Pages

Wednesday, January 28, 2015

NAK MAMPUS LENGANG-LENGGUK, JARI LENTIK DEPAN MAK BAPAK!!...


Hanya sotong tak fresh jer lembut tau!




Entri kali ini Kjee nak luahkan rasa yang kian membara berkaitan kandungan cerita drama-drama Melayu yang mendapat rating cukup tinggi sejak akhir-akhir ini. Jumlah tontonan yang banyak bukan kerana kehebatan cerita atau pembikinannya tetapi unsur-unsur 18SX yang diselitkan terang-terangan!

Bayangkan drama-drama yang berjudulnya Islamik... membuat si ibu... ibu jer kot sebab ayah mana ada masa nak tengok drama Melayu bukan main seronok ajak anak-anak tengok sebab mungkin ada mesej terapkan unsur-unsur Islam.

Tup-tup selepas dua tiga episod, si ibu dah haramkan anak-anak tengok sebab judul dah menyimpang dari cerita yang mahu ditonton. Kisah isteri mengandung benih orang, kisah isteri suruh suami yang baru dinikahinya tidur atas lantai atau kat luar bilik, kisah suami dayus, kisah isteri curang... alahai mual lah nak cerita!

Judul jer Islamik rupa-rupanya!!

Semua drama ini dihasilkan sejak setahun dua ini. Hari tu masa trend cerita hantu, berduyun-duyun produser amik kesempaatan... habis citer hantu yang entah betul entah tidak, di terbitkan hingga buat pontianak, pocong dan langsuir ketawa terbahak melihat betapa bodohnya manusia!





gambar hiasan



Lepas senyap trend citer hantu bukan senyap tapi orang dah mula menyampah, keluarlah cerita-cerita samseng pulak. Terajang sana terajang sini... adoi senak perut tengok. Nak keluar rumah pun takut.. manalah tahu ada samseng tetiba muncul celah-celah kereta dan terjah dengan flying kicks. Hohoho.

Dan sejak dua menjak ni, muncul pulak drama-drama yang diadaptasikan dari novel! Bukanlah Kjee nak mengata dan menghina penulis novel tapi kekadang jalan cerita, daya imaginasi novelis yang tinggi dan pelik, dah jadi sangat-sangat tak logik!

Produser berebut-rebut cari novel untuk dijadikan drama setelah filem Ombak Rindu meletop.  Tetapi Kjee heran ya kenapa drama-drama yang diadaptasikan novel, kebanyakkannya ada diselitkan banyak unsur seks, kecurangan dan semua maksiat yang sewaktu dengannya.

Tadi, wartawan senior dan editor hiburan Berita Minggu, Hartati Hassan ada komen kat Facebook Kjee.







Mungkin Kjee boleh tambah sikit pasal komen Puan Hartati. Imaginasi penulis novel wanita terlalu tinggi. Mereka seakan mencipta sendiri cerita-cerita yang tak wujud. Cerita macam novel Suamiku Encik Sotong. Cerita dipaksa kahwin sebab nak dapat harta yang diwariskan, BUKAN senario dalam rumahtangga orang Melayu dan beragama Islam. Kjee pernah baca cerita dalam satu novel Inggeris dulu. Ini idea ciplak!!

Boleh ke kita percaya cerita macam itu? Nikah paksa, pastu duduk asing-asing pastu jatuh cinta dengan sepupu pastu kerana ketakutan dengar guruh... next scene jeng jeng jeng... "tahniah puan...awak bakal jadi ibu..."

Itu bab isteri... bab suami sah yang dinikahi lagi lawak. Lelaki sotong atau lembut yang ala-ala pondan. Maaflah. Peringkat awal lelaki itu digambarkan seorang lembut tapi Kjee pasti ramai kaum Mak Nyah kata itu bukan lelaki lembut tapi pondan!!

Kjee petik kata-kata seorang sahabat Kjee, seorang Mak Nyah.

"Giler ke Nyah, depan mak bapak, sedara mara nak jalan lenggang lengguk, jari lentik-lentik... kalau bapak akulah Nyah, dah dushhhhh tapak kaki dia kat muka mak, Nyah! Kaum pondan tak macam tu lah.... nak mampus ker... kita tak buat depan keluarga macam si Encik Sotong tu!?"

Kalau nak berlakon jadi Pondan, kena duduk dengan kaum itu, study betul-betul karekter mereka. Apa yang Encik Sotong tu buat, lebih menghina daripada menjiwai watak seorang lelaki lembut! Kjee antara yang excited nak tengok drama itu sewaktu tonton promonya... Wah mesti cerita komidi yang best sebab pelakonnya Shahnaz Ahmad memang hebat! Lepas dua tiga episod? Babai.

Sejak zaman anak dara lagi, Kjee memang terdedah kepada dunia Mak Nyah, dunia pondan, dunia gay boy, dunia pengkid bagai. Kjee tidak pernah menghina mereka kerana mereka adalah makhluk Allah. Dan Kjee bangga ramai daripada mereka yang Kjee kenal dulu, kini sudah berubah... berubah 360 darjah di segi penampilan dan pemikiran... Alhamdullilah syukur. Tetapi memaparkan cara hidup mereka yang tidak benar seperti drama Suamiku Encik Sotong itu, akan membuat ramai yang 'baru nak lembut, terikuti-ikut!!"

Kan elok buat citer yang boleh bawak cik pon cik pon ni kembali ke landasan betul... dengan bantuan famili dan masyarakat! Bukan buat cerita bagi masyarakat ketawakan mereka!! Mereka adalah golongan yang sangat-sangat perlukan bantuan ramai! Bukan dari segi kewangan sebab kaum ini pandai sangat cari duit dengan hasil kreatitivi mereka. Cuma yang malas jer, amik jalan mudah.



Filem Mrs Doubtfire



Drama-drama sekarang jugak banyak paparkan kisah suami dayus. Bini tidur dengan jantan lain, isteri jumpa ex boyfriend... bagi pegang-pegang, usap-usap, bini yang baru dinikahi suruh suami tidur luar bilik, tidur atas lantai...

Itukah pengajaran yang hendak diberi? Ada produser atau pengarah yang kata dengan bongkak: "tontonlah sampai habis. Nanti barulah tahu moral yang cuba kami paparkan!!"

Alahai... begitu konfiden mereka penonton akan sanggup tengok sampai habis! Buatnya ada yang tengok tak habis? Mereka mungkin akan terima bulat-bulat itulah kejadian yang diterima pakai. Eh dah keluar kat TV, mestilah betul cara tu!




