Monday, August 31, 2015

ROTI JALA NGAM DENGAN KARI AYAM












Semalam Nadia nak makan Kari Ayam. Mama dia pula teringin nak makan Roti Jala atau orang Penang panggil Roti Kirai. So, bila dicantumkan Roti Jala dan Kari Ayam, memanglah ngam kan! Hehehe

Kari ayam buat semalam manakala Roti Jala buat pagi tadi sambil pasang telinga dengar Perarakan Hari Kebangsaan kat TV. Tapi my beloved doter tolong rekodkan. So, I miss nothing.

Lama dah tak buat Roti Jala. Kjee pasti my regular customers dulu masih rindukannya as much as I did. Kjee jarang-jarang buat lepas stop meniaga sebab kenangan mengusik jiwa. Tukang jala (who else kalau bukan UnclePali), pernah buat sampai 9 kilo tepung satu pagi, kalau ada orang order. Pasang sampai 4 kuali atas 4 burner. Panas tak terkira... tak boleh kacau dia. Cepat hangat hati. Hehehe.

Pagi tadi, kekok jugak buat sorang-sorang. Tapi halfway, Nadia tengok Kjee terkial-kial, dia pun bantulah. Pssstttt don't tell her this... dia punya Roti Jala lagi cantik dari mama dia buat. Hehehe.














Masih ada hingga Raya baru ni, customer lama sms nak order. Sorry, mokcik dah tak buat lagi. Tukang Jala dah gantung kuali. Hehehe

Resipi roti jala Kjee mudah jer. Dua mangkuk tepung, satu mangkuk air dan satu mangkuk susu cair serta 1 biji telor, sedikit garam dan a pinch of salt. Trrrrrrrrr semua sampai halus kemudian bubuhlah satu atau dua titis pewarna egg yellow. Tapis dan lepas tu jala lah.

Dulu Kjee pernah jual beribu-ribu botol tiga muncung untuk buat Roti Jala. Tapi tadi, cari satu botol pun tak jumpa, Justru guna acuan roti jala conventional.

Nak resipi penuh, KLIK SINI.

Nanti nak gi beli durian, buat kuah serawa pulak. Harus sedap kan?




SELAMAT HARI MERDEKA KE-58




Friday, August 28, 2015

ASAM PEDAS IKAN PARI ORANG JOHOR









Kjee jarang-jarang sangat masak Ikan Pari sebab arwah mak kata, ia ikan yang 'bisa'. Boleh kena sakit sendi. So, masa muda Kjee elak makan tapi kenapa ya bila dah tua, sakit sendi! Jadi, tak ada kena mengena kot ikan pari dengan sakit sendi. Hehehe.

Aritu Kjee buat Pecal Ikan Pari. Ada berlebih dua potong. Selang seminggu, Kjee suruh UnclePali gi beli lagi untuk masak Asam Pedas. UnclePali beli tiga potong. Apabila tengok lima potong, banyak sangat pulak. So masak tiga potong pastu ada baki dua potong simpan dalam freezer.

Kalau arwah mak, dia lumur ikan pari dengan sedikit rempah ikan dan garam sebelum goreng. Rasanya sedap tapi warnanya jadi hitam kehitaman. Mungkin rempah tu punya sebab.








Masa Kjee kecik-kecik, mak akan masak Asam Pedas letak tomato. Kekadang dia letak jugak sos tomato! Punyalah Kjee hot sebab pada Kjee rasanya pelik. Tapi, dalam hot, bedal jugak. Hehehe. Kerana itu, Kjee tak pernah masak Asam Pedas letak tomato sehingga Kjee belajar buat Asam Pedas Johor dari Mat Gebu. Tetiba bila dah tua ni, sedap pulak.

Kalau beli ikan Pari, korang kena pilih satu-satu (yang dah potong) dan cium. Kalau bau ikan biasa-biasa jer, okay. Tapi kalau ada bau hancing, jangan beli. Itu species Ikan Pari Hancing. Baunya selepas masak takkan hilang walaupun sebersih mana korang cuci.

