Pages

Friday, December 18, 2015

PAHIT ITU UBAT






Terkedu Kjee seketika apabila doktor di Klinik Kesihatan yang Kjee pergi Selasa lepas tanya samada Kjee berani makan peria. Kononnya sangat-sangat pahit tapi elok untuk turunkan gula dalam darah.

"Kalau tak boleh makan sebab pahit sangat mungkin you boleh rendam dalam air garam. Letak sikit kunyit. Bila nak masak, ramas-ramas sikit, buang airnya dan cuci," kata doktor India yang cukup ramah sekali.

Pahit?!! Kjee takut pahit?!! Bila Kjee kata Kjee pernah berbulan-bulan minum jus peria yang pure (tanpa campur air), dia pulak yang terkedu! UnclePali masukkan peria (yang telah dibuang biji dan dipotong kecik-kecik) ke dalam juicer. Jusnya Kjee minum tanpa sebarang masalah.

Kjee dah lama tak minum sebab terlalu banyak jus peria yang piau (pure) mendatangkan sedikit masalah kepada buah pinggang Kjee. Justru Kjee berhenti.

Doktor itu mengakui, jika diambil begitu, ia agak kuat (too strong). So, tutup kes.

Semalam masa singgah Hero Market, Kjee ternampak Peria Katak. Sepeket ada 6 biji. Kjee rembat 1 peket. Dan hari ni, Kjee tumis biasaa jer letak kunyit. Kononnya, kunyit boleh nyah angin dari sayur tu. Wallahualam.

Kjee hiris satu labu bawang merah dan dua ulas bawang putih serta 1 biji cili merah. Peria, dibuang biji dan dihiris nipis.

Tumis bahan-bahan hiris (kecuali peria) hingga naik bau. Kemudian masukkan peria. Apabila peria lembut, Kjee taburkan satu sudu besar kunyit serbuk dan satu kuib ayam Knorrs. Selalu Kjee guna udang kering tetapi sebab UnclePali tak boleh makan, maka Kjee gantikan dengan kiub ayam.

Letak sedikit air dan masak hingga peria lembut dan kering. Sebelum padam api, taburkan hirisan cili merah.

First time Kjee buat letak serbuk kunyit. Sedap. Tak pahit.

Pahit tu kan ubat!!




0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...