Opppppsssss   



Semua yang bertanggungjawab dalam pembikinan drama/filem harus mengambil kira after effects drama/filem mereka. Mungkinkah itu yang menyebabkan meningkatnya gejala sosial di negara kita? Apakah akan bertambah lagi kes hamil luar nikah dan buang bayi?

 Kjee harap pihak berkuasa Agama bertindak segera dengan memohon Kerajaan wajibkan setiap skrip yang dihasilkan DILULUSKAN oleh Jabatan Agama Islam!

Dulu Kjee pernah hantar skrip Kjee ke Jabatan Agama Islam sebab apabila Kjee tunjukkan ke seorang pengarah, dia bimbang dengan jalan ceritanya! Bukan cerita seks tetapi kisah seorang gadis Cina tinggal di rumah seorang jiran lelaki, sahabat baik ayahnya setelah ayahnya meninggal dunia. Gadis itu tidak memeluk Agama Islam. Dalam rumah jiran itu, pakcik itu sudah kematian isteri dan ada anak lelaki dewasa. Apabila skrip itu dibaca dan diteliti jabatan tersebut, ianya diluluskan sebab ada pengajaran baik di sebaliknya! Dah ditayangkan pun drama itu puluhan tahun yang lalu. Judulnya Sayang Siew Lin... lakonan Eman Manan. Lain-lain Kjee tak ingat.

Harap-harap ada pihak dari Jabatan Agama Islam baca entry Kjee ini dan segera memantau drama-drama yang tidak bermoral terus ditayangkan di TV. Stesyen TV memang ambil sikap 'ada aku kesah'! Mereka hanya pentingkan rating tinggi dan dapat banyak sumber wang dari iklan! Wallahualam.

Dibawah ini, antara komen-komen kawan-kawan Kjee di FB berkaitan masalah yang sama.













Monday, January 26, 2015

MENGHITUNG HARI... INSYA ALLAH



Foto2 ehsan google



Sunday, January 25, 2015

KUIH TEPUNG PELITA PILIHAN HATIKU










Ini dessert favorite kami seisi keluarga kalau tiba bulan Ramadhan. Kalau dapat kuih Tepung Pelita ini, Nadia akan nyorokkan dalam peti ais untuk disambung makan selepas balik solat Tarawikh.

Tak susah nak buat, modalnya kecik tetapi susah nak dapat resipi yang perfect. Kalau beli pun, hanya satu dua tempat yang jadi pilihan kami. Satu di pasar juadah Sg Buloh. Dan satu lagi air tangan seorang sahabat Kjee yang buat jualan di Pasar Juadah Taman Melawati. Tapi dia tak mahu kongsi pulak resipinya. Huhuhu.

Sejak Kjee dah temui resipi yang cukup sempurna di tekak kami  dah tak risau lagi. Hanya perlu kerajinan untuk membuatnya.

Kjee terlupa nak buat tepung pelita sebab asyik belajar dan testing buat kuih muih lain. Semalam, Kjee tetiba teringat sebab Kjee perlu sediakan kuih manis untuk satu pertemuan antara beberapa orang sahabat.






Tepung Pelita dalam kotak daun pandan - ehsan google 



Mujur UnclePali rajin menolong. Tetapi Kjee tak puas hati dengan kaler hijau kuih Tepung Pelita semalam. Pucat lesi macam pompuan dalam pantang. Hehehe. Maklumlah Kjee dah keletihan semalam dan rebut-rebut siapkan lepas solat Asar.

Tetapi hari ini, Kjee lebih puas hati. Rasanya juga cukup-cukup memuaskan. Lapisan hijau mesti manis dan lapisan putih mesti cukup masin. Barulah balanced.

Ok resipinya seperti biasa korang KLIK SINI. Bertuah Kjee sebenarnya jumpa resipi Rina Mohd Dom, friend FB Kjee. Kalau ada yang rajin nak buat bisnes, inilah resipi yang akan buat pelanggan order berulang kali.

Kjee tak berapa rajin nak buat kotak-kotak kecil dari daun pisang. Pernah buat sekali dulu tapi tak kemas, so Kjee bubuh jerlah dalam segala bekas yang sempat. Hehehe.

Selamat mencuba.



Ini yang buat sehari sebelum. Kaler kurang memuaskan.

Wednesday, January 21, 2015

KUIH TALAM LABU RESIPI SIFUKU










Dek kerana suka dan ada banyak labu berbaki dari sebiji labu yang Kjee beli dua minggu lepas, maka buatlah Talam Labu lagi! Dan kali ini Kjee buat ikut resipi sifu Kjee, Sheila blogger femes Spices Journey!

Walaupun terer mana pun kita masak, kita mesti merendah diri dan mencuba resipi orang. Kjee tak kata Kjee terer tapi pada mereka yang anggap diri mereka terer. Hanya anggap apa yang mereka buat jer yang sedap.

Apabila Kjee hidangkan kat UnclePali Talam Labu resipi Sheila ini, UnclePali terus kata, terbaek. Banyak rasa labunya. Ohhhh yang kita buat ari tu tak rasa labu ker. Hukhukhuk.

Hehehe itulah kalau kita rajin cuba resipi orang, maka kita akan perbaiki apa yang kurang pada hasil kerja kita selama ini. Kuih Talam Labu Sheila sangat-sangat sedap. Semuanya cukuplah. Tak percaya, baik korang terai. Kjee tak ubah walaupun seinci resipinya. Kan Kjee tak boleh makan manis-manis... tapi this is the best!!

Oppppsss Sheila panggil Bengkang Labu...so Bengkang Labu lah namanya! Hehehe.

Resipi korang INTAI SINI yer.





CALIPH BUSKERS.. MENYENTUH SANUBARI






Tahniah Edry Abdul Halim. Keberanian awak membawa Caliph Buskers ke pentas Anugerah Juara Lagu, buatkan rakyat Malaysia menangis malam itu! Sebelum itu, ramai bersimpati dengan Aweera kerana menarik diri dari disenaraikan malam itu atas sebab-sebab peribadi.

But you kept your cool Edry. Sampai minit terakhir baru penonton tahu siapa yang bakal membawa lagu Romancinta! Bravo! Selain Caliph Buskers, awak sebenarnya share the limelight malam itu!

Kjee selalu lalu depan Sogo dan lihat ramai anak muda duduk mendengar sekumpulan budak muda basking. Alaaaa kata Nadia. Anak-anak muda memang suka dengar alunan muzik jalanan ni. Ohhh ya ker? Hmmm mama dah terlajak usia. Hehehe.

Tetapi kehebatan Azmi dan rakan-rakannya dalam grup Caliph Buskers, menjadikan mereka Talk Of The Town! Kjee pasti ramai yang kecewa lagu itu tidak menjadi Juara. Apapun, Caliph Buskers harus redha dan bersyukur dengan anugerah Persembahan Terbaik!

Its obviously a good start. Kjee bangga apabila membaca berita Azmi memberitahu Caliph Buskers akan terus jadi Pemuzik Jalanan. Mereka lebih selesa dengan cara itu walaupun KRU Music sudah memberi jaminan mereka akan keluarkan single Caliph Buskers dalam masa terdekat!

Janganlah pandang pada Caliph Buskers sahaja selepas ini. Perhatikan grup Buskers lain juga. Selama ini jiwa mereka meronta-ronta mohon perhatian!

Apapun, Caliph Buskers kini sudah punyai jutaan peminat dalam sekelip masa. Terima kasih Allah kerana mendengar doa dalam diam mereka.

Kehebatan persembahan mereka membuatkan penonton dalam stadium dan juga dalam rumah beremang bulu roma. Ramai, termasuk mokcik sebak dan mengalirkan airmata.

Kelihatan jurufoto akhbar dan media, kelamkabut. Nak tumpukan fokus ke stage atau penonton yang seakan hilang 'pertimbangan'.

Inilah satu fenomena yang jarang-jarang sekali berlaku dalam satu persembahan muzik dan lagu tanahair!! Syabas Caliph Buskers... tidak pernah jemu dengar dan tonton persembahan anda berulang-ulang kali... setiap kali bergenang airmata!!

Susah hendak dapat tonton persembahan yang menyentuh sanubari!!!

Monday, January 19, 2015

KENAPA TV3 TUNDUK ... STOOP SO LOW


























Malam tadi, malam yang dinanti-nanti ramai. Bukan sahaja mereka yang didalam industri muzik tetapi mereka yang menyokong industri ini. Jugak malam yang melahirkan ramai Juri Separa profesyenal dikalangan penonton di rumah. Hehehe.

Memang sifat semulajadi rakyat Malaysia, suka dengar sesuatu yang sedap. Kalau dirasakan sedap atau bahasa sekarang, ngam, maka mereka akan puji melambung-lambung. Justru mahu lagu itu menang. Jadi Juara. Kalau tidak, Juri profesyenal yang dilantik, dikatakan pekak, bodoh dan semua yang sewaktu dengannya!

Okay berbalik kepada AJL atau Anugerah Juara Lagu 2014. Kita tidak boleh menafikan, seandainya wujud 10 atau 100 TV swasta di negara kita, product dari Muzik-Muzik yang berakhir dengan Juara Lagu, adalah sesuatu yang dinanti-nantikan semua! Stesyen lain nak buat, buatlah tetapi AJL tetap disayangi semua, sebab sudah 29 tahun menapak!

Selama 29 tahun ia telah membuat kita jadi sebati dengan rancangan itu. Kalau tak tengok, maka tak sahlah rasanya bagi seorang yang berjiwa seni, samada secara profesyenal atau diam-diam.

Tetapi malangnya, selepas berusia 29 tahun, AJL yang berlangsung malam tadi telah meninggalkan satu kesan yang amat menggerikan! Boleh mengigau selepas menontonnya malam tadi.

Sebaik sahaja bermula rancangan itu, Kjee tengok bertalu-talu masuk komen di Facebook mengenai kehebatan pembukaan AJL. The opening act was superb! Nasib baik mama rekod, said my doter Nadia. Boleh tengok berulang kali sebab TV3 bukan macam stesyen TV berbayar tu yang ulangtayang sampai boleh lemas!

Harapkan panas sampai ke petang, tup tup hujan di tengah hari. Itu senario biasa sekarang. Kita tak tau bila hujan nak turun, mana tempat yang tak pernah banjir, boleh banjir. Hehehe.

Anyway, apa yang berlaku dalam minit-minit berikutnya, mula membuat hati Kjee goyah. Eh kenapa pengacara AG tu asyik ulang-ulang tagline yang meloyakan tu! Cukuplah Nabil sorang yang buat masa Gegar Vaganza sebab, pada Kjee, Nabil sekarang dah tak kelas lagi!!

Tapi bila dah acap kali dilakukan dan Scha Al Yahya pengacara yang... oppppsss tak mau lah sentuh pasal cara Scha... jugak lakukan yang sama, maknanya ada sesuatu yang tak kena. Kemudian Juliana Evans pun buat the same! Maknanya, mereka bertiga ini ikut arahan. Ikut skrip... bukan skrip penerbit tetapi skrip pengiklan!!

And then Kjee terpandang satu screen di belakang tempat AG dan Scha berdiri. Video clip pengiklan dengan cincin berlian dan tudung lip-lip, berulang NON STOP!! Ehh mengalahkan program yang babitkan Perdana Menteri! Tak pernah TV3 buat sebelum ni!!

Ohh ya lupa pulak... ketika  Juliana Evans sedang inteview artis, tetiba diganggu dengan kemunculan seorang mamat salesman! Jugak orang pengiklan kot atau staff TV3 tak pasti.

Alahai TV3, why stoop so low walaupun dibayar mungkin berjuta-juta?!! Please lah jangan guna alasan 'Kita patut bangga orang Melayu boleh sponsor untuk satu majlis yang amat berprestij!" Lihat bawah. Kjee jumpa komen dia dalam FB seorang fren.







TV3 lahir di zaman Kjee wartawan di Berita Harian. Memang stesyen yang dianggap sangat-sangat eksklusif ketika itu. Semua tenaga kerja depan kamera cantik dan kacak-kacak belaka. Satu ketika teman-teman nakal Kjee berani komen kata 'muka-muka di RTM hanya layak jadi bibik di rumah wajah-wajah cantik dan handsome TV3!" Kuang ajor kan.

Apapun, itu bukan tujuan Kjee buat entri ini. Kjee hanya hendakkan jawapan kenapa TV3 sanggup 'stoop so low' atau 'melutut' kepada pengiklan yang bayar juta-juta. Kenapa sanggup 'terima arahan' sebuah syarikat yang lebih kecil semata-mata kerana wang berjuta! Tak fikir ker lagi pasal exclusivity?