Itu aje mokcik nak cerita. Malas pulak nak taip resipi. Korang intai ajelah kat Blog Tanpa Sempadan Cik Mat yang Gebu tu. Hehehe







Thursday, August 27, 2015

PROMO L'AROME MERDEKA - HARI MALAYSIA. GST KJEE TANGGUNG!


































Walaupun Kjee ni peniaga kecik jer tapi Kjee bangga jadi antara mereka yang buat promo sempena Hari Kebangsaan 31 Ogos hingga Hari Malaysia 16 September! Meskipun Kjee tanggung 6% jer tapi lebih elok ada daripada tak ada kan? Hehehe.

Korang hanya bayar RM385 (harga asal RM410), pos percuma di Semenanjung. Sabah dah Sarawak RM410 (harga asal RM434) termasuk pos laju.

Jadi, rebutlah peluang ini. Setahun sekali aje, Insya Allah melainkan mokcik murah hati lagi lain kali. Hehehe.

Kalau minat, Whatsapp 01131771389.

Nak tahu apa hal mokcik ni asyik sibuk pasal L'arome, korang tengoklah entri dan testimoni. Mula-mula dulu mokcik paparkan testimoni Nadia dan kawan-kawan. Tetapi apabila Mokcik sendiri cuba terai test L'arome Warm Serum ni dan melihat sendiri keberkesanannya, maka dipaparkan testimoni sendiri. Tengok foto-foto kalau tak percaya.

KLIK SINI.




Wednesday, August 26, 2015

SUP KAKI AYAM BEREMPAH







Sebenarnya, hati Kjee berkata-kata apabila hendak masukkan masakan Sup Kaki Ayam Berempah yang Kjee masak tadi ini dalam blog. Kjee tahu ada yang sensitif dengan lauk seperti ini. Tetapi apabila Kjee post foto ini di Facebook, Kjee tengok sambutannya agak bagus. Ramai yang boleh terima. So Kjee mohon maaf, jika ada yang tidak dapat menerimanya.

Kjee makan kaki ayam sejak kecil lagi. Orang kata, apa yang ibu bapak kita suka, pasti anak-anak-anak akan terikut-ikut.

Kjee makan dan suka masak kaki ayam sebab arwah bapak kata, kawan Cina dia beritahu, ia elok untuk mereka yang ada sakit sendi terutama sekali di bahagian kaki. Kjee tak tahu sejauh mana kebenarannya.

Tetapi apabila sudah dewasa dan berkawan dengan kawan-kawan berbangsa Cina, mereka jugak mengiya perkara yang sama. Elok untuk kuatkan sendi-sendi. Oleh kerana harganya pun tidak mahal, apa salahnya kita mengamalkannya.

Selalunya, kalau pergi pasar dan singgah di gerai yang menjual ayam, mata Kjee pasti liar mencari kaki ayam. Keluarga kami suka ia dimasak sup. Letak rempah bonjot Mak Siti atau apa jua jenama yang banyak di pasaran. Supnya jernih jika guna rempah bonjot itu.











Pagi tadi Kjee teringat cara arwah Bonda. Dia gunakan serbuk rempah kari daging. Supnya menjadi sedikit pedas, berwarna sedikit kemerah-merahan dan sedap.

Kjee tak pernah membuatnya. Jadi hari ini Kjee cuba ingat kembali resipi arwah Bonda. Memang Kjee agak terkilan sebab masa Bonda masih hidup, Kjee tidak pernah mahu belajar cara dia masak. Tak pernah tulis resipi masakan dia. I've always taken my mother for granted. Well, I'm sure ramai yang macam Kjee. Ibu dah tak der baru kita terkial-kial menyesal. Hehehe.

