Wednesday, November 11, 2015

AYAM MASAK HALIA DAN BAWANG PUTIH







Apabila angin dalam badan dah banyak sangat berkumpul, Kjee suka masak lauk ni. Hiris halia muda dan bawang putih banyak-banyak. Tak sampai beberapa jam lepas makan, berebut-rebut angin keluar. Hehehe.

Dulu Kjee pernah masak Ayam Halia ala Sichuan ni. Tapi Kjee buang tulang dan hiris isinya, panjang-panjang. Tapi hari ni, hanya ada stok Chicken Thighs (peha). Jadi Kjee cincang-cincang bite size jer. Tak sedap kalau guna dada ayam yang putih tu. Kalau bahagian lain, isinya agak kenyal. Itu yang sedap.

Kjee guna satu mangkuk ayam yang telah dipotong kecil-kecil. Kjee rasa ada dalam 250 grams. Lepas tu Kjee hiris dalam empat inci halia muda dan satu labu bawang putih. Selain itu, dua tangkai daun bawang dan empat biji cili kering yang telah direndam sekejap dan dipotong dua.

Ini adalah resipi stir fry atau goreng pantas guna api yang besar.










Panaskan dua sudu minyak. Kemudian masukkan halia dan goreng hingga garing. Kemudian masukkan bawang putih dan goreng lagi hingga warnanya berubah keemasan. Kjee keluarkan. Guna minyak yang sama, Kjee goreng pulak cili kering. Jangan terlalu garing nanti pahit. Keluarkan. Kjee keluarkan halia dan bawang putih tadi sebab nak kekalkan kerangupannya. Hanya masuk balik di saat akhir sebelum padam api.

Kemudian masukkan ayam dan goreng hingga ayam kecut. About 10 minit. Kemudian masukkan satu atau dua sudu sos tiram. Jumlahnya ikut rasa yang diperlukan. Kalau ada Hoisin sauce, masukkan juga sikit. Tapi kena adjust sos tirem kalau letak sos Hoisin. Dua-dua amat masin.

Kacau hingga rata. Sekiranya puas hati ayam dah masak rata, masukkan daun bawang, cili kering serta halia dan bawang putih. Kacau hingga rata dan padam api.

Kehadiran Cili Kering itu, katakan ala Sichuan. Ia satu daerah di China dimana semua makanan mereka sangat-sangat pedas. Kjee suka kunyah sekali cili kering itu bersama ayam ketika makan.

Itu jer. Makan dengan nasi panas. Sesuai juga untuk mereka yang dalam pantang. Kjee guna sos tiram vegetarian. Boleh dibeli di semua pasaraya besar.

Baca jugak DISINI.









0 comments:

Post a Comment