Thursday, December 17, 2015

QUICHE TUNA DAN CENDAWAN







Quiche adalah adik beradik, suku sakat pie atau open tart. Selalunya, ia dimakan untuk sarapan tetapi sekarang orang makan tak kira masa.

Masa Nadia kecik-kecik dulu Kjee selalu buat. Tapi buat guna acuan yang kecik-kecik. Jadi, tak perlu potong dan berebut-rebut. Buat sorang dua biji. Entah camner, tetiba semalam Kjee teringin nak makan. Dalam otak berlegar-legar nak buat Tuna and Mushroom Quiche. Kemudian, tambah pulak Cheddar Cheese kat atasnya. Perghhhh sedap.

So pagi tadi lepas hantar Nadia pergi kerja dan pergi medical checkup, singgah pulak kat Hero Market cari cendawan. Kjee pilih White Button Mushrooms sebab Nadia tak suka Shitake Mushrooms yang menurutnya, bau terlalu kuat. But I like. Namun, demi anak, beli lah cendawan butang putih yang segar.  Dalam fridge ada green and red capsium atau cili besar Benggala.

Untuk inti Quiche, kita boleh letak apa sahaja yang kita suka. Seafood (udang, sotong, isi ketam), isi ayam, daging dan jugak sardin atau tuna. Kita buat ikut selera kita ajelah kan?









Sampai rumah, Kjee siapkan doh dulu. Pastri doh mudah iaitu half fat to flour. Kandungan lemak separuh daripada tepung. Tapi Kjee sukat 225grams tepung gandum, 115 grams butter dan secubit garam. Jugak air yang diletak beberapa ketul ais untuk jadikan adunan doh. Jangan terlalu banyak air. Cukup-cukup jer untuk menjadi doh kental macam kulit karipap.

Butter harus sejuk dari peti ais. Dipotong dadu dan diramas-ramas dalam tepung yang telah dicampur sedikit garam. Ada orang letak sedikit gula tapi Kjee tak letak. Apabila adunan sudah jadi macam serbuk roti, masukkan air sedikit demi sedikit.

Bulatkan doh, bungkus dengan cling wrap dan simpan dalam peti ais. Rehatkan lebih kurang ½ jam.

Sementara doh rehat, potong 1 labu bawang besar bulat-bulat. Dua ulas bawang putih didadu halus. Kemudian, hiris cendawan serta green and red capsicum. Hiris ikut sukalah sebab bila dah jadi inti, tak nampak lagi rupanya.

Kjee guna Tuna dalam tin yang direndam minyak. Tos minyak dan buang. Tuna tu diramas-ramas hingga berderai. Kemudian campur 1 sudu kecik lada hitam tumbuk.










Untuk kastadnya, Kjee pukul 5 biji telor dan letak ½ cawan susu cair. Garamkan secukup rasa.

Apabila bahan-bahan semua sudah siap, keluarkan doh dan dicanai. Doh itu cukup untuk acuan 9". Kjee guna acuan warna hitam dengan removeable base. Setelah dicanai dan diletakkan dalam acuan (doh berlebih di trim guna pisau), bakar secara blind bake. Kjee alas doh dengan kertas minyak dan letak kacang merah. Ini untuk elak doh itu mengelembung. Bakar dalam oven suhu 200 darjah Celsius selama 20 minit atau doh dah garing. Kemudian keluarkan.

Susun segala bahan-bahan yang telah disediakan kecuali telor. Apabila sudah siap, curahkan adunan telor dan susu cair tadi perlahan-lahan diatas quiche. Kemudian, kalau suka boleh susun kepingkan Ceddar Cheese yang telah atas permukaannya.

Kjee turunkan suhu ke 160 darjah (sebab guna acuan hitam) dan bakar. Kalau guna acuan biasa, suhunya lebih kurang 180 ikut kepanasan oven memasing. Tempoh baking antara 40-50 minit. Atau sehingga permukaan atas quiche sudah keperang-perangan atau golden.

Boleh hidang panas, suam atau sejuk. Hidang dengan sos cili pun sedap.






0 comments:

Post a Comment