Saturday, November 7, 2015

SUP KAKI AYAM CAMPUR FUCUK, CARROT DAN KENTANG







Sejak azali kami sekeluarga suka makan lauk Sup Kaki Ayam. Sejak zaman Kjee kecik-kecik. Arwah bapak kata his Chinese friend kata, elok untuk sendi-sendi kaki. Lendir-lendir pada kaki ayam itu (setelah direbus lama) boleh menambahkan gel untuk sendi dan lutut kita. Wallahualam.

Tapi, Kjee tahu ada yang tak suka makan. Geli kata mereka. Especially kalau bayangkan ayam suka cakar sana cakar sini. Tapi, kita kan dah cuci bersih-bersih. Macamlah bahagian lain binatang yang korang balun tak menimbulkan rasa geli geleman kan?!! 

Mujurlah UnclePali dan Nadia suka. Tapi kalau dia orang tak suka pun, ada aku kesah? Aku nak makan, aku masaklah. Hehehe.

Sup Kaki Ayam ni Kjee buat semalam. Kjee beli satu kilo kaki ayam kat pasar dan satu rangka away. Campur rangka, supnya manis sikit. Kjee jugak letak fucuk (jenis yang keras) yang Kjee dah rendam semalaman. Dan untuk bagi warna, Kjee letak carrot. Kentang pun Kjee letak.

Setelah bersihkan kaki ayam dan buang mana patut (manicure pedicure), kaki ayam itu bersama rangka ayam (kalau guna) direbus dalam pressure cooker. Kalau tak ada pressure cooker, rebuslah sampai lembut. Lembut pada Kjee ialah sampai terlerai sikit kulit kaki ayam dengan tulangnya. Kalau tak, tak sedap.

Setelah lembut, Kjee campakkan satu sup bunjut, satu labu bawang besar dikerat empat, empat biji bawang putih dan satu inci halia yang telah dihiris. Kjee jugak ketuk-ketuk tiga batang serai dan masukkan ke dalam periuk. Kalau ada chicken cube, letakklah. Kjee letak dua ketul sebab Kjee dah tak letak garam. Kemudian jangan lupa lada hitam (yang ditumbuk) sebanyak satu sudu makan.

Biarkan mendidih seketika dan masukkan carrot yang telah dipotong ikut suka dan kentang. Begitu jugak dengan fucuk yang telah dipotong lebih kurang dua inci lebar. (Jangan lupa rendam fucuk. Kalau tak semalaman, dua tiga jam pun okay).

Rendidih hingga puas hati carrot, kentang dan fucuk dah lembut. Padam api.

Masa hidang, taburkan hirisan daun sup dan bawang goreng. Eh kenapa aku lupa letak bawang goreng untuk foto ini hah? Faktor usia!

Kalau nak terai resipi sama tapi bubuh sedikit rempah, KLIK SINI.





0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...