Monday, November 2, 2015

PUFF PASTRY APPLE PIE








Dah banyak hari mengidam tapi tak pernah berkesempatan nak buat. Bukan susah pun. Buat tak sampai ½ jam tapi yang tak best, licin dalam masa tak sampai lima minit. Hehehe

Kjee beli dua biji Granny Smith Apples. Apple yang warna hijau. Dia orang kata GS apples ni tak lembik bila dimasak. Alahai kalau masuk perut hancur jugak kan? So, guna epal hijau Siam pun okay lah.

Kerana tiga empat hari apple tu duduk dalam peti ais, maka sebiji Nadia bedal cicah dengan serbuk asam boi. Tinggal sebiji jer. But since yang makan dessert camni hanya Kjee dan UnclePali, baki sebiji GS apple tu, cukup buat apple pie untuk kami berdua.

Kjee buat dua open apple pies dan berbaki sedikit lagi intinya, Kjee buat close pie.

Nak buat pie, oven mesti betul-betul panas supaya masuk jer pie ke dalam oven, ia akan terus naik. Maklumlah Kjee guna puff pastry jenama Kawan untuk apple pie ini. Panaskan oven 180 darjah selama 20 minit.







Sementara itu, keluarkan puff pastri dan asingkan lima keping atas meja. Tetapi lapikkan ia diatas pelapik plastik dalam peket tersebut. Kemudian buat inti.

Intinya, Kjee tak masak. Kjee buang kulit, hiris dan letak soft brown sugar. Kemudian letak secubit serbuk kayu manis. Kacau rata dan tepikan.

Habis buat inti, Kjee ambil satu keping pastri (ukuran 4"x4"). Kjee toreh satu inci keliling pastri itu, keluarkan bahagian tengah pastri tersebut. Ia berbentuk cam frame gambar. Kemudian Kjee letakkan 'frame' tadi diatas satu lagi keping pastri.

Maaf, tadi tak amik gambar sebab ini kali pertama Kjee buat dan takut tak menjadi. Hehehe.

Kemudian bahagian dalam pastri yang menjadi lapaisan bawah itu, dicucuk-cucuk manja guna garfu. Kemudian ambil inti apple dan susun di dalam 'frame'. Jangan takut nak letak banyak inti. Kjee takut-takut tadi. Bahagian luar 'frame' akan 'naik' tinggi. Kalau letak sikit, nanti tak cantik. Susun elok-elok inti apple tu.

Kemudian sekeliling pastri disapu dengan telor yang telah dipukul manja. Buat sampai habis. Kjee buat sebiji apple dan dapat dua open pie dan satu close pie. Kjee guna lima keping pastri Kawan.

Bakar dalam oven suhu 180 darjah selama lebih kurang 15 hingga 20 minit terpulang kepada kepanasan oven sendiri.

Apabila sudah dikeluarkan, ayak dengan gula icing.











1 comment: