Pages

Thursday, December 24, 2015

TART TELOR HONG KONG










A few days ago, ada seorang pembaca blog Kjee ni, email mintak resipi Hong Kong Egg Tarts. Katanya, dia pernah buat resipi yang Kjee masukkan di sini dulu. Tapi sekarang sudah tak jumpa. Memang tak boleh jumpa sebab Kjee dah padam. Pemilik resipi tu banyak sangat songeh. Jadi, Kjee terus keluarkan entri tersebut.

Apapun, Kjee telah guna resipi itu untuk menjual Hong Kong Egg Tarts dulu. Memang mendapat sambutan yang hangat. Ramai jugak yang guna resipi itu untuk meniaga. Justru, Kjee malas lah nak niaga lagi.

Berbalik kepada Norlaila yang berasal dari Kuching, Sarawak, emailnya itu membuat Kjee teruja pulak nak buat Hong Kong Egg Tarts ini. Kjee dah simpan resipi ini agak lama. Kjee rasa memang akan menjadi seperti resipi dulu kerana Kjee amati semua resipi dalam blog tersebut. Dan nampak pemilik tersebut ikhlas berkongsi resipi.






Cuma resipi ini dikatakan cukup untuk 8 biji egg tarts. Dia tak kata pulak besar mana saiznya. Jadi, Kjee main hantam sahaja guna acuan yang Kjee guna dulu untuk meniaga. Alhamdullilah ngam-ngam dapat 8 biji. Dan adunan kastadnya jugak elok-elok saja untuk 8 biji tart egg tarts. Resipi sebelum ini, banyak pembaziran kastadnya!

Dan apabila keluar dari oven tadi, memang puas hatilah dengan kejadiannya. Sebiji macam resipi yang dulu. Dan kastadnya kini lebih ringan dan sedap.

Hong Kong Egg Tarts memang rapuh. Jadi, hati-hati ketika mengeluarkan dari acuannya.




Ini acuan yang Kjee guna. Adunan dapat 8 biji.









HONG KONG EGG TARTS
Sumber: China Sichuan Food

KASTAD
2 biji telor (dipukul dan keluarkan 1 sudu besar untuk pastri)
90ml air panas
35gms gula halus
2 sudu besar susu cair
sedikit vanilla
secubit garam (Kjee tak letak)
setitis pewarna kuning (Kjee tambah)

Gula dimasukkan ke dalam air panas. Apabila sudah larut, masukkan susu cair. Kacau rata kemudian masukkan telor yang telah dipukul. Tapis. Tepikan.

PASTRI
90gms tepung kek (Kjee guna tepung gandum)
50 gms unsalted butter (Kjee guna salted butter)
25gms gula icing (Kjee letak 1 sudu sahaja)
1 sudu telor (yang diasingkan dari kastad tadi)
secubit garam (Kjee tak letak)
sedikit vanilla (Kjee tak letak)

Campur tepung dan gula icing. Kalau nak ayak bolehlah. Kemudian ramas butter bersama tepung hingga menjadi serbuk roti. Letak 1 sudu besar telor tadi. Uli perlahan-lahan hingga menjadi doh. Adunan ini agak lembik. Jangan tambah tepung. Tapi boleh lumurkan sedikit tepung di jari ketika mengulinya.
Bulatkan doh, bungkus dalam plastic wrap dan simpan selama ½ jam dalam peti ais. Kalau nak rehatkan lebih lama lagipun ok. Tujuannya untuk mudahkan ia dibentuk ke dalam acuan nanti.

Keluarkan doh dan bahagi kepada 8 bahagian. Terapkan dalam acuan. Kjee rehatkan lagi dalam peti ais selama ½ jam.

Panaskan ketuhar. Set kepanasan ke 200 darjah.

Susun pastri yang telah diterap ke dalam acuan. Kemudian tuangkan adunan kastad ke paras ¾ pastri. Bakar selama 15 hingga 20 minit. Di lima minit terakhir, turunkan suhunya ke 150 darjah. Ini untuk elakkan kastad mengelembung.

Ianya siap setelah kastad mengeras. Dan dianggap berjaya kalau tidak mengelembung. Hehehe.

Keluarkan dari acuan setelah ia sejuk sedikit.

NOTA KAKI:
Kjee ikut resipi asal tanpa bakar kulitnya secara blind bake. Ada kata lebih suka kulitnya garing. Terserahlah. 
























0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...