Tuesday, November 3, 2015

ASAM PEDAS AYAM STAIL JOHOR










Sejak akhir-akhir ni, agak pening jugak memikirkan lauk pauk ayam dan ikan. Daging dah tak boleh lagi masuk rumah sejak UnclePali kena Gout. No more red meat, kata Dr Aida.

Walaupun UnclePali kata, tak kesahlah kalau nak masak sebab dia tak payah lah makan, tetapi buat masa ini rasanya Kjee tak masak dululah daging... sampai UnclePali sembuh. Gout yang dihidapinya kali ini amat-amat serius. Selalu sehari dua, setelah telan ubat, dah okay. Tapi hari ini sudah masuk minggu ketiga! Masih menahan kesakitan dalam diam.

Semalam, ketika singgah di Pasar Keramat, Kjee beli ayam. Hajat hati nak buat Ayam Goreng Berempah. Goreng garing-garing, makan panas-panas dengan nasi putih dan satu sayur, Tetapi, dalam perjalanan pulang ke rumah, teringat pulak Asam Pedas Ayam Johor resipi Mat Gebu, yang sedap sangat.

Mujur semua bahan-bahan ada di rumah termasuk daun Kesom yang tengah cantik lebat daunnya. Maklumlah sekarang ni musim hujan. Semua pokok-pokok herba yang ditanam UnclePali di tanah sekangkang meow depan rumah, tersangatlah cantik.









Sejak diperkenalkan Mat Gebu lauk ini, inilah kali ketiga rasanya, Kjee buat. Penghuni rumah kami cukup suka. Lain kali buat, Kjee nak cuba guna ayam tua atau arwah Bonda selalu gurau kata Ayam Gostan.

Kjee celur seketika bendi sebagai ulam sampingan. Kjee celur sekejap sahaja sebab suka makan dengan rasa masih ranggup. Kruk Kruk gitu. Tak buat sambal belacan seperti selalu sebab lauk pun dah pedas kan! Kjee suka sangat makan bendi yang separuh mentah itu bersama sambal tempoyak mentah. Hmmm kenapa tak ingat nak buat semalam!! Hehehe.

Ada orang tanya bagaimana hendak elakkan bendi 'berlendir' ketika mencelur. Rahsianya... isyhhh bukan rahsia kot, ialah cuci bendi tu bersih-bersih. Jangan buang atau potong tangkainya. Celur begitu sahaja. Kemudian apabila sudah ditoskan air dan rendam seketika dalam air paip (untuk hentikan proses ia menjadi lembik dan kekalkan warna hijaunya) dan disejukkan, baru dipotong tangkainya. Cara itu, bendi tidak akan berlendir.

Kalau nak tahu resipi Asam Pedas Mat Gebu yang Kjee buat sebelum ni, KLIK SINI.

Sedap juga kalau makan bersama ikan kering masin atau Ikan Pekasam. Layannnnnn.





0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...