Sunday, May 31, 2015

LAKSA ASAM PULAU PINANG YANG MENGGODA








Ini cerita dua minggu lepas. Baru terjumpa gambarnya. Tak berapa nak sempurna kejadiannya sebab jurufoto yang selalu tangkap gambar masakan Kjee, balik kampung. So, Kjee amik seadanya. Hehehe.

Kjee buat Laksa Asam Pulau Pinang ini sebab jamu adik-adik Kjee. Adik-adik yang bersama Kjee masa susah dan senang aritu. Dia orang kata nak makan Laksa Asam Penang. Itu jer yang Kjee tahu buat. Laksa Utara Kjee tak berapa reti.

Dah banyak kali Kjee buat Laksa Asam Penang ni. Kalau dah teringin sangat nak makan Kjee singgah jer kat Pappa Rich atau kat Group Base. Tapi Laksa mereka masam sangat. Actually nama pun Asam Laksa kan?

Beberapa tahun lalu, Kjee pernah makan kat Bangi Kopitiam. Asam Laksanya punyalah masam sehinggakan Kjee terpaksa reject setelah mencuba satu sudu kuahnya. Agak-agaklah kan kalau hendak menepati namanya.

Anyway, ini Laksa Asam Pulau Pinang yang Kjee selalu buat. Wajib ada nenas, daun pudina dan otak udang. Dan kuahnya mesti pekat serta ikannya tidak hancur. Boleh nampak seketoi seketoi isi ikan dalam kuahnya.

Kjee suka guna sardin tin untuk kuah Laksa Asam yang Kjee buat. Ada orang guna ikan sardin segar. Terserahlah resipi masing-masing kan?

Okaylah. Kalau nak resipi, korang intai SINI ya.

By the way, kuah dua minggu lepas ada berbaki. Kjee simpan dalam freezer. Senang buat beku dan simpan. Bila tekak meragam jer bolehlah panaskan kuah, celur laksa (mihun pun okay) dan letak ler apa yang ada dalam peti ais. Kekadang timun sahaja pun jadi. Hehehe.






DISCOUNT HARI INI SAHAJA





Hari terakhir bulan Mei. Sesapa order hari ni, ada hadiah dari Kjee. 10 set sahaja. Hadiah apa? Ada discount? Insya Allah. Nak tahu whatsapp 01131771389. Hari ni jer... satu set 4 botol rm410. Harga semenanjung. Bank in selewat-lewatnya kul 7 malam ini, untuk layak dapat offer ini.

Nak baca mengenai keberkesanan L'arome, KLIK SINI. Tak perlu berlapar (diet) tak perlu excercise kalau malas. Tapi lebih berkesan kalau kurangkan minum air berais atau jangan minum sama sekali. Minum air putih atau air suam jer. Tak percaya? Cubalah.

Saturday, May 30, 2015

MASAK LEMAK PISANG MUDA DENGAN IKAN KERING MASIN









Masak lemak pisang muda, dua minggu lepas kot. Atas permintaan UnclePali. Jangan tanya Kjee guna pisang apa sebab Kjee main hantam jer beli kat pasar aritu. Ada orang kata harus guna pisang sekian-sekian kalau nak sedap. Tapi Kjee jarang-jarang masak lauk ni kecuali makan kat kedai. Jadi tak lah tahu rupa-rupanya ada jenis-jenis pisang yang sedap.

Kjee masak lauk ini guna ikan kering masin. Ikan jenama apa pun Kjee dah lupa sebab dah dua minggu berlalu. Rasa-rasanya Kjee campur-campur ikan kering masin tu ikut yang ada dalam freezer.

Resipi pun dah lupa tapi rasa-rasanya Kjee tumbuk cili padi dengan kunyit hidup. Pisang muda tu disiang dengan kulitnya disiat. Lepas tu Kjee celur sekejap. Kemudian, Kjee letak semua bahan tumbuk dalam periuk, bubuh santan dan didihkan. Bila dah mendidih, masukkan pisang dan ikan kering masin.

Selalu kalau masak lauk yang ada ikan kering masin, Kjee jarang bubuh garam. Hanya bila nak hidang, baru Kjee rasa. Itu jer.

Hah sedap ke tidak? Hmmm mana nak ingat... dah dua minggu Kjee buat. Hehehe.