Tak salah amik pengiklan itu, sekiranya mereka mahu tonjolkan product mereka. Jangan jadikan pulak tajaan itu, suatu medan untuk tonjolkan wajah pengiklan yang sudah sedia gebu (sebab montel) dan putih!

Jugak tak salah rasanya mereka yang bijak pandai dalam TV3 beri nasihat kepada pengiklan demikian, cara-cara lebih profesyenal dan kelazz untuk iklankan product mereka. TV3 harus jaga kualiti. Dulu TV3 tidak akan menerima product bertaraf 'sampah'. Even drama yang ditayangkan semuanya high class. Tapi sekarang, sudah tiada istilah 'high' lagi dalam product yang mereka tontonkan kepada pengikut setia mereka!

Memanglah kalau seseorang pengiklan itu berhabisan untuk mendapat tempat dalam sesuatu majlis yang berprestij, harus diberikan imbuhan yang setimpal. Tetapi kalau sudah 'menguasai' majlis hingga membuatkan penonton tidak selesa, rasanya sudah 'defeat the station's purpose'!

Pengiklan tersebut adalah sebuah syarikat yang kaya raya. Kalau tak kaya takkanlah boleh keluarkan budget yang cukup besar semata-mata untuk 'tonjolkan wajah' pemiliknya! Tapi tahukah dia, dengan baki lebihan wang yang banyak dalam akaun dia, dia boleh cari the 'geniuses in the advertising industry' untuk rebrand product mereka. Cari cara pengiklanan dan marketing yang kelas pertama.

Usah fikir kalau kita sudah berjaya mencipta suatu product dan muncul kaya raya, kita pakar dalam segala hal. Itulah sebabnya, terdapat ramai pakar dalam bidang pengiklanan dan pemasaran (advertising and marketing). Kerja mereka, siang malam fikirkan the best way to project a product! Walaupun, idea mereka tidak murah, tapi at the end of the day, fikir siapa yang dapat untung.

Bagi Kjee, pengiklan itu bukan tonjol product tapi tonjolkan diri dia. Cuba tengok setiap iklan dia. Tidak ada tunjuk gambaran product sebenar. Cuma wajah dan penampilan dia.

Akhir kata, kita memang bangga ada seorang anak Melayu yang berjaya seperti beliau. Tahniah dan sekalung bunga. Tapi seharusnya, pencapaian seterusnya mampu buat kita bangga dan bagi dia standing ovation. Bukan setiap kali iklan dia muncul, berbuih mulut orang menyumpah!

Benar-benar terggangu konsentrasi nak tengok artis-artis yang bertanding. Jiwa jadi kacau. Huhuhu.

I have a very strong feeling, the people behind AJL are not the masterminds. Their hands may be tied! I feel sorry for the brains in TV3. But... otherwise, it was a fantastic show!!!

Just my two cents!

Sunday, January 18, 2015

KUIH BADAK YANG ASYIK BERENDAM







Maka terjadilah Kuih Badak Berendam apabila malas nak bungkus dalam daun pisang untuk jadi Kuih Koci.  Hehehe. Keadah buat sama. So terpulanglah kepada korang... malas atau rajin, kuih badak berendam sedap, kuih koci pun sodap.

Kjee buat hari ni sebab nak bawak gi jenjalan kejap lagi. Kekadang bila kita kunjung rumah kawan, elok dibawak buah tangan. So inilah buah tangan Kjee hari ni. Ada satu jenis lagi kuih yang Kjee akan bawak. Tapi biarlah rahsia. Hmmm next entri maybe.

Kalau nak resipi boleh intai SINI. Boleh buat berbaju atau bogel.. eh bogel... tak lah. Kalau tak pakai baju maknanya bogel lah kan. Opppps.






LAUK KARI KAMBING VEGETARIAN LAGI!!











Sejak belajar masak kari guna Vegetarian Mutton, Kjee dah rasa seronok pulak nak buat kali kedua. Rasanya taklah macam kambing ori. Lebih kepada rasa cendawan kerana ia diperbuat dari cendawan dan taufoo.

Pada Kjee, yang penting sekali kena jaga kesihatan. Walaupun Kjee tidak perlu pantang makan daging kambing (sebab darah rendah), namun apa salahnya kita beringat sebelum terkena apa-apa penyakit yang lebih serius.

Namun, Kjee makan jugaklah Lamb Grill atau Lamb Chop ataupun kambing golek sekali sekala. Kalau pergi restoran jual makanan Western, kekadang tak boleh resist. Hehehe.




boleh beli di semua pasaraya besar





Bagi korang yang tak pernah cuba masak kari guna Vegetarian Mutton ni, bolehlah cuba. Pada Kjee rasanya menarik dam sedap. Malah kawan Kjee, Chef Thyaga Rajan  kata, kalau masak rendang pun sedap.

Tapi kalau masak guna bahan-bahan untuk vegetarian ini, harus hati-hati, jangan masak terlalu lama kerana ia akan hancur. Masak kari sepert biasa, kemudian apabila sudah cukup eloknya, baru letak vegetarian mutton. Padam api selepas lebih kurang 7 hingga 8 minit. Kacau perlahan-lahan.













Friday, January 16, 2015

NASI DAGANG GULAI PAHANG? HANTAM SAJA LAH
















Nasi Dagang dipopularkan mereka yang tinggal di negeri-negeri pantai timur. Orang sana memang rajin meniaga. Setiap hari keluar menjaja barang jualan. Justru, digelar Nasi Dagang. Bekal yang selalu dibawa ialah Nasi serta satu jenis lauk. Biasanya lauk gulai ikan. Takkanlah nak bawa empat lima jenis lauk pauk. Nak jaja jualan ke nak pergi berkelah kan!

Maka Nasi Dagang hanya diiringi satu saja lauk iaitu gulai ikan. Biasanya ikan tongkol sebab ikan itu isinya keras. Jadi, tak mudah hancur ketika diusung sambil pergi meniaga dari satu rumah dari satu tempat.

Itulah pengertian Nasi Dagang yang Kjee dengar dari orang tua-tua negeri Kelantan dan Terengganu. Malah, kalau kita ke sana dulu-dulu, nasi dagang dibalut dalam daun pisang beserta satu lauk. Sebab tu agaknya Nasi Dagang dulu murah. Satu lauk jer.

