Tuesday, August 18, 2015

CHURROS/KUIH BELIMBING PERTAMAKU








First time makan Churros ni di Restoran Arab Mozes (kalau tak silap eja) di Bukit Jelutong with blogger Shiela dan husband dia. Kjee dah selalu tengok chef mat salleh buat kat AFC.

Actually, sebelum ini Kjee dah makan. Air tangan bekas MIL Kjee, orang Jawa Batu Pahat. Masa tu Kjee baru kahwin dengan Abah Nadia. Kjee tak pasti nama kuih itu tetapi ada kata kuih Belimbing. Mungkin kerana ia mirip buah belimbing. Tetapi, sebaik sahaja digoreng, ia direndam dalam air gula. Sedap sangat makan sebab masa tu belum diabetic. Hehehe.

Berpuluh tahun kemudian, barulah Kjee dapat makan sekali kali kat Rest Arab Mozes tu. Tapi, kali itu dicelup pula dalam cokelat cair. Boleh tahan sedap.

Apabila saban hari ada sahaja fren FB share kuih ini kat FB, Kjee jadi excited nak buat. Cuba ajelah kan. Tak jadi, sekali itu ajelah.

Kjee amati resipi pemberian fren FB, Mamanya Arissa Danny. Wah mudahnya nak buat. Macam adunan cream puffs. Jerang air pastu masuk tepung pastu masuk telor kacau sampai likat. Pastu pipe lah dalam minyak panas.

Kjee guna acuan semperit yang biasa-biasa. Itu sahaja yang ada dalam simpanan. Tapi ada yang kata lebih mudah guna acuan semperit daripada piping bag.









Bab nak paip adunan ke dalam minyak panas, harus dilakukan dengan hati-hati. Kalau ada pembantu yang tolong potongkan adunan itu, okaylah. Tapi tadi Kjee buat sorang-sorang cos my assistant sibuk dengan urusan dia.

Hah jangan risau sebab kuih ni terlalu senang nak nak buat! Cubalah. Satu adunan tadi dapat dalam 10 biji Churros. Untuk keluarga Kjee yang kecil, cukuplah kan? Masa menggoreng, api jangan terlalu kecik kerana kalau lama sangat menggorengnya, Churros tu akan menjadi terlalu garing.

Bahan-bahan dan cara membuatnya seperti dibawah. Selamat mencuba. Pemilik asal resipi Kjee tak tahu. Mintak dihalalkan.


CHURROS
BAHAN2NYA
1 cawan air
1¼ cawan tepung gandum
1 sudu besar gula
1 sudu besar butter
secubit garam
1 biji telor

CARANYA
Jerang air dengan butter, gula dan garam sampai mendidih. Perlahankan api. Masukkan tepung dan kacau pantas-pantas. Sebaik jadi doh, padam api, masukkan telor dan kacau lagi pantas-pantas guna senduk kayu. Masukkan dalam piping bag atau acuan semperit.

Panaskan minyak dalam kuali. Paipkan adunan berhati-hati dalam minyak sederhana panas. Balik-balikkan. Bila warna keemasan, keluarkan dan tos minyaknya. Dah sejuk, ayak gula aising pada keseluruhan kuih. Kalau nak cicah cekelat atau maple syrup, tak perlu tabur gula aising.








1 comments:

ummi aqilah (LM) said...

Nampak senang.. Tq kakjee.. Payah nk jmp org jual kuih ni. Dulu kat ganu tepi2 jln mudah nk dpt

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...