Friday, May 29, 2015

TERUNG TUMIS PEDAS DENGAN UDANG KERING








Kjee fikirkan selama ini terung hanya makanan orang Melayu dan India di Malaysia. Tetapi apabila Kjee pergi ke beberapa restoran Cina Islam, baru Kjee tahu orang Cina jugak suka makan terung. Dan mereka masak terung ala-ala berlada! Pedas.

Kemudian apabila Kjee tengok rancangan masakan kat Asian Food Channel, ada juga orang Itali suka makan terung. Mereka panggil egg plant dan terung jenis tu debab-debab. Dipanggang atau grill dan macam-macam lagi cara masakan mereka. Begitu juga orang Jepun. Mereka juga guna terung untuk hidangan tempura.

Pagi tadi masa singgah kat pasar, Kjee nampak terung kontot warna ungu. Terus terfikir nak buat goreng berlada dengan udang kering. Selalunya Kjee buat udang kering digoring garing. Resipi KLIK SINI.

Tapi hari ni Kjee buat stail arwah bonda. Kjee tumbuk cili (Kjee guna cili padi merah) bersama bawang merah dan bawang putih. Bila dah halus, Kjee tumbuk sekali udang kering. Tak payah halus sangat.

Kemudian Kjee tumis hingga garing. Masa nak tunggu garing tu, Kjee potong terung terung. Kali ni Kjee potong bulat-bulat. Tepat-tepat bukan serong-serong.

Kjee masukkan terung ke dalam tumisan dan letak sikit air (dalam ¼ cawan) untuk lembutkan terung. Kemudian terus masak sampai air kering dan terung tu lembut. Perisakan dengan garam dan pak aji kalau guna.

Hidang panas-panas dengan nasi putih. Sedapnya!!








KALAU TAKUT LUKA TAK KERING KERANA DIABETES....



gambar hiasan...ehsan encik google




Beberapa bulan yang lalu, Kjee ditunjukkan satu video di handfon seorang teman. Makcik dalam video tu bercerita bagaimana dia berjaya keringkan luka di kakinya. Dia pesakit diabetes dan telah banyak berhabis duit berubat ekoran luka di kaki yang tidak kering-kering.

Dia dah berubat secara moden dan jugak ubat kampung namun semuanya tidak berhasil. Kemudian, seorang anak saudaranya mengesyorkan dia ikhtiar guna L'arome Warm Serum. Kjee tak dengar jelas bagaimana boleh terbuka pintu hatinya untuk menyapu serum L'arome pada lukanya.

Tetapi, apa yang Kjee tahu, kalau seseorang itu sakit, sebut apa sahaja ubat yang boleh membantu, dia akan cuba. Seperti kata arwah adik Kjee beberapa tahun sebelum dia meninggal dunia, kerana kanser.

"Kalau orang kata, taik kambing boleh ubatkan kanser (pun), aku sanggup cuba," katanya. Begitulah semangat orang yang sedang sakit.

Kjee pun cubalah sapu L'arome pada luka di betis Kjee yang kejap kering, kejap okay. Sampai hitam sekeliling luka tu. Tak sampai 2 minggu, UnclePali terkejut apabila nampak kesan kehitaman sudah semakin pudar dan luka sudah kering!

Kjee pun tulislah dalam FB 'penemuan' tersebut. My upline Shira kata, kalau testimoni itu milik kita sendiri, lebih mudah untuk menyakinkan orang. Begitu juga apabila tubuh Kjee susut begitu ketara sangat walaupun selepas 45 hari sahaja sapu L'arome.

Apa yang Kjee tulis pasal makcik yang sapu L'arome pada lukanya dan kini sudah kering, membuat adik angkat Kjee cukup teruja. Beliau (lelaki berusia awal 50-an), text Kjee dan tanya samada Kjee ada stok L'arome. Dia nak cuba sebab ada luka di kaki (bawah jari kecil). Dia pengidap diabetes.

"Saya terpaksa buat dressing (cuci) tiga kali sehari... keluar air dan berbau. Tiap kali jumpa doktor, dia hanya beri saya anti-biotic dan cream. Lubang makin lama makin besar,,,Jauh di sudut hati saya, saya memang tahu luka itu tidak akan sembuh.

"Kemudian saya baca tulisan Kjee... saya nak cuba Kjee. Manalah tahu serasi," katanya 3 minggu lalu ketika Kjee bertemu untuk memberinya 1 botol L'arome Warm Serum (dulu dikenali sebagai L'arome Slimming Serum).

Adik angkat Kjee berkata, dia akan ambil gambar sebelum dan Insya Allah selepas dia sembuh. Kjee memang seram nak tengok luka seperti yang dia alami.

Dua minggu kemudian dia Whatsapp Kjee. "Rasanya Kjee akan dapat testimoni yang baik... luka saya hampir kering. Lima hari selepas menyapunya, cecair busuk sudah berhenti mengalir. Tak perlu bandage (balut) lagi," katanya.










Kemudian, pagi tadi dia WA Kjee sekali lagi. "Nak tengok luka di jari kecik kaki saya? Maaf Kjee... jangan Kjee takut melihatnya!"

Terkejut Kjee apabila dia WA foto lukanya. Ikut urutan nombor tu, katanya. Kini, lukanya sudah kering dan kulitnya sudah hampir-hampir bercantum. Dia akan pergi jumpa doktor minggu depan.

Apa rasanya sapu serum tu pada luka yang terbuka itu?

"Pedihlah Kjee... sampai menggeletar saya menahannya. Tapi sekejap saja. Saya sapu satu pam jer sekali sehari selepas membersihkannya," katanya lagi.

Memanglah pedih. Kjee pun pedih jugak dulu tapi kenalah tahan. Bagi Kjee, lebih baik menahan pedih dalam lingkungan masa 10 minit daripada bahagian kaki yang luka itu terpaksa dipotong!

Kjee nasihatkan adik angkat Kjee supaya sentiasa memakai selipar atau kasut untuk mengelak kaki terluka dan dijangkiti kuman. Kjee tidak pernah menanggalkan selipar Jepun yang Kjee pakai dalam rumah, kecuali untuk solat dan tidur. Luka di kaki memang susah hendak hilang.

Kalau ada sesapa yang ingin mencuba seperti adik angkat Kjee, sila WA 01131771389. Harga sebotol RM160 sahaja. Ikhtiarlah...






Testimoni adik angkat Kjee

Saturday, May 23, 2015

SOTONG GORENG KUNYIT SEDAP DIRATAH





















Lauk Sotong goreng kunyit ini Kjee buat semalam. Buat lepas biskut susu minyak sapi baru masuk oven. Tapi bahan-bahan untuk lauk ni Kjee siap sebelum Kjee start baking. Masuk dalam peti ais. Apabila sudah sampai dekat masa abang kita nak balik mesjid baru kita goreng.

Lauk ni boleh jugak buat guna ayam ataupun udang. Kjee selalu buat mana sempat dan apa yang ada dalam peti ais.

Lauk ni sedap diratah begitu sahaja. Itu yang Kjee buat semalam. Ratah sampai kenyang.

Hari ni Kjee demam so korang kalau minat nak tengok resipnya, sila klik SINI.




Friday, May 22, 2015

BISKUT SUSU MINYAK SAPI









Anak Kjee, si Nadia punya tekak rasanya lagi cerewet dari Kjee. Macam-macam dia tak makan walaupun dari kecik lagi Kjee tak pernah ajar dia macam tu. Cekelat tak makan, ais krim tak makan dan macam-macam lagi lah.

Kalau biskut Raya, dia amat memilih. Kalau berasaskan cornflakes, baik dinyorokkan balang biskut. Agaknya masa tidur pun dia boleh habiskan satu balang. Hehehe.

Tetapi, kalau biskut Arab, tak guna nak ceritalah. Memang favorite dia. Kelmarin dia kata ada kakak kat opis dia bawak biskut Arab. Buat sample untuk jualan Raya. Kakak tu tak perasan kata Nadia, dia yang habiskan biskut tu! Hehehe.

Nadia dah ingatkan Kjee supaya buat biskut Arab tahun ni sebab Kjee dah banyak tahun tak buat. Semuanya sebab Kjee kan jadi agent jual biskut Raya. Tak kuasalah aku nak buat biskut sendiri.

Tetapi kerana tahun ini Kjee dah tak nak lagi jadi agent 007 untuk biskut Ita's Delight tahun ni, Nadia punyalah suka. "Buat biskut Arab jer ya mama... opppsss Red Pearl yang ada cornflakes tu Nadia nak juga.. dan Biskut Semperit yang Ginger (anak bulus Kjee) suka, pun kena buat. Tiga cukuplah." Hmmm nasib baik dia cakap 3 jer. Kalau tidak pengsan jugak nak buat biskut dengan papa dia sebab dia kan kerja.








