Pages

Thursday, November 5, 2015

KEREPEK JEJARI PERISA KETAM












Ramai dah buat. Dulu, tiap kali bukak FB, ada jer orang tayang kat News Feed Kjee. They call it Kerepek Jejari Ketam ni. Malah, ada seorang fren facebook siap pm Kjee resipi suruh buat. Tapi ntah mana resipi tu, akhirnya Kjee tanya Cik Google jer.

Kjee beli dua peket Jejari Ketam ni di Hero Market semalam. Sebenarnya, ia bukan isi ketam original tapi dibuat tiru rasa ketam. Rasanya, dia orang guna tepung ubi atau tepung jagung, pastu letak pewarna.

Kjee tak pasti Jejari Ketam yang Kjee makan kat Restoran Jepun, tu original. Entahlah. Tak dapat bezakannya. But I guess it's the same thing.

So, Kjee akan gelarkannya Jejari Perisa Ketam. Ok tak? So yang alahan atau allergic makan seafood boleh makan. Hehehe

Anyway, Kjee buat kerepek ni suka-suka jer sebab tak ada kerja cari kerja. At least bolehlah makan sambil tengok teevee kan?

Mengikut resipi, kena carik-carik jejari ketam tu, lepas tu kalau boleh jemur seketika. Jemur seketika? Di tengah panas? Itu Kjee tak akan lakukan sebab dalam rumah dan belakang rumah, anak-anak bulus berkeliaran. Selain anak bulus, ada tupai dan gagak. Itu belum termasuk Cik Tie. Well, umah Kjee ni ala-ala Zoo jugak lah. Hehehe.




Diletak atas tisu dapur dan carik-carik 


Digaul rempah dan daun kari sebelum goreng




Kjee keluarkan jejari itu dari peketnya. Kemudian Kjee letak atas tisu dapur setelah buang pelapik plastiknya. Kemudian Kjee amik satu jejari dan ramas-ramas guna kedua belah tapah tangan. Bila dah longgar sikit barulah dicarik-carik. UnclePali kata, hiris-hiris guna pisau jer. Hmmm first time buat, kita ikut resipi lah Bro. Hehehe.

Setelah semuanya siap dilerai, letak dalam besen dan bubuhlah rempah kari. Kjee rasa untuk dua peket, letaklah satu sudu besar rempah kari. Letak jugak daun kari dan gaul. Tak payah letak garam sebab jejari ketam tu dah cukup rasa.

Kemudian panaskan minyak. Minyak mesti betul-betul panas macam kita nak goreng keropok. Kemudian amik segenggam dan gorenglah hingga garing. Ulang sampai habis. Toskan minyaknya, tunggu sejuk baru disimpan dalam bekas kedap udara.

Rasanya? Hmmm Kjee terfikir rasanya macam kentang yang dihiris macam mancis dan goreng garing. Tak taulah Kjee nak buat lagi ke tidak. Maybe nak dajjalkan Nadia. Suruh dia buat weekend ni. Hehehe.





2 comments:

Rizziela said...

pernah try...x jadi

Kjee said...

Tak jadi? Peliknya. Bukan susah pun. Kalau Rizziela buat lemau dan anggap itu tak jadi, maka lain kali kena try lagi. Minyak harus panas betul-betul apabila nak masukkan bahan-bahan tu. Hati2 apabila berdepan minyak panas. Selamat mencuba.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...