Anyway, Kjee cuba ingat bagaimana arwah Bonda masak Sup Kaki Ayam Berempah. Alhamdullilah hasilnya, tidaklah mengecewakan.

First thing first. Kena bersihkan kaki ayam. Kjee beli anggaran 1kg. Potong bahagian-bahagian tertentu yang nampak menggerikan. Kemudian cuci bersih-bersihkan dan masukan dalam periuk dan rebus. Kjee guna Pressure Cooker dan hanya mengambil masa lebih kurang 20 minit. Cara ini mudah dan kulit tertanggal dari tulang. Kalau rebus cara biasa, mungkin mengambil masa satu hingga dua jam.




Harus manicure pedicure dan remove corns. Hehehe



Sementara menunggu, Kjee keluarkan carrot, kentang dan jugak celery. Kjee hanya letak celery kalau ada stok. Jika tidak, hanya carrot dan kentang sahaja. Kjee guna baby potato sebab ada stok. Kalau tidak, ada sahaja yang ada Kjee guna. Sayur-sayur ini Kjee buang kulit dan potong ikut suka.

Kemudian Kjee belah empat dua biji bawang besar. Kjee jugak hiris dua inci halia halus-halus, 4 biji bawang putih serta 4 biji bawah merah. Bawang merah, bawang putih dan halia adalah bahan penumis.

Apabila kaki ayam sudah elok lembutnya, Kjee masukkan bawang besar yang dibelah empat tadi serta carrot, kentang dan celery. Biarkan ia masak. Kali ini Kjee sudah tidak guna lagi Pressure Cooker.

Kjee turut masukkan dalam periuk 1 batang kayu manis, 2 bunga lawang, 1 sudu kecil lada hitam yang telah ditumbuk dan 2 chicken cube. Biarkan ia reneh guna api sederhana sehingga sayur-sayur empuk.

Kemudian Kjee tumis bahan yang telah dihiris. Kjee hanya guna dua sudu minyak. Apabila bahan-bahan itu dah wangi, Kjee masukkan dua sudu besar rempah kari daging. Kjee guna Babas. Apabila sudah terbit minyak, Kjee cepat-cepat masukkan ke dalam periuk bersama kaki ayam tadi. Ini namanya tumis darat.

Kacau sampai rata. Biarkan ia mendidih seketika dan rasa. Kjee tak letak garam sebab dua chicken cube sudah mencukupi.

Perlahankan api. Apabila sayur-sayur tudah cukup empuk, padamkan air. Apabila hendak menghidang, baru taburkan daun sup dan bawang goreng.

Hidang ketika masih panas.



SAMBAL TUMBUK JAWA PEMBUKA SELERA









Kjee tak tau apa nama sebenar sambal ni. Kjee bantai jer panggil Sambal Tumbuk Jawa. Opppsss bukan sambal tu tumbuk orang Jawa. Hehehe.

Anyway, Kjee belajar buat sambal ni dari arwah abah Nadia. Dia orang Jawa, Batu Pahat. Kjee Jawa Kay Ell yang tak reti cakap Jawa. Masakan Jawa, bolehlah sikit-sikit. Hehehe.

Jadi, apabila orang Jawa bandar, kahwin dengan orang Jawa kampung, maka nak tak nak kenalah belajar masak makanan dia orang kan? Ini antara yang sempat Kjee belajar. Rasanya amat sedap dan benar-benar membuka selera.

Masa first time diperkenalkan dengan sambal ni, arwah abah Nadia yang buat. Dia amik bawang merah, bawang putih, cili merah dan cili padi. Lagi pedas lagi sedap! Semuanya digoreng separuh masak. Kjee tak ingat samada dia letak belacan tapi apabila giliran Kjee buat, Kjee tak letak. Agaknya belacan, kalau guna, pun digoreng sama. Tepikan.










Kemudian amik segenggam besar ikan bilis. Dicuci, ditos dan digoreng sampai garing.

Semua bahan-bahan ditumbuk kasar-kasar. Kjee tak letak garam sebab ikan bilis dah masin. Rasanya orang Jawa bubuh sedikit gula tapi Kjee tak letak.

Bila nak makan, diperah sedikit limau. Sedapnya makan dengan ulam timun. Kerana ada celery, Kjee pun hiris-hiris dan makan sama. Wah sayur Barat makan dengan sambal Jawa. East Meets West gitu. Okaylah tu kan!

Actually, ratah pun sodapppp. Hehehe

Oh ya... bekas comel, sebesar tapak tangan, tu adalah batu dari Gunung Berapi. Sahabat Kjee, Sham Norrizan, tauke Zaiton Tomyam, pergi holiday kat Bandung awal tahun ni. Dia tahu Kjee suka benda pelik-pelik camni. Maka, dapatlah souvenir dari dia. Berat sekali tau. Camner budak tu bawak balik. Thnx Sham Norrizan.










Monday, August 24, 2015

SEPETANG DEMI KASIH KEPADA SHARIFAH AINI


Cenderahati untu yang hadir

Yang hadir























Sedangkan mereka yang meminati suaranya yang lemak merdu, merinduinya, ini kan pulak insan-insan yang pernah susah senang bersamanya. Mereka juga lah bergilir-gilir menemaninya, ketika di hospital. Dan yang turut disisinya ketika beliau menghembuskan nafas akhir...

Begitulah kasih, sayang dan rindunya mereka kepada insan bernama Sharifah Aini. Mereka yang rapat dengannya menyapanya sebagai Ani...

Dan setahun setelah pemergian beliau, barulah mereka kuatkan hati untuk bersama-sama meluahkan rasa rindu dan sayang kepada Sharifah Aini. Satu majlis minum petang tertutup, diadakan di Restoran Bunga Emas, Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur Sabtu 23 Ogos yang lalu.

Sebaik sahaja memasuki restoran itu tepat jam 2.30 petang, langkah Kjee terasa begitu berat, apabila kedengaran sayup-sayup lagu dendangan Allahyarham... terasa ketika itu Allahyarham masih ada. Dan bakal menyambut kedatangan tetamu dengan senyumannya yang paling manis.

Majlis bermula dengan bacaan doa untuk Allahyarham oleh seorang Ustaz jemputan.

Setiap tamu yang datang, membawa bersama kenangan yang akan disimpan kemas-kemas, dalam kotak memori mereka. Tidak mudah mahu jadi sahabat kepada seorang lagenda tanahair. Hadirin tidak ramai... mungkin tidak sampai 50 orang... artis, wartawan dan kenalan rapat.

Dan ketika setiap seorang yang tampil ke depan untuk menceritakan perihal kenangan bersama Sharifah Aini, restoran jadi sunyi sepi. Pusing kiri dan kanan, kelihatan yang lelaki tunduk dan yang wanita menangis.

Majlis yang pada mulanya Kjee jangkakan sayu, kemudian ceria apabila sorang demi seorang mendendangkan lagu-lagu yang dikatakan favorite Allahyarham. Antara mereka, Jaafar Onn, Aishah Ali, Saleha Ali, Fatimah Ismail dan juga Rizal Kamaruddin atau RK, pembantu peribadi Allahyarham.

Turut hadir Uji Rashid dan Dato Johari Salleh (Pengarah Muzik SA) yang tampil menceritakan kisah-kisah yang selama ini hanya mereka yang tahu, mengenai Sharifah Aini. Juga Khir Johari, seorang peminat dari Singapura yang datang khas untuk majlis itu.

Setiap yang hadir dihadiahkan kotak yang berisi booklet yang dicatatkan perjalanan hidup ringkas Allahyarham dari mula hingga ke akhir hayatnya.

Mudah-mudahan roh Allahyarham Datuk Sharifah Aini, tenang di sana, dicucuri Rahmat dan ditempatkan di sisi mereka yang beramal soleh. Aaminn. Al Fatihah.

