Friday, November 13, 2015

PUDING KASTAD GULA MELAKA







Kelmarin Nadia kata Mama dah lama tak buat Agar-Agar Kastad. Tak rindu ker nak makan? Hehehe itulah cara Nadia nak bagitau Kjee suruh buat. Rindu jugaklah sebab lama sangat tak buat.

Kjee buat Agar-Agar Kastad dulu tanpa resipi. Guna agar-agar tali. Mula-mula jerang agar-agar bersama air dalam periuk. Apabila agar-agar dah cair, letak gula. Kemudian apabila gula dah cair, masukkan satu tin susu cair dan kacau sampai rata. Kemudian letak kastad yang telah dicampur air. Kemudian tapis ke dalam loyang.

Itulah resipi Kjee. Kekadang jadi keras sangat kekadang lembik. Tapi yang kelakar, masa Nadia kecik-kecik dulu ada juga orang order. Hehehe. Kjee kecut jugaklah perut sebab tak tahu hasilnya macam mana sebab Kjee terus bagi loyang agar-agar tu kat customer tersebut. Tapi dia tak pernah complain. Malah ada yang repeat order. Naseb ler.

Tapi sekarang Kjee dah pandai guna Agar-agar serbuk. Yang 10gms dalam satu peket tu. Mula-mula dulu takut jugak sebab kuantiti air tak sama kalau kita guna agar-agar tali.

Hari ni Kjee buat Agar-Agar Kastad curah sirap Gula Melaka atau ada orang panggil Gula Nau. Ini gula Melaka ori pemberian fren Kjee, Khairani Dato Khalid, tauke Lubukmas Farm, kat Nismilan. Gula itu memang ori lah. Rasa cam candy! Tak campur gula pasir punya!









First thing first. Kjee masak dua ketul gula Melaka tu dengan dua cawan air. Masak sampai pekat. Sampai boleh curah atas puding agar-agar nanti. Kalau korang nak letak satu dua sudu dalam acuan kemudian tuangkan puding yang baru dimasak tu pun okay gak. Jadilah ia macam Karamel Puding Telor tu. Tapi, Kjee curahkan diatas puding selepas ia diterbalikkan.

Dah masak gula tu sampai pekat, sejukkan.

Beralih pulak kita buat puding tu. Kjee didihkan 3 cawan air dalam periuk. Kemudian masukkan satu peket agar-agar serbuk. UnclePali beli yang warna kuning sebab warna transparent tak ada kat kedai tu.

Sementara tunggu agar-agar tu dissolve, Kjee campur dua sudu tepung jagung dan tiga sudu tepung kastad ke dalam mangkuk. Campurkan satu cawan air, kacau dan tapis. Tepikan.

Apabila agar-agar sudah larut, masukkan satu tin susu cair dan tiga sudu besar susu manis. Tak perlu terlalu manis sebab nanti nak curah sirap gula Melaka diatasnya bila nak hidang. Kacau hingga rata. Biarkan didih seketika. Kemudian perlahankan api dan curah capuran air tepung kastad, tepung jagung dan sedikit vanilla. Kacau tanpa henti selama lebih kurang lima minit, kemudian padam api.








Curah dalam bekas atau acuan idaman. Sejukkan lebih kurang sejam dua.

Apabila hendak hidang, terbalikkan atas piring dan curahkan sirap gula Melaka. Sedap dihidang sejuk. Sirap gula Melaka pun kena sejukkan dalam peti ais.

Baru Kjee terfikir, ada Maple Syrup pemberian my sis Hawa Lerno masa dia balik cuti Hari Raya dari Perth hari tu. Hmmmm boleh jugak guna kan. Hehehe.

Anyway, boleh makan jugak tanpa sirap Gula Melaka.





1 comment: