Pages

Monday, November 23, 2015

POPIA SIMPUL LAGI... TAK SERIK-SERIK HEHEHE








Sejak akhir-akhir ni, kalau tak ada kerja, memang Kjee akan duduk kat dapur sorang-sorang dan simpul popia ni. Nadia selalu marah. Dia suruh rehat. Apabila balik kerja dan nampak dah ada Popia Simpul dalam balang, dia mesti hot. Hehehe.

Laaa bukannya susah buat. Duduk aje bukan kena berdiri. Hanya masa goreng aje berdiri. Itu pun sekejap.

Popia Simpul ni favorite kami bertiga tapi selain itu, jugak favorite si Charlene. Sekarang si Halus dah mula belajar makan. Setiap hari mesti Charlene dan Halus tercongok saje sebelah balang tu. Amik ler sendiri kan? Mama dah tolong buatkan! By the way, Charlene dan Halus adalah kucing betina kesayangan Kjee.

Kalau nak tau cara membuatnya, KLIK SINI. Ada step by step dan video sekali.

Pada Kjee, tak ler susah sangat nak buat melainkan korang banyak sangat makan vitamin M. Hehehe.







0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...