Wednesday, September 9, 2015

KUIH SERI MUKA PANDAN YANG AWESOME








Arwah Bonda makes one of the best Kuih Seri Muka, I've ever tasted! Sebab itulah, Kjee ni cukup cerewet apabila makan kuih itu. Tiap kali makan, kalau Kjee geleng kepala, menandakan tiada siapa boleh lawan Kuih Seri Muka yang arwah Bonda buat.

Kecuali... Kuih Seri Muka Mak Jah di Ampang Jaya. Memang Kuih Seri Muka yang dijual di gerai Mak Jah is out of  this world. Ramai kawan-kawan Kjee yang pernah makan Kuih Seri Muka Mak Jah, turut mengakui ia memang sedap.

Sejak bertahun lamanya, Kjee mencuba dan mencuba buat Kuih Seri Muka. Ada yang okay, banyak kali jugak gagal. Tapi semuanya setakat okay jer sehingga Kjee beranikan diri mencuba resipi blogger Fauziah GeeHut, siang tadi. Terbaik lah. Kjee bagi 10 bintang! Hehehe.

Kenapa Kjee cuba Kuih Seri Muka Pandan Fauziah GeeHut? Sebab Gee pandai curi pandangan mata. Dari mata turun ke hati. Fotografi dia amat menyenangkan mata Kjee. Itu bab fotografi lah kan. Kjee yakin Gee jugak seorang tukang masak yang hebat. Tiap kali dia tayang gambar masakannya, Kjee tak henti-henti terliur.







Anyway, this recipe is for keeps. Lapisan atasnya lembut dan kalau hendak dipotong dengan sempurna rasanya kena buat kuih ini sebelah malam, sejukkan dan potong esok hari, dengan pisau plastik.

Kjee hampir-hampir kecewa tadi apabila membancuh lapisan atasnya, warna yang Kjee harapkan (seperti yang arwah Bonda buat), tidak kesampaian. Arwah Bonda guna seratus peratus jus daun pandan tulen. No green food coloring for her. Pantang nenek moyang dia.

Dan tadi, Kjee terpaksa mencampur setitis pewarna hijau kerana daun pandan yang UnclePali amik tadi, warnanya tidak cantik. Tak ensem langsung.

Malah, masa mengukusnya jugak, kaler hijau nampak pudar. Pucat lesi cam orang pompuan dalam pantang. Tetapi ajaibnya, setelah siap mengukus, warnanya berubah menjadi menarik. Well, boleh dikatakan seperti yang dihasilkan arwah Bonda.

Kalau korang nak resipi penuh, sila ke blog GeeHut. Yang belum pernah follow blog Gee, harus jadikan ia salah satu blog wajib, mulai hari ini. Hehehe.





1 comment:

  1. assalam jee tengok serimuka pandan ni teringat serimuka mak buat tiap kali puasa sedap sgt...

    ReplyDelete