ada satu resipi tu guna 10 biji telor. Kjee fikir-fikir, alang-alang nak buat, biarlah buat banyak sikit. Bolehlah makan masa bulan Puasa. Kalau satu hari rebus dua biji, lima hari dah habis. Nak buat lagi kena peram telor sekurang-kurang dua minggu.














































UnclePali pun setuju buat 20 biji. Untuk 20 biji kena guna lebih kurang 2 kilo garam kasar. UnclePali kira-kira, kalau buat sendiri dengan yang beli, untung 10sen jer kalau kita buat sendiri. 10 sen? Alamak 20 biji baru jimat RM2. Tak payah buatlah UnclePali kata. Beli yang siap jer. Tapi korang ingat mokcik nak dengar ke saranan suami sebab hati dah berkobar-kobar nak buat? Hehehe.

So, UnclePali beli 20 biji telor kat Hero Market dan 2 kilo garam kasar. Balik rumah, Kjee terus masak garam tu. Banyak mana airnya? Kjee hantam saja. Lebih kurang ¾ periuk jugaklah. Apabila mendidih, habis percik satu dapur. Ganasnya rupanya garam kalau dimasak. Hehehe. Lepas garam dah larut, sejukkan. Sebenarnya 50% jer larut. Yang lebihnya degil. Kjee tapis airnya dan sejukkan sampai betul-betul sejuk. Sebaik-baiknya semalaman.

Telor itik kena cuci dulu. Masa cuci baru perasan ada sebiji dua yang dah retak. Hmmm tak jujur rupanya penjual telor. Dia dah bungkus siap-siap dalam plastik, mana nak sedar pecah ke tidak kan? Kalau korang beli, periksa betul-betul ya.

Apabila air garam sudah betul-betul sejuk, korang siapkan balang kaca. Sebaik-baiknya guna mangkuk tanah atau claypot. Kjee tak ada balang kaca. Mangkuk claypot kecik jer. Jadi Kjee guna periuk slow cooker kaca. Mujur muat 20 biji telor tu.







Setelah susun telor tu elok-elok dalam periuk kaca tu, Kjee curahkan air garam yang telah ditapis tu. Airnya mesti menutupi paras telor.

Tetapi peliknya semua telor tu timbul walaupun kat bawahnya ada banyak air garam. Kjee konfius. Kalau dibiarkan telor tu terapong, masin ke nanti Telor Asin aku. Jadi Kjee amik piring yang berat dan hempapkan. Barulah telor-telor tu mendap ke bawah.

Peram selama dua minggu. Kemudian test sebiji (rebus). Kalau dah elok kejadiannya, bolehlah keluarkan semua telor tu, cuci bersih-bersih dan simpan dalam bekas dalam peti ais. Kalau rasanya tak cukup masin, perap lah sehari dua lagi.

Ada kawan Kjee rebus semua telor asin (beli punya) dan simpan dalam peti ais. Bila nak makan dah tak payah rebus lagi.

Kjee ada cara malas nak rebus telor asin. Cuci telor tu bersih-bersih dan letak kat bahagian bawah dalam rice cooker masa nak masak nasi. Nasi siap masak, telor pun cantik kejadiannya. Hehehe.






























LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...