Semalam Kjee tengah fikir nak buat biskut Arab apabila Kjee ternampak satu resipi sapa ntah kat FB adik Kjee, Lan. Ehh macam menarik. Dohnya letak susu tepung. Kjee pun salinlah. Nak bagi surprise kat Nadia.

Tadi masa Kjee godek-godek nak buat Biskut Arab resipi baru tu baru Kjee terperasan sukatan tepung 7 cawan, minyak sapi 2 cawan dan 2 cawan susu tepung serta sedikit garam. Ewah banyaknya tepung! Apapun Kjee tak ada niat nak derhaka. Kjee sukat 7 cawan tepung dan ayak. Hmmm banyaknya... larat ke aku buat sorang-sorang sebab UnclePali gi solat Jumaat.

Apapun, Kjee sukatlah susu tepung dan minyak sapi. Ada sedikit lagi baki ( dlm 4 sudu kot) dalam tin minyak sapi 400gm dan Kjee guna semua. Kacau susu tepung dengan minyak sapi dengan secubit garam hingga sebati. Lepas tu Kjee masuk sikit demi sedikit tepung. Separuh jalan Kjee berhenti. Tepung masih banyak tapi dalam besen rasanya doh macam dah cukup eloknya.

Kjee terus sukat baki tepung. Ada lebih kurang 2 cawan lagi! Kalau Kjee masukkan jugak baki tepung tu, gamaknya kalau biskut Kjee dibaling ke dinding mahu berbekas dinding. So, Kjee stop sampai situ. Semuanya Kjee guna tepung lebih kurang 5½ cawan.










Kjee panaskan oven 160 darjah selama 20 minit. Pastu Kjee terus buat bulat-bulat doh tadi dan bakar selama 15 minit. Dah sejuk, Kjee ayak gula icing atas biskut tadi. Kena letak gula tu sebab tepung tadi langsung tak ada gula.

Dah siap UnclePali balik Mesjid dan rasa. "You letak susu tepung ker?" Kjee angguk. "Lain kali you adjust letak lebih sikit susu tepung, lagi ok kot," katanya sambil ngap entah berapa biji sejak dia masuk dapur tadi.

So korang, kalau dapat resipi yang korang tak kenal dan rasa pelik sikit sebab sukatan yang tidak seimbang dengan bahan-bahan yang diperlukan, pepandailah adjust ya. Jangan pulak bila dah siap jadi jamuan Cik Tong.

Resipi yang Kjee dah adjust ni bakal menjadi biskut Arab famili kami lepas ini. Tapi rasanya nak tukar nama... Biskut Lemak Minyak Sapi... eh biskut susu sapi punya nama... isyhhh nasib lah kan. Hehehe

Ini sukatan yang Kjee dah adjust.

Biskut Susu

5 cawan Tepung Gandum
3 cawan susu tepung
400 gms minyak sapi
secubit garam






Thursday, May 21, 2015

BERBELAS TAHUN LAMA NYA.....BIAR GAMBAR BERBICARA















20/12/2014


KINI......



14/05/2015




























Minat? Whatsapp/sms/call 01131771389. 4 botol RM410 pos percuma di Semenanjung Malaysia.

LEMAK PEDAS REBUNG MADU IKAN MASIN









Lauk ni kejadian minggu lepas. Rebung madu pemberian sis Intan Zuhana. Rumah Intan sepeluang jer dari rumah kita. Thnx Intan. Kjee memang selalu terpandang rebung madu kat Pasar Keramat. Lintas dan pandang jer,. Tunggu masa tekak teringin barulah beli.

So apabila Intan call suruh datang rumah amik kopi kampung yang dibeli di mana Kjee lupa, tetiba apabila bonda beliau serahkan beg kertas, dalam ada pelbagai ole-ole. Ada kopi, mihun kering dan jugak rebung madu.

