Pages

Monday, July 20, 2015

SALAM AIDIL FITRI. KITA START DARI ZERO




ehsan google




Rancangan asal Kjee tak nak post gambar-gambar makan sahaja sepanjang Ramadhan. Telinga Kjee ni nipis sangat. Kalau ada ostajah jadian yang komen marah-marah tayang gambar makanan di siang hari, Kjee naik hangin. So, tahun ini Kjee amik keputusan tidak mahu siar langsung gambar makanan.

Pastu dari hari ke hari timbul pulak kemalasan nak update blog ni. Selalu kalau update ada aje cerita pasal masakan. So, bila dah tak boleh tulis pasal masakan, Kjee pun malaslah nak udate.

Apapun, Kjee mohon ampun dan maaf sekiranya selama ini tulisan Kjee tidak menepati selera korang. Mungkin cuit cuit Kjee dah terlebih sampai ada yang tersinggung.

Di hari baik bulan baik ini, elok kita bermaaf-maafan dan kita start dari Zero. Kjee tak mau cakap kosong kosong sebab ada ostad tu kata apahal kosong-kosong? Ingat main bola ker? Isyhhhh tak kuasalah nak layan Ostad yang tak insuran molot tu.

Dah berpuluh tahun Kjee sambut Raya stail Kjee dan Nadia. Tak ada suasana balik kampung sebab kami orang KL. Lepas kahwin dengan UnclePali, adalah empat lima kali kami balik kampung beliau. Tapi, maaflah kami sangat selesa Raya cara kami di KL. Kalau ada orang berkunjung, silakan, kalau tak ada kami duduk saja rumah. Nak gi rumah sedara mara, semua tak ada kat KL sebab balik kampung ikut suami atau isteri mereka.

Tahun ini, Raya ketiga baru Kjee bawak Nadia pergi ziarah kubur nendanya. Kesihatan tidak mengizinkan untuk pergi di hari pertama Syawal. Kjee duduk jer dalam kereta sementara Nadia pergi bersama papa dia. Dah empat lima tahun keadaannya sama sebab Kjee tak mampu hendak jalan ke kubur arwah Bonda. Nak bawak wheelchair memanglah sukar sebab kedudukan pusaran di lereng bukit. Tapi mulut Kjee tak henti-hentilah baca surah Al Fatihah walaupun dari dalam kereta.

Itu sahaja yang Kjee nak share ngan korang.

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN



2 comments:

permatamama said...

semoga syawal ini menjadi syawal yang bermakna buat kita..selamat hari raya!

Anonymous said...

Assalamualaikum Kak Jee..

Saya mencuba resepi rendang ini pada tahun ini. Selalunya setiap tahun akan guna pes segera rendang tok. Tahun ini buat dua jenis rendang, satu guna pes (ayam) dan satu lagi ikut resepi Kak Jee (paru dan limpa). Alhamdulillah, rendang paru dan limpa ikut resepi Kak Jee laku dulu dari ayam sebab semua saudara-mara datang cakap sedap. Saya memang cakap dengan mereka saya ikut resepi dari Kak Jee. Semua puji best. Senang, ringkas dan paling mudah. Terima kasih diatas perkongsian resepi ini. Hanya Allah sahaja dapat membalas segala ilmu yang Kak Jee turunkan didalam blog Kak Jee ini dan semoga Kak Jee sekeluarga sentiasa dilindungi dan diberi kesihatan oleh Allah swt.

Shedah

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...