Pages

Friday, November 13, 2015

LUNCH RATAH IKAN DAN KENTANG









Lunch di hari kurang rajin. Bukan kurang rajin memasak tetapi kurang rajin memikirkan apa nak masak. Jadi, ratah ikan dengan kentang jer. Hehehe.

Kekadang Kjee hot jugak kalau tiap hari kita jer yang nak kena fikir nak masak apa. Sebab tu kekadang dalam masa seminggu Kjee masak satu jenis lauk tu sampai tiga atau empat kali. Malas dah nak fikir.

Rasa-rasanya mulai tahun depan kalau panjang umur Insya Allah, Kjee nak duduk sama Nadia dan UnclePali. Tulis apa yang harus dimasak setiap hari. Macam buat schedule. Apa lauk dari Isnin hingga Ahad. Kemudian, ulang lauk yang sama setiap Isnin hingga Ahad hingga hujung tahun. Hehehe.

Macam tu boleh panjang sikit umur sebab tak stress fikir apa nak masak hari-hari kan? Isyhhhh ada ke orang buat? Macam duduk kat asrama sekolah pulak kan? Whatever.

Anyway, Fish Tempura dengan Grilled Potatoes dan Salad ni, Kjee dah suruh Nadia buat dua hari lepas. Samada dia dengar atau buat tak dengar, maka Kjee merajuk dan masak untuk lunch hari ni. Nasib baik UnclePali tak cerewet. Apa jer Kjee masak, dia follow jer.

Kjee guna Ikan Dory. Boleh dibeli sejuk beku di semua pasaraya besar baik Tesco, Giant atau Hero Market. Ikan ni tak ler mahal. Kjee beli satu peket empat keping cuma RM12. Satu keping tu boleh buat satu orang dewasa, kenyang. Satu keping potong tiga (dalam 3 inci setiap keping).

Hari ni Kjee goreng ikut stail Tempura. Kjee guna tepung naik sendiri. Tepung gandum biasa pun boleh. Untuk dua keping enam potong ikan tadi, Kjee guna lebih kurang 4 sudu besar tepung. Kjee perasa dengan sedikit garam dan lada hitam.







Airnya adalah campuran air sejuk dalam peti ais dan beberapa ketulan ais batu. Air itu kemudian dicurahkan ke tepung dan dibancuh macam kita buat tepung goreng pisang. Tapi tak perlu kacau sampai halus. Asal bercampur tepung tu, udah ler. Tak kesah kalau masih ada tepung yang berketul.Ini orang Jepun yang ajar. Jepun mana, tak korang tak payah tahu lah yer. Hehehe.

Panaskan minyak dan celup ikan Dory yang telah dicairkan (defrost) dan dilap kering guna tisu dapur atau kain kering. Masukkan ke dalam kuali yang minyaknya telah dipanaskan. Kjee guna kuali nonstick. Selalunya kalau guna kuali biasa, ikan itu melekat. Mungkin sebab Kjee memang tak terer koreng ikan.

Dah garing dan elok masaknya, toskan atas tisu dapur supaya minyaknya diserap.

Hidang dengan kentang gril dan salad.








Oppppsss lupa pulak. Korang kena gril kentang sebelum korang goreng ikan. Kjee guna kentang yang memang khas untuk dipanggang. Alamak lupa pulak nak tengok jenama tadi. Sekilo RM12. Kjee beli kat Cold Storage. Ada jugak dijual kat Jaya Grocers. Kalau tak ada, boleh guna juga American Russet Potato. Hah ini ada dijual di Tesco, Giant atau Hero Market.

Bezanya guna kentang yang dikhaskan untuk grill ialah, kentang itu cepat masak, sangat berkanji dan sedap.

Tadi Kjee belah dua, panaskan grill pan. Dan cukup panas, letak sedikit minyak Zaiton dan susun kentang. Dah letak kentang, api diperlahankan. Susun kentang dan jaga. Jangan pulak korang relek layan FB. Nanti hangus. Selalu balik-balikkan. Oh ya, kulit tak payah dibuang kalau korang guna kentang berkulit merah (Red Potatoes)  atau yang macam Kjee guna.

Bila kentang dah masak barulah korang goreng ikan ya.

Susun ikan atas pinggan bersama salad dan kentang. Makan dengan mayonaise dan cili sos. Sedap lah gua cakap lu. Hehehe.















0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...