Tapi tengok harga Nasi Dagang sekarang! Ada sampai RM12 satu bungkus sebab lauk pauk yang ditayang macam-macam jenis.  Gulai sahaja ada sampai tiga empat jenis. Kalau peniaga tu jual jugak Nasi Kerabu, maka lauk pauk seperti daging bakar, solok lada dan macam-macam lagilah ditayang. Macam mana kita tak tergoda dan kaup sampai semua lauk yang ada! Time bayar, tahu pulak merungut!



Gulai Pahang makan dengan Nasi Dagang?!!



Wah mukaddimahku panjang sangat pagi ni. Hehehe. Kjee nak citer jer sebenarnya pasal Nasi Dagang Terengganu yang Kjee buat dua minggu lepas. Mulanya, malas lah nak masukkan entri sebab buat biasa-biasa jer. Takut lah pulak ada insan bijak pandai yang angkat kening dan ketawakan.

Tapi bila difikirkan balik, ini versi atau cara Kjee buat. Untuk makan sendiri. Mungkin ada ramai yang macam Kjee. Suka makan dan tak berapa pandai nak buat. Mungkin boleh ikut cara ku ini. Hehehe.

Cara Kjee main agak-agak jer. Main campak-campak jer.

Kjee dapat beras Nasi Dagang ori dari sahabat Kjee, Tok Puan Siti Nurbiha. Selalu ulang alik balik kampung suami beliau, Dato Jailani Johari, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multi-media.  Dapat dalam dua kilo agaknya sebab dua peket. Lama dah beliau beri. Cuma tak rajin-rajin nak buat.

Kjee rendam lebih kurang setengah peket beras tu lebih kurang 20 minit. Kjee panaskan kukusan. Kemudian Kjee kukus selama 25 minit. Campur satu kotak santan tiga kotak air (lebih kurang...tapi rasanya dua kotak air jer kot). Bubuh garam sesedap rasa.  Kemudian keluarkan beras tadi, dikais-kais dan dicampurkan dengan santan tadi. Kukus lagi selama 25 minit atau sampai cantik masak dan lembut nasi tu.













Sementara tu, hiris dua atau tiga ulas bawang merah. Campurkan dengan 1 sudu besar halba. Gaulkan dalam nasi yang baru siap dikukus. Itu jer cara Kjee. Korang nak cara betul,  KLIK SINI. Dr Ina Harlina ni orang Ganu. Oppppsss mama dia orang Ganu, papa dia orang Johor kalau tak silap. Tapi dia guna beras wangi dan beras pulut. Lagi mudah tau! Bukan senang nak dapat beras nasi dagang Ganu!

Okay. Nasi dah siap. Bab gulai. Tok Puan Siti Nurbiha turut beri rempah gulai. Tapi si Nadia yang kemas dan simpan. Tak tau mana dia simpan jadi Kjee pun masak ajelah gulai ayam Pahang. Wah sedap rupanya makan Nasi Dagang dengan Gulai Pahang. Resipinya DISINI.

UnclePali pulak kata, ada peha ayam. Boleh tak goreng? Hmmm apa pulak tak boleh. Kita yang buat dia kan? Pastu selongkar peti ais ada timun Jepun. Cantik!!

Maka jadilah hari tu Nasi Dagang cara Kjee. Makan dengan Gulai Pahang, ayam goreng dan berulamkan timun. Sedap you.









Wednesday, January 14, 2015

KUIH TALAM BERAS RESIPI CHEF THYAGA B RAJAN








Kjee dan UnclePali memang suka kuih talam ni. Tiap petang kalau lalu depan gerai-gerai kuih di Jalan AU5, Keramat, UnclePali mesti stop dan beli Kuih Talam yang bawahnya warna brown. Talam Gula Melaka or Gula Merah kot.

Tapi kerana yang beli tu manis sangat, maka Kjee beranikan diri buat. Kebetulan Kjee ternampak pulak Chef Thyaga Rajan tayang di facebook, gambar Kuih Talam Beras Pandan dia yang cukup-cukup menggoda!

Actually, ramai yang buat kuih ni dan tayang kat FB mahupun blog mereka. Tapi maaf cakaplah... kalau mata Kjee tak tergoda tengok gambar-gambar yang ditayang, tak teruja nak terai buat. Opppsss. Ada yang baling molotov cocktail kat umah aku nanti ni!









Dah tua macam ni, green pea flour pun Kjee tak tau macam mana rupanya. Apabila Kjee tanya Chef Thyaga, dia kata tepung Hoen Kwe. Oh my gosh... dah banyak kali Kjee beli tepung tu tapi akhirnya buang sebab expired. Tak tahu itu green pea flour. Masa beli Kjee tak ingat Kjee nak buat apa!

Anyway, Kjee jugak baru discover yang tepung Hoen Kwe (HK) tu ada dua warna. Satu warna hijau dan satu lagi warna putih. Maklumlah yang belinya UnclePali. Kjee kata green pea flour, dia beli ikut arahan.

Patutlah dalam resipi Chef Thyaga tu, lapisan putih tu pun bubuh sikit tepung Hoen Kwe. Kjee jenuh fikir kalau bubuh tepung HK yang Kjee beli tu, mesti lapisan atas jugak akan warna hijau. So, Kjee gantikan dengan tepung jagung. Lain kali Kjee guna yang putih. Tapi guna tepung HK warna hijau, lapisan bawahnya cantik hijaunya. Kjee ada tambah satu titis warna hijau pucuk pisang sebab resipi chef kata kena letak. Lawa pulak kan kalernya!











Kjee agak puas hati dengan hasil pertama kali ini. Namun kalau Kjee buat mungkin dua atau tiga kali lagi, Kjee yakin ia akan menjadi lebih perfect. Insya Allah.

Resipi untuk Kuih Talam Pandan ini korang intai sahajalah blog Chef Thyaga KAT SINI. Tabek spring Kjee buat Chef Thyaga yang sangat rajin buat kuih muih Melayu. Nama jer dia orang India tapi dibesarkan dalam perkampungan orang Melayu. Justru, beliau tak kekok langsung dengan kuih muih serta adat dan budaya orang Melayu. Kjee boleh nyorok bawah meja sebab malu tengok hasil air tangannya yang superb!

