Monday, August 24, 2015

SEPETANG DEMI KASIH KEPADA SHARIFAH AINI


Cenderahati untu yang hadir

Yang hadir























Sedangkan mereka yang meminati suaranya yang lemak merdu, merinduinya, ini kan pulak insan-insan yang pernah susah senang bersamanya. Mereka juga lah bergilir-gilir menemaninya, ketika di hospital. Dan yang turut disisinya ketika beliau menghembuskan nafas akhir...

Begitulah kasih, sayang dan rindunya mereka kepada insan bernama Sharifah Aini. Mereka yang rapat dengannya menyapanya sebagai Ani...

Dan setahun setelah pemergian beliau, barulah mereka kuatkan hati untuk bersama-sama meluahkan rasa rindu dan sayang kepada Sharifah Aini. Satu majlis minum petang tertutup, diadakan di Restoran Bunga Emas, Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur Sabtu 23 Ogos yang lalu.

Sebaik sahaja memasuki restoran itu tepat jam 2.30 petang, langkah Kjee terasa begitu berat, apabila kedengaran sayup-sayup lagu dendangan Allahyarham... terasa ketika itu Allahyarham masih ada. Dan bakal menyambut kedatangan tetamu dengan senyumannya yang paling manis.

Majlis bermula dengan bacaan doa untuk Allahyarham oleh seorang Ustaz jemputan.

Setiap tamu yang datang, membawa bersama kenangan yang akan disimpan kemas-kemas, dalam kotak memori mereka. Tidak mudah mahu jadi sahabat kepada seorang lagenda tanahair. Hadirin tidak ramai... mungkin tidak sampai 50 orang... artis, wartawan dan kenalan rapat.

Dan ketika setiap seorang yang tampil ke depan untuk menceritakan perihal kenangan bersama Sharifah Aini, restoran jadi sunyi sepi. Pusing kiri dan kanan, kelihatan yang lelaki tunduk dan yang wanita menangis.

Majlis yang pada mulanya Kjee jangkakan sayu, kemudian ceria apabila sorang demi seorang mendendangkan lagu-lagu yang dikatakan favorite Allahyarham. Antara mereka, Jaafar Onn, Aishah Ali, Saleha Ali, Fatimah Ismail dan juga Rizal Kamaruddin atau RK, pembantu peribadi Allahyarham.

Turut hadir Uji Rashid dan Dato Johari Salleh (Pengarah Muzik SA) yang tampil menceritakan kisah-kisah yang selama ini hanya mereka yang tahu, mengenai Sharifah Aini. Juga Khir Johari, seorang peminat dari Singapura yang datang khas untuk majlis itu.

Setiap yang hadir dihadiahkan kotak yang berisi booklet yang dicatatkan perjalanan hidup ringkas Allahyarham dari mula hingga ke akhir hayatnya.

Mudah-mudahan roh Allahyarham Datuk Sharifah Aini, tenang di sana, dicucuri Rahmat dan ditempatkan di sisi mereka yang beramal soleh. Aaminn. Al Fatihah.

Baca jugak SINI.



Khir Johari (kiri) datang khas dari Singapura untuk majlis ini




Bersama Aishah Ali

Saleha Ali, Aishah dan suaminya Ishak Nengah


Dua ditengah, Dr Abu Salim Idris dan isterinya Dr Deleila Hatun


Jaafar Onn... pak andam Kjee masa kahwin dengan arwah abah Nadia dulu

Selebriti/Pelakon Ishak Nengah, juga teman wartawan dulu



Aishah Ali, kenalan Allahyarham dari zaman remaja singing Forever And Ever

Uji, Syed Yusof Wafa, Kit dan Huzz...

Dato Johari Salleh

Rizal Kamaruddin pembantu peribadi Allahyarham








1 comments:

Cahaya Diana said...

Assalam kak Jee.. Saya sampai di sini sbb mencari artikel tentang arwah Sharifah Aini. tak sangka akk pun ada dtg majlis ni.. baru nak buat posting, sbb sy pun terlibat secara tak langsung hasilkan video montaj utk event ni. tak perasan kak Jee ada, kalau tak sure nak bergambar sama.. :)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...