Setelah dua hari duduk dalam peti ais, Kjee pun terfikir nak masak. Mulanya nak gandingkan dengan udang. Kemudian ubah fikiran. Nak gandingkan dengan daging. Tetapi bila dah time nak masak, tetiba rebung tu digandingkan pulak dengan ikan kering masin. Ikan duri atau talang tak pasti tapi jugak pemberian rakan FB.. alamak yang mana satu Kjee lupa. Ramai rakan FB yang baik hati sangat hadiahkan Kjee macam-macam. Terima Kasih banyak-banyak.

Dulu ada makcik bagitau kalau masak rebung tak boleh buat pedas-pedas sebab rebung tu dah sedia tajam. Tapi kan, arwah Bonda dulu memang masak rebung dengan daging pedas-pedas. Tak ada side effect pun kecuali kejap-kejap lari ke tandas.

Anyway, kat rumah Kjee, kalau masak tak pedas, susahlah pulak nak tambat hati UnclePali sebab dia gemar sangat makan pedas. Jadi, pedaslah lauk rebung Kjee tu. Ini first time rasanya Kjee masak rebung lemak cili padi bubuh ikan kering. UnclePali suka so lain kali bolehlah buat lagi.

Resipi korang intai SINI ajelah ya.



Wednesday, May 20, 2015

URAP DAUN PUCUK BETIK. TAHU CAMNER NAK KASI HILANG PAHIT?









Urap Pucuk Betik atau apa-apa urap lah, memang mengundang airmata kalau melihatnya di bulan Puasa. Memang sengaja orang kat Pasar Juadah bulan Ramadhan, buat kita terliur. Malah, ianya antara lauk paling laris.

Selama, tetiba Kjee teringat nak makan Urap Pucuk Betik. Masa tu dalam perjalanan gi jemput Nadia balik kerja. Kjee, cam biasa, guna ayat power..."Abang sayang Jee tak?" UnclePali yang tengah memandu angkat kening... "Esok boleh carikan I daun pucuk betik?" Dia angguk. Yayyyyy berjaya gua guna ayat power.

Bini dia kan baik. Tak pernah mintak jongkong emas ke, Istana Kaca ker, motor Harley Davaidson sebiji ker kannnnn?!! So, alahai daun pucuk betik memang lah sangat-sangat dia mampu adakan, Hohoho.

So pagi tadi lepas breakfast, kami pun keluarkan gi cari daun pucuk betik. Rumah kami dekat sangat ngan hutan rimba. Banyak pokok betik liar tepi-tepi lereng bukit. Dapatlah dalam empat batang pokok punya daun pucuk betik tadi. Siap ada bunga sekali.

Balik rumah, terus Kjee bersihkan dan rebus. Hah apa dia? Macam mana Kjee hilangkan pahit pucuk betik tu? Actually, Kjee suka makan pucuk betik tu dalam keadaannya yang pahit. Sayur-sayur pahit ni elok untuk orang pompuan. Nanti abang sayang tau. Ehem ehem. Dia orang yang kata, Kjee tak tau.










Dulu-dulu ada orang bagitahu kalau nak kasih hilang pahit, rebus sekali dengan daun senduduk atau daun jambu batu. Eh tak kuasa aku nak pergi mencari. Satu hari, nak dijadikan cerita, ada cleaner kat apartment masa Kjee duduk di Cheras dulu. Orang Indon. Dia nampak Kjee balik lepas cari pucuk betik. Dia kata kalau nak bagi hilang pahit, rebus bersama segenggam garam. Bila dah lembut, buang air rebusan dan cuci daun serta perah hingga kering.

Mula-mula Kjee macam was-was jugak. Manalah tahu cleaner tu nak bunuh Kjee suh buh garam sampai 1 genggam. Tak masin ke nanti? So Kjee pun terailah. Buat sebijik cam dia suruh. Omaigawd! Memang tak masin dan tak pahitlah! Buat dosa jer Kjee buruk sangka kat clearner Indon tu kan!

Arini Kjee buat yang sama. Kemudian Kjee guna 1 labu bawang besar, 2 ulas bawang putih, 1 inci kunyit hidup, cili padi ikut suka dan 1 biji cili hidup, 1genggam kecik udang kering, sedikit belacan dan ½ biji kelapa parut. Kjee sangai dalam kuali sehingga kelapa parut tu dah warna brown sikit. Bubuh sedikit garam, biarkan sejuk seketika dan tumbuk sampai halus. Tadi, seperti biasa, UnclePali tak mau tumbuk. Dia keluarkan food processor dan trrrr. Naseblah kan.