Baca jugak SINI.



Khir Johari (kiri) datang khas dari Singapura untuk majlis ini




Bersama Aishah Ali

Saleha Ali, Aishah dan suaminya Ishak Nengah


Dua ditengah, Dr Abu Salim Idris dan isterinya Dr Deleila Hatun


Jaafar Onn... pak andam Kjee masa kahwin dengan arwah abah Nadia dulu

Selebriti/Pelakon Ishak Nengah, juga teman wartawan dulu



Aishah Ali, kenalan Allahyarham dari zaman remaja singing Forever And Ever

Uji, Syed Yusof Wafa, Kit dan Huzz...

Dato Johari Salleh

Rizal Kamaruddin pembantu peribadi Allahyarham








LABU MASAK BENING DENGAN BILIS







Dua hari lepas Kjee singgah Pasar Keramat. Suka sangat intai-intai gerai yang jual sayur-sayur kampung. Macam-macam adalah. Yang Kjee tak kenal pun banyak dijual.

Minah Indon yang jual kat situ tengah potong labu. Sebiji dipotong dua. Agaknya lagi senang nak jual. Dia hulurkan sebelah kat Kjee. Katanya, labu ni sedap masak bening. Kjee terus amik.

Dua hari dalam peti ais, baru Kjee perasan kehadirannya. Terfikir Minah tu kata sedap masak bening atau tumis air. Maka inilah kejadiannya tadi.

Kjee bersihkan labu. Buang kulit dan biji. Kemudian potonglah ikut suka. Kjee hiris bawang putih an bawang merah dan letak dalam periuk bersama air. Air ini cukup-cukup tenggelam labu tu nanti. Kemudian Kjee campak sejemput ikan bilis, ½ sudu kecik lada hitam yang telah ditumbuk halus, dua batang serai dan sehelah daun kunyit. Jerangkanlah. Bila dah mendidih, masukkan labu dan terus didihkan. Apabila labu dan lembut, rasa garam.

Itu jer. Sedap jugak masak ini untuk betik mengkal.

Inilah Labu Masak Bening atau tumis air. Makanan orang Jawa ni. Suka hirup kuahnya.








Sunday, August 23, 2015

GERAI LIZA JADI TUMPUAN ARTIS DI LEWAT MALAM




Liza dan Kalam


Set Gulai Kawah Daging






Kalau korang species cam Kjee yang banyak makan kat luar daripada di rumah, Kjee pasti korang dah bosan makan benda-benda yang sama kan? Macam Kjee lah jugak. Nak menerai makanan baru, nanti dapat dosa free jer. Maklumlah... karang kalau tak sedap, aku...

Anyway sebab tulah kalau makan kat luar especially malam-malam, kami asyik ke kedai hampir sama. Kjee rasa buang duit jer nak menerai kedai yang kita tak pasti sedap.

Dah banyak bulan Kjee nak singgah kat warung or gerai my sis, Pengarah Norliza Ismail. Dia dah start meniaga sejak dua bulan lalu. Dan menu special dia ialah Gulai Daging Kawah! Kjee pernah dijamu gulai daging kawah masa dia buat open house tahun lepas. Memang sedap.

Kalau ke Terengganu, Kjee mesti singgah kat satu warung tepi jalan sempadan Pahang dan Ganu. Tak ingat nama kampung tu. Tapi Gulai Kawah Daging dia memang power!! So since lama tak ke sana, apabila terasa airtangan Liza buat Gulai Kawah Daging, ia cukup melepaskan kempunan Kjee.

Eh Liza orang KL, suami dia Kalam (vokalis kumpulan Sup dan kini juga pengarah drama), orang Johor camner pulak jual Gulai Kawah Daging Pantai Timur. Ya tak ye. Lupa nak tanya. Kalau korang gi makan situ tanyalah dia.