By the way, sukatan gula yang diberi Chef Thyaga ni akan menghasilkan kuih yang agak manis. Kjee hanya letak 100 gms (resipi asal 250 gms!) tapi masih kuat manisnya. Mungkin sebab Kjee tak biasa makan kuih muih yang terlalu manis. Bagi yang tak ada masalah kesihatan, okaylah kot.

Bagi mereka yang pakar buat kuih ini, pasti akan dapat mengesan satu kesilapan (yang Kjee rasa agak besar) yang Kjee buat. Lain kali akan jadi lebih sempurna... percayalah. Tapi untuk percubaan kali pertama, rasanya okaylah kannnnn. Hehehe.

Satu lagi tips. Kjee tutup loyang guna allumnium foil utk elak air menitis atas permukaan kuih. Korang boleh jugak guna tutup periuk.















KENAPA NAMANYA ROTI BENGGALI?







Masa kecik-kecik dulu, Kjee ingat lagi Roti Benggali ni. Roti ni dapat nama dari Uncle Benggali Roti yang jual naik basikal. Di belakang basikalnya ada tong besi. Sarat barat muatan. Tak termasuk yang bergantungan jugak. Selain roti ada jugak makanan ringan atau junk food.

Ketibaannya dengan bunyi horn atau loceng, tiap petang, buat budak-budak sebaya Kjee, tak senang duduk. Kami kejar benggali roti ni. Berebut-rebut nak beli junk food.

Arwah bonda akan beli roti benggali ni termasuk kaya yang diletakkan dalam tin susu pekat manis. Of course susu pekat manis dah tak ada. Dicuci bersih (bersih ker?) tin susu tu dan diletak pulak kaya. Rasa kaya tu alahai sedapnya.

Bila nak makan roti, sapu dulu marjerin (dulu-dulu hanya ada Planta) dan sapulah di atas marjerin tu dengan kaya. Kalau kaya dah habis, mak akan sapu marjerin dan tabur gula atau bubuh secalit susu manis. Sukanya kami makan.

Itulah secebis kenangan kisah dulu-dulu. Pasti ramai nak tahu kenapa roti ini digelar roti Benggali atau roti paun. Nama roti paun diberi mungkin kerana beratnya depat satu paun. Roti camni sekarang orang panggil Loaf Bread atau ada kata roti putih walaupun kekadang dia beli roti wholemeal yang warna brown.





Sedap gua cakap lu....




Bukan senang nak buat roti sebenarnya, kalau kita bukan pakar. So cara paling mudah zaman ini ialah menggunakan Breadmaker. Kjee beli breadmaker jenis Noxxa by Amway. Mahal dua kali ganda dari breadmaker biasa. Tapi Kjee pilih jenis ni sebab ada dua fungsi. Kalau tak nak buat roti, boleh jadi oven.

Lagi satu kelebihannya, kita boleh arah BM ni buat roti ikut masa kita. Kalau nak makan roti panas jam 7 pagi, kita letak bahan-bahan yang diperlukan (ikut resipi dalam buku manual) sebelum tidur dan set pukul 7 pagi. Esoknya, sebaik sahaja kita selesai solat subuh, akan semerbak bau roti panas di dapur. Jadi macam maid kita buat roti untuk kita pepagi buta. Hehehe.




Ini dia roti yang UnclePali set masa nak tidur dan siap selepas subuh




























Walaupun dah empat tahun lebih Kjee beli Noxxa Breadmaker ni, baru minggu lepas UnclePali dengan bantuan Nadia buat roti untuk siap di pagi hari. Risau jugak kalau tak menjadi. Tapi, pagi tu sedang Kjee bersiap-siap untuk solat subuh, hidung dah tergoda dek bau wangi roti di dalam oven! Sukses!!

Alah membeli menang memakai. Masa Kjee beli BM ni, harganya dalam RM950. Sekarang dah naik RM100 rasanya. Baru sekali rosak. Harga repair kalau tak silap Kjee RM125. Kjee ada reccee harga BM lain di pasaran. Ada yang RM200++ dan ada sampai seribu lebih jenama mahal macam Kenwood.

Murah ke mahal, fungsinya tetap sama. Actually, kalau kita hanya nak buat roti setahun dua atau tiga kali, beli yang harga RM200++ pun okay. Buat pilihan yang tepat ikut poket korang lah.

Nak habaq mai, beza antara roti yang di pasaran dengan yang kita buat ialah, nombor satu, kebersihan terjamin. Kita tau apa bahan yang kita letak dalam roti yang akan masuk perut keluarga kita. Tak ada bahan pengawet. Dan rasanya jauh lagi sedap dari roti beli. Ntahlah, itu kata tekak Kjee.

BM juga berfungsi sebagai alat menguli doh. Kawan-kawan Kjee dah buat macam-macam jenis roti, donut dan jugak untuk uli doh buat roti canai. Kjee jer belum terai. Hehehe.

Kalau nak resipi roti Benggali Kjee, KLIK sini. Oleh kerana Kjee ni bukanlah pakar rujuk untuk buat roti guna Breadmaker, korang intailah blog Dapur Tanpa Sempadan milik Che Mat Gebu. Hah betul...mamat tu memang pakar. Hehehe jangan marah Che Mat. You're my fren.

Kalau ada sesapa berminat nak miliki Noxxa Breadmaker ni, sila mesej kawan Face book Kjee, Rosnah Mohamad yang tinggal di Pasir Gudang, Johor.




Breadmaker Noxxa sebelah kanan tu










Tuesday, January 13, 2015

LUNCH HARI TAK ADA MOOD...





... so Kjee buat jer simple Chinese Fried Rice. Tak pedas langsung sebab for the past few days, Kjee kena serangan gastrik yang teruk.

Chinese Fried Rice atau nasi goreng Cina, adalah kegemaran Kjee dan Nadia. Bila time nak makan, tabur banyak-banyak bawang goreng. Perghhhhh memanglah sedap. Nak lagi sedap, hiris timun macam yang selalu Kjee buat untuk makan dengan laksa Johor. Tabur kat atas nasi goreng... masa makan ada rasa kruk kruk. Hehehe.

Anyway, ini adalah nasi goreng paling mudah untuk dibuat. Hari ini Kjee bubuh mix vege jenama Watties. Jenama lain tak sedap. Mahal sikit sebab ia diimport dari New Zealand. Masa meniaga dulu pun Kjee guna jenama yang sama.

Bubuh udang atau sotong pun sedap. Tapi hanya ada chicken breasts atau daging ayam bahagian dada dalam peti ais. Kalau tak ada semua tu, ikan bilis halus digoreng garing pun sedap. Digaul dalam nasi goreng Cina yang sudah siap masak.

