Monday, August 24, 2015

LABU MASAK BENING DENGAN BILIS







Dua hari lepas Kjee singgah Pasar Keramat. Suka sangat intai-intai gerai yang jual sayur-sayur kampung. Macam-macam adalah. Yang Kjee tak kenal pun banyak dijual.

Minah Indon yang jual kat situ tengah potong labu. Sebiji dipotong dua. Agaknya lagi senang nak jual. Dia hulurkan sebelah kat Kjee. Katanya, labu ni sedap masak bening. Kjee terus amik.

Dua hari dalam peti ais, baru Kjee perasan kehadirannya. Terfikir Minah tu kata sedap masak bening atau tumis air. Maka inilah kejadiannya tadi.

Kjee bersihkan labu. Buang kulit dan biji. Kemudian potonglah ikut suka. Kjee hiris bawang putih an bawang merah dan letak dalam periuk bersama air. Air ini cukup-cukup tenggelam labu tu nanti. Kemudian Kjee campak sejemput ikan bilis, ½ sudu kecik lada hitam yang telah ditumbuk halus, dua batang serai dan sehelah daun kunyit. Jerangkanlah. Bila dah mendidih, masukkan labu dan terus didihkan. Apabila labu dan lembut, rasa garam.

Itu jer. Sedap jugak masak ini untuk betik mengkal.

Inilah Labu Masak Bening atau tumis air. Makanan orang Jawa ni. Suka hirup kuahnya.








0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...