Sementara dia buat tu, Kjee ricik daun betik kasar-kasar. Kerang memang dah sedia ada dalam freezer. Kjee letak di luar sampai suhu bilik.

Pastu gaul lah bahan tumbuk dengan pucuk betik. Apabila sudah mesra, masukkan kerang dan perahkan sedikit jus limau.

Pastu hidanglah. Sedapnyaaaaa!





Tuesday, May 19, 2015

KUPANG SEGAR MUAR JADI SAMBAL DENGAN PETAI









Kupang bukanlah makanan favorite Kjee... ada okay, tak ada pun okaylah. Ingat lagi masa mula-mula kahwin dengan abah Nadia, kalau balik Batu Pahat, mesti ada kupang rebus sama serai dan daun kunyit. Rebus letak sikit jer air. Tapi, air tulah yang sedap sangat dihirup!

Kemudian apabila sudah tidak lagi balik Batu Pahat, maka tak dapatlah Kjee rasa keenakkan Kupang fresh. Tapi kalau ke JB, sepanjang jalan kat Muar hingga ke JB, adalah orang jual. Tapi Kjee tak beli sebab takut busuk kalau bawak balik KL.

Manakala pergi Melaka dulu, adalah orang bagi Kjee tiga atau empat kilo, Balik rumah terus kukus. Tak silap Kjee masak lemak cili padi.

Anyway, hujung minggu lepas, apabila dengar Shida Zainal, my FB fren nak balik kampungnya di Muar, Kjee pun kirimlah. Sekilo ya Kjee kata. "Eh mana cukup Kjee. Nanti Shida beli 2 kilo ya." Oleh kerana dia sampai balik KL dah lewat malam Ahad, Kjee mintak tolong dia kukus kupang tu. Esok Kjee amik.







Semalam Kjee simpan dulu dalam freezer. Pagi tadi Kjee pergi pasar beli petai. Ada yang kata sedap masak lemak cili padi pucuk ubi. Memang merimbun pucuk ubi depan pagar rumah. Tapi tekak ni teringin nak buat sambal bubuh petai.

Inilah lunch kami tadi. Sambal Kupang Dengan Petai, Pisang Muda Masak lemak Kuning dan Ikan Cencaru Goreng.

Sambal Kupang ni yang biasa-biasa jer. Kjee tumbuk bawang putih, bawang merah dan guna cili kering kisar. Tak bubuh belacan. Pastu tumis sampai bahan-bahan tadi garing. Bila dah garing, masukkan satu labu bawang yang telah dipotong bulat-bulat dan jugak petai. Apabila bawang dah layu dan petai daha bertukar warna masukkan kupang.

Kjee masukkan 2 keping asam gelugor, garam dan sedikit gula.

Itu jer. Sedap tak terkata. Maklumlah kupang fresh. Wah macam ni lain kali boleh kirim lagilah dengan Shida. Hari tu Kjee ada nampak kupang dijual di Hero Market. Tapi tak tahulah samada masih fresh.

Lepas ni boleh jadi antara makanan favorite. Hehehe.





Sunday, May 17, 2015

DAGING GORENG DAUN SELASIH











Dah banyak kali Kjee masak Daging Daun Selasih atau bahasa Thai,  daun Kaprau atau Sweet Thai Basil. Kjee ingat lagi, kali pertama Kjee buat letak paste tomyam yang merah tu. Sedap jugak.

Tapi minggu lepas, ada seorang chef mat salleh yang tinggal di Thailand, buat guna nampla atau fish sauce jer! Aikkkk itu jer ker? Mesti nak cuba ni.

Pagi tadi Kjee pergi pasar Keramat dan beli dua ikat daun selasih yang penjual tu kata daun Kemangi. Lepas itu, Kjee pergi cari daging batang pinang segar. Malangnya daging batang pinang dah habis. Yang tinggal daging rump steak yang sikit lebih kurang sama cam daging batang pinang. Murah sikit jer. Daging Batang pinang sekilo RM33 sementara daging yang Kjee beli rm32.

Korang tahu ke cara nak kenal daging tu lembut ke tidak? Satu tip yang Kjee dapat dari bonda ialah mencubit dengan hujung jari kita. Kalau daging tu lembut, cubitan tu boleh hancurkan sikit daging. Lagi satu tip ialah daging itu harus warna merah muda. Kalau merah tua mesti keras/liat bila dah masak.









So, Kjee mula dengan menghiris halus-halus daging menentang uratnya. Kjee guna lebih kurang ½ kilo daging. Kemudian, petik daun selasih. Kjee ketuk 3 ulas bawang putih dan lebih kurang 10 biji cili padi. Kalau nak pedas, tambahlah. Kjee pernah makan Nasi Daging Kaprau ni di Ali Tomyam, Keramat sampai meleleh-leleh air hidung. Pedas yarabbi! Rasa cam sangat mengganggu masa makan. Sikit-sikit nak gogok air.

Tumis bawang putih dengan cili padi hingga sedikit garing. Masukkan daging dan goreng sampai daging tu keluar air. Kjee kurang yakin nak gunakan fish sauce sahaja. Kjee tambah Hoisin Sauce. Rasanya kalau tak ada sos tu, boleh jugak guna sos Tiram. Tapi, kalau boleh bubuh HS sebab lagi sedap. Kjee letak dalam 2 sudu besar HS.

Goreng sampai hampir kering. Masukkan daun selasih dan rasa. Kalau tak cukup masin, bubuhlah sedikit sos ikan atau nampla.

Apabila daun selasih dah kecut, padam api. Sedap makan dengan nasi panas.

Kalau tak guna daging yang lembut, rebus daging hingga lembut dan hiris halus-halus. Ada restoran yang guna daging cincang untuk masak lauk ni.





PERNAH CUBA MAKAN NASI GORENG TEMPOYAK?












Apabila Kjee diberitahu Gobang Maju Patin Tempoyak kat Sri Rampai, Setapak ada jual Nasi Goreng Tempoyak Special berkerut jugak dahiAda ikan goreng Patin sekali! Tak dapat Kjee bayangkan Nasi Goreng bubuh tempoyak. Kalau tempoyak tu diletak berasingan, okay jugak. Tapi kalau dicampur dalam nasi goreng... Hmmmm.

Minggu lepas, Kjee ajak UnclePali dan Nadia cuba rasa macam mana Nasi Goreng Tempoyak yang dikhabarkan cukup popular di kalangan pengunjung restoran tu di hari kerja. Weekdays aje. Hujung minggu tak ada. Masanya antara 5 petang hingga 10 malam. Siang tak ada makanan masak panas-panas atau ala carte.

Sampai sahaja di sana malam tu, waitress terus beri menu. Kjee ni jenis yang kalau tengok menu, mesti tengok harga paling mahal. Sebabnya, kalau mahal mestilah special dan sedap kan?!! Isyhhh semuanya harga mampu makan. Kjee pernah tengok Nasi Goreng dengan harga sampai berbelas ringgit. Rasanya... hmmmm tak pergi dua kali lah.









Kjee order Nasi Goreng Gobang Maju sebab adik yang layan kami kata ada ikan Patin Goreng. UnclePali order Nasi Goreng Ayam sementara Nadia order Nasi Goreng Tempoyak. Lepas tu Kjee nampak pulak Char Kway Teow. Wah Kjee mana boleh tengok ada Char Kway Teow. So, order jugak. Hehehe.

Nasi Goreng Tempoyak ni adalah idea Chef Nazri yang pernah bekerja di beberapa buah restoran terkemuka di Kuala Lumpur.

Kami bertiga excited nak tahu camner rasanya Nasi Goreng Tempoyak. Apakah ia terlalu overpowering sampai hilang rasa keaslian Nasi Goreng? Apabila sampai dan menjamahnya, barulah Kjee tahu kenapa Nasi Goreng Tempoyak ni popular di Restoran Gobang Maju ni.










Tiada rasa kuat atau masam tempoyak. Chef Nazri telah menggunakan tempoyak secukup rasa. Kjee suka makan ikan patin kat situ sebab tiada langsung bau hanyir atau bau tanah. Pemiliknya sangat cerewet memilih ikan patin sungai dan cara penyediaannya supaya mereka yang tidak gemor makan ikan sungai pun akan menyukainya.

Kjee jugak merasa Char Kway Teow. Sedap dan kena dengan citarasa Kjee. Char Kway Teow ini cukup popular di Restoran Gobang Maju di Temerloh. Malah, difahamkan bahan-bahannya dibawa dari Temerloh.