Liza ni memang terer masak. Dulu Kjee pernah duduk serumah dengannya. Masa dua-dua ibu tunggal.




Nasi Goreng Ayam Penyek




Mi Rebus Johor

Ayam Penyek



Zaman job shooting berkurangan, Liza yang Kjee kenal sangat sebagai seorang yang tak reti duduk diam, bukaklah warung ni di Seksyen 1, Wangsa Maju. Gerainya betul2 kat parking lot flats kat situ. Tepi jalan jer, opposite Rampai Business Park.

Malam tu, Kjee dan UnclePali singgah cari gerai Liza. Masa tu hujan renyai-renyai. Perut pun tengah lapar. Maka sedaplah jamu selera Gulai Daging Kawah Liza. Selain itu, dia buat jugak Gulai Kawah Ayam, Mi Rebus Johor, Ayam Penyek dan jugak Nasi Ayam Penyek.

Tak sempat nak buat panjang dengan Liza malam tu, sebab ramai sangat customer dia. Lagipun, Liza tukang masak utama. Suaminya Kalam, jugak tak menang tangan bantu Liza dan layan customer.

"Alhamdullilah Kjee. Sejak dua bulan yang lepas, sambutan sangat memuaskan. Liza bukak dari jam 6 petang sampai last customer. Kekadang sampai kul 4 pagi. Ramai kengkawan Artis yang lepak untuk supper," kata Liza.

Kekadang anak bujang dia Afiq akan bantu sama. Afiq pun tengah nak masuk kolej belajar jadi pengarah filem.

Kalau korang nak tahu camner rasa Gulai Kawah, singgahlah kat gerai Liza Kalam ni. Kjee suka sangat gulai kawah daging dia yang menepati citarasa.

Jadi kalau korang tak der kerja memalam buta, gilah lepak kat tempat Liza. Nanti terserempak ramai artis. Boleh le selfie. Hehehe

Oh lupa lak. Liza jugak ada jual pes Gulai Kawah. Mudah sangat dimasak. Letak santan dah jadi kuah dia. Tambah jugak ayam atau daging.




Gerai LizaKalam. Kat belakang tu Rampai Business Park.

Friday, August 21, 2015

STEW EKOR LEMBU








Apabila menjamu selera kat luar semakin mahal sekarang, the best alternative, masak sendiri. Walaupun Kjee tak pernah berkira bab makan, tetapi Kjee cuba elakkan pembaziran. Kalau reti masak sendiri, Kjee akan buat.

Bayangkan satu mangkuk Oxtail Stew dengan Garlic Bread, harganya tidak kurang dari RM25. Itu tak termasuk air kan? Sup ekor biasa, tak kesahlah mamak atau Thai, sekarang dah berbelas-belas ringgit. Kalau elok lembut dagingnya, berbaloilah jugak....

Tadi UnclePali beli kat Hero, dapatlah satu peket oxtail dengan harga lebih kurang RM22. Ada dalam 6 ketul yang kecik. Nasib baik kali ni tak ada banyak lemak. UnclePali beli carrots, russet potato, celery dan Baguette atau roti Perancis. Roti untuk buat Garlic Bread.

Hari ni Kjee buat stew lain daripada yang pernah Kjee buat. Kjee tumis (campur olive oil dan minyak jagung) bawang besar yang dibelah empat dan bawang putih yang Kjee ketuk-ketuk jer dalam Pressure Cooker. Bila dah naik wangi, Kjee masukkan celery yang di potong selebar dua inci dan carrot. Masak lebih kurang 5 minit.








Kemudian Kjee masukkan ekor lembu yang telah dicuci bersih. Boleh jugak dicampur dengan sedikit daging biasa. Apabila sudah wangi, Kjee letak air menutupi paras oxtail, dua beef cubes, 1 kayu manis, 2 bay leaf dan 1 sudu kecil lada hitam biji. Kemudian Kjee tutup pressure cooker dengan penutupnya dan masak lebih kurang 20 minit.

