Sunday, October 25, 2015

SIAKAP TIGA RASA







Dari kecik lagi Nadia suka sangat Sweet Sour Fish. Kjee selalu buatkan cara arwah Bonda iaitu menyalutkan ikan itu dengan tepung jagung, kemudian digoreng garing. Lepas tu baru dimasukkan dalam sos Sweet Sour.

Kjee plan nak buat Sweet Sour Fish apabila ternampak ikan Siakap yang sangat fresh di pasar Keramat hari tu. Tetapi apabila masuk ke dapur, ubah fikiran dan buat Siakap Tiga Rasa. Dulu Kjee pernah buat letak bunga kantan yang telah dicincang halus tetapi kerana tak ada plan nak buat hari ni, maka jadilah Siakap Tiga Rasa biasa.

Kjee cincang dua labu kecik bawang besar, tiga ulas bawang putih, dua inci halia, cili padi (dalam 15 biji) serta sebatang serai. Kjee campurkan hoisin sauce, plum sauce, oyster sauce, cili sauce dan tomato sos (semuanya satu sudu besar tiap satu) ke dalam mangkuk bersama lebih kurang ½ cawan air. Kacau bagi rata. Ikan siakap lebih kurang 900 gram.

Ikan Siakap dibuang sisik, dibersihkan dan dilumur kunyit dan garam. Kemudian digoreng garing. Apabila sudah garing, keluarkan.

Dalam kuali lain, letak dua sudu minyak. Apabila panas, masukkan bahan-bahan cincang dan tumis hingga naik wangi. Kemudian dituang semua sos yang telah bercampur air tadi. Kacau hingga rata. Rasa. Kjee tak tambah garam sebab sudah cukup rasa.

Kemudian masukkan daun bawang yang telah dipotong serong serta daun limau purut yang telah diricik halus. Gaul rata dan padam api.

Letak ikan dalam pinggan atau apa jua bekas dan curahkan sos tadi diatas ikan. Hidang panas-panas dengan nasi putih.

Juga BACA SINI.




0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...