Jadi, korang yang gemor tempoyak dan nak cuba camner rasanya Nasi Goreng Tempoyak, sila-silakan singgah kat Restoran tu. Tapi ingat, hanya dari Isnin hingga Jumaat. Sabtu Ahad tak ada. Tapi selain makanan ala carte, restoran ini juga menghidangkan GulaiTempoyak Ikan Patin mereka yang femes, sepanjang hari.

Nasi Goreng Tempoyak hanya dihidangkan di restoran di Sri Rampai. Tidak ada di Temerloh, Jadi, kalau yang biasa pergi ke restoran Temerloh tu, kena datanglah ke Sri Ramai untuk menikmatinya.

Alamatnya?

Gobang Maju Patin Tempoyak Sri Rampai,
19, Jalan Seri Rejang 1,
Taman Sri Rampai, Setapak
No fon : 03-41441705














Friday, May 15, 2015

NAK TENGOK FOTO MASA KJEE BERLAKON JADI KING KONG?




Apa hal Kjee asyik tukar-tukar gambar scarecrow (orang-orang) ni pakai baju lain-lain? Masa kecik-kecik cita-cita nak nak jadi model ker? Hahaha nak mampus cita-cita nak jadi model?

Tapi kan, siapa sangka dulu Kjee ni cukup seriau (takut) untuk amik gambar, sekarang dah berani pulak sejak dua menjak ni kan? Well, Kjee ni jenis manusia yang kalau buat sesuatu mesti bersebab.

Kalau Kjee mengamuk, suami dan anak Kjee tahu mesti ada sebab. Yalah kan... takkan tetiba nak mengamuk tak tentu pasal. Giler ker?

Okay actually, Kjee nak tunjuk korang satu gambar yang boleh buat korang terkeluar biji mata. Kejadian ini berlaku pada 29/10/2012. Kejadian sebenar masa mokcik jadi king kong... oppppsss berlakon jadi king kong. Masa tu kan, mokcik agaknya dah hilang akal. Berani sangat.

Anyway, korang layan jerlah gambar Larome dulu. Saja commercial break. Korang ingat tv jer ada iklan!

Pastu korang scroll ke bawah dan lihat gambar king kong jadian, paling ngeri abad ini. Kalau korang ada penyakit kronik, baik jangan tengok. Risiko korang tanggung sendiri.





jeng jeng jeng....



















Hahaha yang belum pengsan, tolong kawan sebelah yang terpengsan tu ya.

Ini rupanya bentuk badanku 3 tahun lalu! Memang King Kong lah. Kjee tanya UnclePali, dia perasan tak masa Kjee macam ini. Dia boleh selamba jer jawab.." Tak perasan pun!" Hampeh kan!!!

Anyway, masih ada ke yang tak percaya banyaknya susutnya tubuh Kjee sejak tahun 2012?  Yang paling kelakar, upline Kjee, Shira dan Elly, tak kenal Kjee sebelum ini. Bila Kjee start bisnes Larome dengan mereka, Kjee tahu dia orang pandang Kjee atas bawah. Dailog dalam kepala dia orang mesti macam ni.

"Isyhhh mokcik ni. Betul ke dia nak buat bisnes serum untuk kuruskan badan? Orang boleh percaya ker? Badan cam ni bukan testimoni elok untuk Larome."

Hahaha tadi, Kjee Whatsapp gambar yang bam bam tu kat Shira. Dia orang pertama yang lihat. Terkejut dog dia!!!!

Dia boleh Whatsapp balik : "mmg bykkkkkkkkkk btul beza nye kak jee .. ptt org pakat2 beli larome dr kjee".

So, kalau yang teruja sangat nak berhenti kendung lemak-lemak tepu kat badan korang tu, ke hulu ke hilir, cepat-cepat Whatsapp/msg 01131771389. Empat botol RM410. Kjee mula sapu secara teratur dan konsisten sejak 1 April. Maknanya hari ni baru 45 hari.

Tapi kalau esok lusa korang jumpa Kjee, jangan terkejut kalau tengok Kjee masih gemuk. Foto paling atas tu bukan photoshop bukan edit. Kjee belum kurus tapi taklah bam bam cam dulu. Hehehe.


Ni kena naik wheelchair sebab tak boleh jalan. Tengok gelang tangan Kjee takat mana? Bandingkan yg bawah.



Shira (kiri) dan Elly, Gambar semalam.










LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...