Pages

Friday, December 18, 2015

AYAM KUNG PAO DAN SICHUAN CHICKEN SAMA DAN SERUPA







Lauk ini ada beberapa versi. Namanya pun tak sama. Agaknya mengikut daerah di negeri China. Hanya rasanya sama. Kjee panggil Sichuan Chicken. Rupa-rupanya, ia jugak digelar Chicken Kung Pao.

Selalu kalau menjamu selera di Restoran Group Base, Sri Damansara, Kjee terpandang Chicken Kung Pao dalam menu. Rasa macam nak cuba tapi setiap kali ke sana, dah ada dalam perancangan apa yang harus dimakan. Jadi, Chicken Kung Poa ini akan Kjee kata, lain kali datang kita order.

Nasib baik tak order kerana Ayam Kung Pao dan Sichuan Chicken, makanan yang sama. Hehehe.

Kjee masak Chicken Kung Pao ni sebab semua bahan-bahan ada dalam peti ais. Cuma Kjee tak letak kacang sebab tak ada stok. Kalau letak kacang memang sedap. Selalunya, Kjee letak kacang gajus.

Masaknya secara stir fry atau masak cara pantas. Kalau stir fry, bahan-bahannya perlu disiapkan sebelum mula memasak.

Bahan-bahan yang Kjee gunakan seperti dibawah.








KUNG PAO CHICKEN/SICHUAN CHICKEN

2 keping dada ayam (dihiris nipis)
1 labu bawang besar (dibelah 4 dan dicerai-ceraikan)
4 ulas bawang putih (dihiris)
2 inci halia (dihiris nipis)
½ biji capsicum merah (dadu)
½ bji capsicum hijau (dadu)
6 biji cendawan putih segar (potong 4)
1 sudu besar sos hoisin (optional)
1 sudu besar sos tiram (kalau tak letak Hoisin, letak 2 sudu besar)
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecik minyak bijan

Setelah bahan-bahan semua sedia, campurkan sos Hoisin, sos Tiram, minyak bijan dan tepung jagung dalam mangkuk kecik. Letak lebih kurang 3 sudu air. Campur rata.

Panaskan kuali. Guna api besar. Letak lebih kurang 2 sudu besar minyak dan tumis bawang putih, bawang besar dan halia hingga naik wangi. Kemudian masukkan ayam dan masak hingga ayam kecut. Ayam harus kelihatan kering. Kemudian curahkan sos yang telah dibancuh.

Kacau pantas-pantas. Setelah kuah pekat, masukkan cili capsicum dan cendawan. Kacau lagi pantas-pantas.

Kena makan semasa ia panas dengan nasi putih.

Kjee letak jugak sedikit kicap hitam (tiada rasa) untuk tambah warna kepada lauk ini. Kalau tak letak pun ok. Kalau suka bolehlah letak sedikit kicap lemak manis.








0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...