Hari ni Kjee guna beras Faizah Moghul. Ada baki beras tu 1½ mug lepas buat nasi lemak aritu. Kat rumah biasanya Kjee guna Beras Herba Ponni yang elok untuk pesakit diabetes. Tapi rasanya kurang enak kalau nak buat nasi goreng dan lain-lain. Hanya boleh masak nasi putih jer.

Kjee dah banyak kali ulang tayang Chinese Fried Rice. Jadi, korang TENGOK SINI ajelah resipinya.

Selalunya Kjee potong cili padi kecik-kecik, curah fish sos atau kicap cair dan makan dengan nasi goreng ni. Tapi today tak boleh sebab Kjee tak boleh makan pedas. Huhuhu.


CARA BETUL MINAH SALLEH BERSIHKAN OVEN



























"I've not realised I have been cleaning my oven the wrong way, all this time ... terjemahannya... Saya tidak perasan cara saya membersihkan oven saya selama ini adalah salah.."

Itu yang Kjee baca dalam newsfeed Kjee tempoh hari. Ramai jugak insan-insan yang share dalam FB. Justru, sampai ke pengetahuan Kjee.

Kjee bukan main excited lagi. Terus bukak dan tengok cara Minah Salleh tu buat. Ohhhh camtu ker? Isyhhh betul ke boleh berkilat kembali cam baru beli?

Oven Kjee dah berusia lebih 3 tahun. Jenama local jer. Buatan Malaysia. Tetapi Alhamdullilah sudah banyak menaburkan bakti. Keadaannya selepas 3 tahun amat menyedihkan. Kjee cuba gosok guna pelbagai krim yang kononnya ajaib tapi tak berapa nak ajaib you!

Akhirnya Kjee give up. Tunggulah nanti ada rezeki, aku terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada mu wahai oven. Tapi kenapa harus ku humban dalam lombong sedang ia masih berfungsi! Cuma wajahmu jer dah tak lawa. Kalau aku dah tak lawa lagi cam dulu, pastu laki aku nak humban sebab nak cari yang wajah berseri-seri, apa perasaan ku? Huhuhu.

Minggu lepas UnclePali kata oven itu mahu disimpan kembali dalam kotak dan susun nun tinggi atas rak dalam setor. Dia kata, since sekarang Kjee dah tak larat nak terima tempahan kuih, maka dia nak keluarkan oven two in one, jenama Noxxa by Amway. Oven itu jugak berfungsi sebagai Breadmaker.

Punyalah suka Kjee sebab kalau Noxxa dikeluarkan dan diletak di dapur, maka Kjee akan selalu dapat makan fresh home made bread. Tak payahlah nak beli lagi. Untuk pengetahuan semua, home made bread lagi sedap daripada yang beli. Halal toyibban.

Tapi, boleh ke percaya guna kaedah Minah Salleh tu bersihkan oven guna Baking Soda, Cuka dan air sahaja? Boleh berkilat kembali? Hmmm tak cuba maka kita tidak akan tahu.




Baking soda... soda bikarbonat


Cuka.. bukan niat nak iklan tau. hehehe



botol spray



First thing first. kena beli baking soda atau baking powder. UnclePali pergi ke Bagus dan beli 3 bekas plastik kecik dengan harga RM1 satu. Jugak cuka biasa 1 botol. Botol spray dah ada kat rumah.

Kjee jadikan 3 bekas kecik baking soda itu paste. Campur sikit jer air. Ia akan berbuih seketika. Jangan panik. Pastu, Kjee guna sarung tangan plastik dan sapukan ke seluruh kawasan dalam oven. Of course keluarkan dulu rak-rak dalam oven. Apabila dah puas hati setiap ruang kotor dalam oven sudah dibedak, biarkan semalaman. Minah Omputih tu kata sekurang-kurangnya 12 jam. Kjee buat sebelah malam sebelum tidur.

Esoknya, Kjee ambil sponge, basahkan dan lap semua baking soda yang telah berubah warna jadi dark brown. Lap punya lap, hmmmm masih tidak puas hati sebab ada lagi kekotoran yang degil.

UnclePali take over. Dia amik berus besi yang kita guna gosok pungkok kuali. Dia guna guna Krim Cif. Sebenarnya, tak perlu lagi guna krim Cif tapi berani ke nak tegur UnclePali?!! Masa tengah godek kasi bersih oven tu, UnclePali turut spray air campur cuka ke dalam oven tu sikit demi sedikit. Kalau sampai banjir nanti, tak boleh pulak nak hidupkan nanti. Betul tak.

Dalam masa 20 minit, oven Kjee dah cantik dah walaupun taklah serupa baru beli! Nak lawa cam yang baru beli, belilah jer yang baru. Faham!!! Hehehe.

Kata Minah Omputih tu lagi, lepas dah dikeringkan gunakan kain, pasang lah karan oven tu selama 10 hingga 20 minit supaya oven tu benar-benar kering. Tapi UnclePali tak buat. Dia kata kalau dibiarkan dalam setor, lama kelamaan akan kering sendiri. Kaedah kering cara Minah Omputih tu, kalau korang nak segera guna oven tu kot. Wallahualam.

Puasnya hati tengok oven yang hampir jadi mangsa lombong. Kecik jer belanjanya. RM3 baking soda dan RM1.30 cuka biasa.

Korang tak nak cuba ker?





Okaylah tu kan jika mahu dibandingkan wajah sebelumnya!

KUIH KOCI CUBAAN PERTAMAKU...SEDAP DAN LEMBUTNYA!




Kuih Koci Labu
























Kjee mula-mula makan kuih koci jenis ini, kira-kira 14 tahun lalu di gerai Mak Ani di Taman Melawati. Begitu tangkas jari jemari Pak Din, suami Mak Ani membungkus kuih koci ini. Kjee mintak resipi, Mak Ani hanya senyum. Dia kata kalau nak makan, amik ajelah. Tak payah susah-susah nak buat.

Begitulah cara sesetengah orang menepis kalau kita mintak resipi. Tapi, jauh di sudut hati, Kjee dapat rasa yang ini bukan kuih koci sebenar. Macam Kuih Badak Berendam yang arwah bonda buat dulu. Hanya kelainannya ialah ia dibungkus dalam daun pisang.

