Sunday, September 20, 2015

LEMPENG LETAK JAGUNG DAN UDANG







Drama satu babak.
scene: 1
location: Living area
props: lounge chair, tv, kudapan
pelakon: Nadia, Mama

Nadia: Mama, ada jagung tak?
Mama: Jagung? Cuba cek dalam freezer. Rasanya ada baki jagung manis frozen

Nadia pun bangun. Pergi ke freezer. Kemudian bukak kabinet pantry.

Nadia: Tak ada Mama.
Mama: Isyhh cuba cek betul-betul.

Cut

Itu kisah semalam yang sempat dirakam. Nadia kata dia nak makan cucur jagung leper yang pernah Kjee buat beberapa tahun lalu. Letak jagung manis dan udang. Baru teringat resipi tu. Kjee jumpa dalam salah satu buku resipi Thai.

Semalam cari buku tu. Masa nak guna, tetiba ghaib! Sapalah sorokkan buku resipi Thai ku itu!!!!

So pagi tadi, Kjee ke dapur. Cuba ingat resipi Thai tu tapi tak muncul dalam fikiran. So, what's next? Of coz cooking without a recipe. Samalah macam resipi hantamlah saja labu!

Tapi mokcik tetap sukat. Manalah tahu kalau menjadi kannnn. Heheheh.








Kjee sukat ½ cawan tepung gandum, ¼ cawan tepung beras dan ¼ cawan tepung jagung. Gaulkan. Kemudian Kjee cincang 1 labu kecik bawang besar dan cili padi. Ikut suka nak pedas mana. Campurkan ke dalam tepung.

Telor sebiji dipukul manja dan diletak dalam tepung tadi. Kemudian, letak 1 cawan air dan gaul hingga sebati. Adunannya agak basah bukan doh. Kemudian Kjee ramas-ramas 1 chicken cube. Kalau nak letak bilis cube pun okay. Gaul rata.

Kalau tak mau letak chicken/bilis cube, perasa dengan garam dan pak aji kalau guna.

Kemudian Kjee masukkan kira-kira satu mangkuk jagung. Tak kisahlah yang beku atau yang segar. Selepas gaul, Kjee letak lebih kurang ½ mangkuk udang halus. Kalau guna udang kasar, cincang dulu kasar-kasar. Gaul hingga sebati.

Panaskan kuali. Kjee guna non stick frying pan. Letak sedikit sahaja minyak. Bila minyak dah panas, perlahankan api dan letak satu senduk adunan. Bagi rata adunan itu.

Apabila sudah nampak brown, terbalikkan. Masak hingga garing. Ulang sampai semua adunan habis.

Hidang dengan sos cili Thai atau apa jer yang ada. Sesuwai gak untuk minum petang.









0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...