Selepas 20 minit Kjee bukak penutupnya dan cek samada daging oxtail dah empuk. Kemudian Kjee masukkan kentang yang telah dibelah empat, sedikit carrot dan jugak celery. Celery dan carrot ditambah sebab set pertama yang masuk tadi sudah hancur dan memekatkan kuah.

Kjee masak lagi selama 20 minit. Kemudian bukak dan rasa. Tambah garam jika perlu. Kemudian Kjee bancuh dua sudu besar tepung gandum dengan lebih kurang 5 sudu air. Masukkan ke dalam stew yang sedang mendidih untuk memekatkannya.

Itu jer. Makan dengan garlic bread. Hari ni mood ke laut sebab sakit perut. Semalam makan Pecel Ikan yang terlebih pedas. Perut orang lama. Huhuhu.

Resipi penuh klik SINI. Untuk garlic bread, sila klik SINI.






KECIPIR GORENG BILIS PEDAS








Kecipir lah pulak. Hari tu kata Kacang Botor, Kacang Botor ataupun in English, 4-Angled beans. Hehehe Kecipir atau Cipir samalah jugak gelaran yang diberi kepada kacang yang tumbuh menular di pagar-pagar. Nama yang diberi orang Jawa.

Dulu Kjee pernah tanam masa duduk kat Sungai Buluh. Masa time nak menuai paling seronok. Tapi kena hati-hati. Pokok menular macam ni, rajin jugak binatang menular tu sembunyi. Ia halus dan warna hijau, sama warna dengan kacang kecipir. Auwwww takot!!!

Kalau nampak Cipir ni kat pasar, Kjee mesti rembat. Kalau buat ulam jer rugi sebab bukan semua yang muda. Yang muda aje sedap buat ulam makan dengan sambal belacan. Sebab tu Kjee suka hiris nipis-nipis dan goreng. Tak membazir.

Kalau beli kacang ni, Kjee ada dua pilihan menu. Satu dibuat goreng belacan. Dan satu lagi goreng sama ikan bilis atau udang kering. Semua sedap. Eh ada jugak Kjee tumbuk cili, bawang putih, bawang merah dan masukkan chicken cube masa menumis. Jugak sedap.

Sayur-sayur yang warna hijau sebenarnya lebih berkhasiat daripada yang warna putih. Itu seorang kawan yang kerja sebagai doktor bagitahu Kjee. Entahlah. Kjee tak tolak apa jugak kaler sayur. Janji namanya sayur, semua Kjee telan. Hehehe.




Kicap cair Nampla





Kalau buat sayur, jangan digoreng sampai lunyai. Cukuplah sekadar separuh masak. Bila makan kruk krak, gitu.

Untuk resipi ini, cam biasa Kjee tumbuk cili merah (cili padi pun boleh), bawang merah, bawang putih dan bilis. Semua tumbuk sampai halus kecuali bilis. Bilis masuk last part dan ditumbuk manja-manja gitu.

Cuci Kecipir bersih-bersih, dan hiris. Toskan. Tumis guna sikit jer minyak bahan-bahan tumbuk sampai garing. Kemudian masukkan kacang dan golek-golekan dalam perencah tumisan. Kjee guna kicap ikan atau nampla sahaja untuk mencukupkan rasa. Korang bolehlah guna garam.

Untuk menu Kacang Botor goreng belacan, sila ke SINI.

Oh Kjee pernah makan Kecipir ni cara dikukus atau dicelur. Kemudian cicah dengan sambal belacan. Enak banget!









Thursday, August 20, 2015

PECAL PARI AIRTANGAN WONG JOWO KAY ELL










Pecel Ikan adalah makanan kegemaran Kjee dan Nadia. UnclePali, Kjee tak pasti sebab dia ni tak berapa berkenan makanan Jawa. Hanya isteri Jawa dia suka kot. Hehehe.