Kerabat sebelah arwah bapak yang berasal dari Melaka, mesti ketawa berguling-guling, kalau Kjee jamu mereka makan kuih koci ini. Kuih koci yang tulen dikukus dan tidak direbus dulu. Entahlah.

Anyway, Kjee memang suka sangat kuih koci jenis yang Mak Ani buat ni. Masa Kjee meniaga dulu, ada seorang kawan yang hantar kuih koci jenis ini ke gerai Kjee. Memang laku sangat-sangat. Sehari dia letak 200 biji. Habis dalam masa tak sampai sejam!

Ketika itu, kira-kira 5 tahun lalu, sebiji dijual 50 sen tetapi sekarang ada yang jual 70 sen sebiji.




Ini Kuih Koci Pulut Hitam. Buat first time




Seperti biasa, memang susah nak dapat resipi kuih koci ini. Tak ada siapa yang sanggup nak bagi percuma. Kalau nak, kena ikut kelas. Untuk belajar kuih koci sahaja, dicaj antara RM80 hingga RM100. Sayangnya duit aku!

Ada seorang teman boleh beri Kjee resipi yang dia belajar. Sedap katanya tetapi sifu yang ajar tu siap warning jangan dikongsi resipi itu dengan orang lain. Kalau nak belajar, bergurulah dengan dia. Busuknya hati!  Kerana itu, Kjee tidak gunakan resipi itu walaupun kawan Kjee itu beri salinan resipi tersebut!

Kjee nak share resipi dengan korang. So, kalau bersyarat, tak payahlah. Kjee nekad nak try buat. Kjee tahu buat Kuih Badak Berendam. Tiada masalah kalau nak cuba buat Kuih Koci ni kan.

Kjee pun carilah Tepung Pulut Hitam. Kata orang, kalau nak buat kuih koci, campur tepung pulut hitam dengan tepung pulut putih. Jenuh Kjee dera UnclePali suruh cari. Pusing satu KL, rupa-rupanya ada jual kat Giant!




Kjee guna tepung pulut hitam yang ini. Tapi ada pelbagai jenama



Dalam kereta Kjee tatap plastik tersebut. Wah, ada resipilah! Tapi itu kuih koci orang Cina, rasanya walaupun packing tepung tu macam milik orang Melayu. Tapi cara buatnya macam kuih koci ori. Dikukus sepenuhnya dan bukan direbus dulu.

Sampai rumah, Kjee pun adjustlah. Kjee hanya guna sukatan pada peket untuk buat doh. 400 grams tepung pulut putih dan 100 grams tepung pulut hitam. Selebihnya, Kjee fikir sendiri. Bancuh dengan air yang telah dibubuh sedikit garam sehingga menjadi doh yang lembut. Uli hingga tidak melekat di besen atau tangan. Simpan doh dalam bekas bertutup dalam peti ais. Main agak-agak jer ni. Hehehe.

Kemudian Kjee siapkan daun pisang. Kjee potong 6" x 6". Kemudian layurkan atas api hingga sedikit layu. Tepikan.




Adunan santan dan daun pisang























Ketika ini, buatlah pulak adunan santan. Kjee guna 1 kotak santan 200ml. Tuang dalam mangkuk dan tambah air sebanyak 2 kotak santan itu. Masukkan 2 sudu tepung gandum. Guna whisk untuk kacau hingga larut. Kemudian tapis ke dalam periuk. Letak kira-kira 2 sudu besar gula dan secubit garam. Jerang atas api hingga sedikit pekat. Padam api dan sejukkan.

Gentel inti kelapa jadi bulat-bulat. Inti ni Kjee buat beberapa hari lepas dan simpan dalam peti ais. Sebelum buat doh, Kjee dah keluarkan inti untuk jadi lembut. Cara buat inti ikut pandai sendirilah. Kjee guna 1 biji kelapa muda yang telah diparut amik putih sahaja. Kjee masak gula merah dengan sedikit air. Kemudian masukkan kelapa dan kacau sampai hampir kering. Lepas itu, Kjee campurkan lebih kurang 2 sudu tepung gandum yang telah dilarutkan dalam kira-kira 2 sudu air. Masukkan ke dalam inti dan kacau hingga inti menjadi kental. Sejukkan dan gentel sebesar ibu jari.




Ini Kuih Koci Labu
























Kemudian buat doh bulat-bulat. Leperkan, letak inti dan ditutup menjadi bulat. Hati-hati agar bebola tepung yang berisi inti tidak bocor. Kemudian rebus. Air mesti cukup mendidih masa hendak masukkan bebola kuih koci tadi. Masukkan perlahan-lahan sebiji sebiji. Jangan terlalu banyak. Apabila sudah timbul kira-kira 10-12 minit, angkat dan masukkan ke dalam mangkuk berisi adunan santan.

Kemudian ambil sehelai daun pisang, letak atas meja. Letak satu biji doh ditengah-tengah daun pisang. Kaup 1½ sudu besar adunan santan diatas doh. Kemudian tutup doh tersebut dengan menyatukan daun pisang. Lipat kedua belah hujung daun itu dan kelepet ke bawah. Buat sama kepada hujung satu lagi.

Oh ya..dalam gambar ini Kjee paparkan Kuih Koci Labu. Resipinya, Kjee guna 500 grams tepung pulut putih dan lebih kurang 250 grams labu yang telah Kjee rebus dan kisar guna sedikit air. Apabila sudah halus, masukkan ke dalam tepung pulut yang telah dicampur sedikit garam. Kalau perlu, tambah sedikit lagi air kepada adunan supaya menjadi doh yang lembut.

Hah dah jadi pun kuih koci. Ada orang kukus lagi tapi Kjee tak kukus. Maka jadilah Kuih Koci orang sekarang yang sebenarnya kuih Badak Berendam yang dibungkus dalam daun pisang.

Maaf yer Kjee tak amik gambar step by step masa bungkus sebab Kjee tak mahir. Nanti diketawakan orang. Bila dah mahir nanti, Kjee ajar ya. Hehehe

Kuih Koci yang Kjee buat ini sangat lembut...ala-ala melt in the mouth. Rasanya..alahai malas nak cakap lah. Nadia dan UnclePali puji sangat-sangat kuih koci yang Kjee buat tanpa resipi yang khusus! Malah, UnclePali kata sama rasanya dengan kuih koci Mak Ani yang sedap sangat tu! Alhamdullilah syukur.




Kuih koci pulut hitam






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...