Pages

Friday, June 19, 2015

TIADA ENTRI MAKANAN SEPANJANG RAMADHAN




Kenapa Kjee senyap jer sekarang hah? Hari-hari kami intai blog tapi tak ada entry baru. Kjee sihat ker? Itulah antara yang Whatsapp atau private message Kjee di FB.

Hmmm nak cakap apa hah? Entahlah kali ni Kjee rasa kureng rajin sikit nak berceloteh di bulan Ramadhan ini. Faktor usia kot. Maklumlah Kjee akan confirm jadi Warga Emas lebih kurang sebulan lagi. So, banyak habiskan masa cari bekal untuk ke sana nanti.

Alhamdullilah, puasa semalam Kjee sangat-sangat dipermudahkan Allah swt. Ketika bulan Rejab yang lalu, Kjee hanya mampu bertahan dua atau tiga hari sahaja. Lepas itu kena serangan gastrik yang amat teruk. Nadia tak bagi Kjee puasa. Dia suruh Kjee rehatkan 'perut' untuk menghadapi Ramadhan.

Kemudian kira-kira dua minggu lalu, ketika musim mangga manis, Kjee terlupa diri. Mana tahan tengok buah kesukaan Kjee. Jadi, Kjee pun makanlah sampai dua biji besar tapak tangan sehari! Ngam ngam 3 hari, Kjee kena gastrik yang teramat dasyat.

Kjee kemudian muhasabah diri. Kjee track balik apa yang Kjee makan yang menyebabkan Kjee kena gastrik! Entahlah nak percaya ke tidak, macam ada suara bisik bisik kat telinga supaya berhenti makan mangga!!

Maka Kjee pun, tanpa buang masa terus beritahu UnclePali. Dia kata mungkin ada logiknya mangga itu yang menyebabkan Kjee kena gastrik. Sedih sangat Kjee sebab ada dalam 5 biji lagi buah mangga dalam bakul kat dapur.

Tapi Kjee ni species yang mempunyai daya disiplin yang tinggi. Kjee tak pandang pun mangga tu sebab nak tengok samada ia penyebab gastrik Kjee. Sampai busuklah mangga tu dan UnclePali buang.

Dan a miracle happened! Dalam masa 4 hari, terus Kjee sihat! Tetapi dalam masa sama Kjee turut memanjatkan doa agar Allh swt permudahkan Kjee menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan. Dah empat atau lima tahun Kjee berjaya puasa penuh!

Punyalah Kjee bersyukur semalam apabila Puasa Kjee cukup mudah semalam (Ramadhan pertama). Tak rasa sakit perut ataupun lapar. Selamba jer. That's the power of  Doa!

Dan untuk Ramadhan kali ini, Kjee dah janji pada diri sendiri tidak akan lagi tayang foto makanan yang Kjee masak setiap hari sepanjang bulan ini. Tetiba timbul keinsafan melihat insan-insan yang tidak berkemampuan untuk menikmati makanan enak ketika berbuka.

Dan Kjee jugak rasa bersalah apabila ada yang komen.."sedapnya Kjee, terliur saya.." Perasaan ini tidak dipengaruhi oleh sesiapa. Tetapi kalau ada makanan yang Kjee rasa nak difotokan, Kjee akan lakukannya. TETAPI Kjee simpan sampai lepas Ramadhan baru Kjee buat entri. Bukan nak tayang atau menunjuk-nunjuk tapi hanya sekadar nak kongsi resipi. Jugak untuk rujukan anak cucu Kjee kelak.

Kalau korang nak idea untuk masak samada untuk berbuka ataupun Sahur, Kjee ada banyak entri sebelum ini di blog Kjee ni. Bolehlah selongkar ya. Hehehe

Salam Ramadhan. Selamat Berpuasa. Semoga Puasa kita diiringi dengan solat fardhu 5 waktu, Solat Terawih dan juga amalan-amalan lain. Dan di bulan Ramadhan penuh Barakoh ini, tangan yang memberi lebih mulia daripada yang menerima. Insya Allah.




4 comments:

eintan nurfuzie said...

heheheh.. btol tu.. takut entry kita buat org lain terseksa.. hahah

paridah said...

salam ramadan jee nadia pali maaf zahir batin selamat berpuasa..sdg terkikih-kikih menonton balik kampung lakonan jee ni...

Nurul Syuhaida Mustafa said...

selamat berpuasa kak jee !

Ekma Shafila said...

Sebelum ni memang tertunggu-tunggu post baru dari kak jee. Tgk post masakan kak jee nampak sedap je. Apapun Selamat Berpuasa

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...