Pages

Monday, December 14, 2015

SARAPAN DENGAN POORI KILANGU








Kejadian sarapan tadi. Kali ni Kjee buat resipi hantam sahajalah labu. Kjee tak ada stok tepung atta dari India. Jadi sejak dua menjak menggunakan tepung tempatan, Poori tak mau gelembung.

Ada kawan beritahu, mesti campur tepung gandum dan tepung Atta. Tapi Kjee tak ingat ratio tepung gandum dan tepung Atta. Jadi, Kjee letak 1½ cawan tepung gandum dan ½ cawan tepung Atta. Kemudian Kjee letak 1 sudu kecik baking power dan secubit garam. Gaul sampai rata. Make a well in the centre. (buat satu perigi di tengah-tengah. Hahaha)

Kjee panaskan minyak untuk goreng poori. Apabila minyak sudah panas, Kjee perlahan api dan ambil satu sudu besar dan curahkan ke well in the centre of the flours. Kacau cepat-cepat guna garfu. Kemudian tuang air lebih kurang ¾ cawan dan jadikan ia doh. Kalau terlalu lembik, letak sedikit tepung pada tangan dan uli seketika. Jangan lama sangat. Lebih kurang tiga atau empat minit.

Kemudian naikkan kembali suhu minyak.

Kjee ambil doh, bagi dua, Kemudian bagi tiga. Buat bebola kecil, dicanai nipis. Nak test minyak sudah cukup panas, ambil secubit doh dan letak dalam minyak. Suhu minyak sudah mencukupi seandainya doh itu timbul.

Masukkan doh yang telah dicanai. Ia akan mengelembung. Balikkan dan apabila sudah cantik keperangan, diangkat dan tos atas tisu dapur.

Kalau minyak itu cukup panas, poori tidak akan serap minyak.

Hidang dengan apa jua lauk yang korang suka. Sambal sardin ataupun Poori Kilangu pun sedap. Resipi Poori Kilangu KLIK SINI.





0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...