Saturday, December 5, 2015

HUJAN AIRMATA KERANA PAK YUS














Semuanya berlaku tanpa skrip. Selalunya, apabila muncul di atas pentas, mereka ikut skrip. Ada yang nakal, kekadang terbabas adlip (tokok tambah).

Tapi malam tadi, Jumaat 4 Disember 2016, semuanya berlaku secara spontan. Airmata mengalir tanpa henti. Yang tidak dapat mengawal perasaan, samada ditenangkan oleh rakan yang duduk sebelah, terus bangun dan menyorok belakang tirai pentas.

Semua datang dengan tujuan sama. Mengenang seorang abang, seorang adik... yang pergi menemui Penciptanya. Perginya tidak akan kembali. A one way ticket. And they wept and wept and wept, from the start of the programme till two hours later.

Selama dua jam, bukan sahaja abang-abang, adik-adik yang selama ini sinonim dengan gelagat lucu atas pentas, menangis. Tetapi apabila kamera mengalih ke penonton, kelihatan adik-adik, kakak-kakak, makcik-makcik, abang-abang sado dan pakcik-pakcik menangis!

Kjee sepatutnya menonton malam tadi. Tetapi setelah diberi ubat demam dan sakit tekak oleh Nadia, Kjee terus terlena depan TV sebelum rancangan khas Juara Parodi Mengenang Pak Yus, bermula. Mujur Nadia rakam walaupun dia menonton rancangan lain kegemarannya, bila tengok Kjee dah terlena.



'Kembar Siam' yang telah dipisahkan...


And this morning, selepas sarapan, Kjee pun mencari peluang menonton semula rakaman. Bukak FB, semua yang singgah dalam News Feed Kjee, menyatakan kesedihan menonton rancangan itu. Ada yang menangis tak henti-henti. Hmmmm ini mesti aku saksikan dengan mata aku sendiri.

Start sahaja menonton, Kjee tetiba sebak. Tazkirah oleh PU Taha, terus buat air mata Kjee mengalir. Sesak nafas dan terasa insaf kerana masih diberi peluang Allah swt, bernafas hingga ke hari ini.

Kjee sebenarnya tak tahu apa nak expect apabila Adflin Shauki beritahu melalui panggilan telefon ke Nabil ketika rancangan Meletop, Selasa lalu, akan tiada Juara Parodi minggu ini, Hanya akan ada tribute buat Pak Yus.



Semua 'adik beradik' Pak Yus meluru keatas pentas untuk menyanyikan lagu Kau Ilhamku




























Jadi, setelah Kjee menonton rancangan tersebut selama dua jam, Kjee hanya mampu menangis dan mengeleng kepala. Pembikinannya terlalu sempurna! Pilihan lagu-lagu, superb! Kali pertama tengok memang tak puas. Biarlah airmata ku kering walaupun berkali aku ulang tengok!

Masih terngiang-ngiang di telinga paparan 'adik beradik' sepusat sepusing (mak lain, bapak asing-asing) Arwah Yussry bin Edoo, mengenainya. Rancangan itu juga mendedahkan Pak Yus pada sudut lain. Seorang yang sangat ringan menghulurkan bantuan. Dari bantuan kepada mereka yang memerlukan, Rumah-Rumah Anak Yatim dan jugak Rumah Orang Tua-Tua. Semuanya di Perlis kerana disitulah tanah kelahirannya.

Dalam dia menghibur dan membuat penonton tergolek dengan jenakanya yang selamba, arwah Yussry, sebenarnya seorang insan yang sunyi. Dia hanya gembira apabila dikelilingi 'adik beradik' pentas yang sepusat sepusing dengannya.

Dan dari wajah mereka yang berada diatas pentas untuk rancangan khas tersebut, kita dapat menilai siapa sebenarnya Arwah. Beliau seorang insan yang baik hati, penyayang dan cukup sensitif! Sensitiviti yang bukan luar biasa untuk seorang anak seni.

Bak kata Nadia : "Sangat tipikal bagi seorang anak seni yang mengharapkan jasa dan kerja-kerjanya disanjung dalam bentuk Anugerah!"

Kjee berasakan, rancangan ini mengukir sejarahnya yang tersendiri. Belum pernah dalam sejarah industri hiburan, diadakan Tribute seperti ini. Kjee sudah menjadi wartawan sejak pertengahan tahun 70-an. Dan Alhamdullilah, Kjee bangga, martabat insan bergelar Pelawak telah diangkat begitu tinggi.




Mereka yang tidak henti-henti mempamerkan kesedihan atas kehilangan seorang saudara





























Terima kasih dan tahniah Adflin Shauki kerana menggerakkan ini semua. Dan sekalung bunga kepada Astro Warna kerana memberi ruang kepada rancangan ini. Siapa lagi kalau bukan Astro Warna yang menganjurkannya buat mengenang 'baby' pertama mereka! Pak Yus 'dilahirkan' menerusi Pertandingan Raja Lawak anjuran Astro Warna.

Kjee bukan follower Juara Parodi. Kjee hanya menonton minggu pertama dan kedua. Selepas itu, Kjee tak tahu apa yang terjadi. Ramai jugak, khabarnya, tidak lagi menonton selepas minggu kedua.

Tetapi, rancangan khas mengenang Pak Yus ini, Kjee rasa telah berjaya menarik jutaan orang menyaksikannya.

Besarnya pahala Adflin Shauki (idea dan konsep), Penerbit Adyman Sulaiman, Penerbit Bersama Adam Ilyas, Azrin Ahmad Kadri, Pengarah Alzam Syamsul Aksan dan petugas di Astro Warna kerana telah berjaya mendapatkan jutaan doa dan bacaan Al Fatihah buat menerangi kubur arwah Pak Yus.

Janganlah ada yang bertanya, kenapa hanya dibuat untuk Pak Yus. Kenapa tidak kepada pelawak lain yang telah meninggalkan kita.

Jawapannya sangat mudah. INI LAH REZEKI YUSSRY BIN EDOO. Noktah.

ALFATIHAH. MOGA DIAMPUNKAN SEGALA DOSA-DOSANYA DAN DILETAKKAN DI SISI MEREKA YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH. AAMIINN.














1 comment:

  1. Tepat sekali Kak Gee.Ini rezeki Aruah Pak Yus. Kat dunia lagi Allah dah tunjuk, seharusnya kita jadikan iktibar. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan golongan orang-orang yang beriman.

    ReplyDelete