Pages

Wednesday, November 4, 2015

IKAN TENGGIRI MASAK KICAP











Arwah bapak Kjee orang Melaka. Rumah dia kat belakang High School di tengah-tengah bandar. Nama kampung tu Banda Kaba. Sepelaung jer dari Banda Hilir.

Jadi dari kecik Kjee memang terdedah dengan lauk masak kicap, lauk favorite orang Melaka. Masak Kicap Ayam, Ikan dan jugak Daging. Kalau kami balik kampung, hidangan lauk kicap ini yang Kjee nanti-nanti.

Masa tu Kjee terfikir camner dia orang masak lauk kicap ni sedap sangat. Kuahnya manis. Tentu dia orang letak gula sebab zaman tu mana ada kicap manis. Hanya ada kicap satu jenis jer.

Apabila dah tua, dah ada kicap lemak manis, maka kerja Kjee masak lauk ni menjadi mudah. Hehehe.

Nadia suka masak kicap. Kalau seminggu dua atau tiga kali masak pun dia tak kesah. Tapi kalau masak lauk kicap, kena gandingkan dengan sambal belacan. Hari ni Kjee gandingkan dengan sambal mentah tempoyak dan ikan kering masin. Ulamnya pulak Kjee celur bendi dan kacang botor.

Masa makan tadi, mulanya tadi UnclePali amik nasi sikit jer. Agaknya tak berapa selera tengok lauk yang tak berapa lawa tu. Tapi bila habis sepinggan, dia bangun amik nasi tambah. Kjee sengih apabila dia tunjuk isyarat sedap.











Lauk ni semua orang tahu buat. Tumis bawang besar yang dipotong bulat, bawang putih, dan halia. Apabila bahan-bahan tumis dah layu, masukkan air. Ikut suka banyak mana korang nak kuahnya. Kemudian masukkan kicap. Jugak ikut rasa. Apabila dah didih, masukkan ikan goreng.

Kjee guna ikan tenggiri yang digoreng suku masak. Luarnya dah garing sikit, terus angkat. Kalau terlalu masak atau garing, nanti isi ikan jadi keras. Tak sedap.

Kemudian masukkan ikan goreng ke dalam kuah kicap, dan perlahankan api. Campak lima atau enam biji cili padi yang telah dipotong sikit hujungnya. Masukkan jugak satu sudu besar cuka. Kjee guna cuka epal atau apple cider sebab tak tajam sangat macam cuka biasa.

Perlahankan api. Arwah bonda kata kata bawang besar tadi dah lembut, kira dah okaylah boleh padam api.

Kalau nak beri makan kat anak-anak kecik, tak payah letak cili padi. Sediakanlah sambal belacan dan ulam-ulam untuk orang dewasa.






1 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...