Tapi tadi. lepas makan (pinggan kedua), dia tanya ini makanan ori Indon ker? Kjee kata Jawa bukan Indon. Dia kata Jawa tu Indon lah. Kjee kata, Kjee Jawa tapi orang Malaysia. Malas dia nak layan takut pinggan mangkuk terbang melayang-layang. Hehehe.

Anyway, dah lama sangat Kjee tak makan Pecel Ikan Pari ni. A few months ago, Kjee ada buat Pecel Ikan Keli. Sedap jugak. Kjee pernah jugak dulu buat Pecel Ikan Pari. Rasanya itu kali pertama Kjee buat. Puluh tahun lalu, belajar makan Pecel Ikan Pari ni dari ex MIL Kjee. Bila dia kata nak buat pecel, Kjee ingat yang macam Gado-Gado tu.

Kjee buat Pecel Pari hari ini tanpa dirancang. Kjee beli Ikan Pari di Hero Market. Bila nampak segar, Kjee ambil satu dan cium. Kalau bau hancing memang Kjee tak beli. Ikan Pari ni ada species yang hancing tau. Janganlah korang beli sebab bila masak, boleh uwekkkk. Baunya macam toilet yang sebulan tak cuci. Oppppps sorry.











Kjee beli Ikan Pari sebab teringat nak buat Asam Pedas. Kjee jarang-jarang makan Ikan Pari sebab ada orang kata, ia sangat 'bisa'. Orang sakit tulang/sendi tak boleh makan. Tapi kalau dua tiga tahun sekali ok lah kot. Hehehe.

Semalam, Kjee tanya frens FB (hari-hari tanya mintak idea), Ikan Pari sedap masak apa? Ada kata Asam Pedas, dibakar cicah air asam, Kari dan tetiba ada kata buat pecal! Wah orang mengantuk disorong bantal. Tapi Pecel perlu Cekur. Kjee tak ada stok sebab satu pasu kat belakang rumah dah lama habis dikerjakan Cik Tie.

Tapi, since Nadia pesan suh masak Asam Pedas, maka Kjee masaklah ler Asam Pedas Ayam, semalam. Pecel Ikan Pari, kiv.

Pagi tadi pergi pasar cari Cekur. Buahnya jer ada. Daun tak ada. Kalau buat Pecel Ikan, guna buah dan ricik halus-halus daun dia. Since tak ada, Kjee hiris halus-halus daun kunyit sebagai ganti. Kita yang buat dia.





Ini dia Cekur. Ada orang panggil Kencur.




Kalau bakar lagi sedap. Kjee grill jer.



Tadi Kjee bakar/grill empat potong Ikan Pari atas Grill Pan. Kjee lumur garam kat ikan sebelum grill. Ntah apa yang Kjee fikir masa tu, lupa nak spray minyak sikit kat Grill Pan. So, Ikan Pari melekat. Balik punya balik, habis berkecai. Tapi okay jugak. Kan Ikan Pari tu kena carik-carik lepas siap bakar! Settle satu kerja. Hehehe.

Resipi penuh korang tengok SINI.

Tadi suruh UnclePali beli cili padi kampung, dia beli cili padi hijau Siam mali. Kjee tak tahu nak adjust banyak mana nak letak cili padi Siam tu. So akibat hantam sajalah Labu, Pecel Kjee jadi extra pedas. Tapi memanglah sedap kalau dibuat pedas-pedas.

Itu ajelah nak story.

Kalau korang tak makan Ikan Pari, boleh guna apa juga ikanlah kot. Janji ikan tu dibakar dulu. Oh ya ada kawan cakap buat guna ayam pun okay. Satu hari nak terai.

Lagi satu nak habaq, Pecel Ikan Kjee nampak cam kering kan. Bukan disengajakan. Dulu Kjee buat ada kuah tapi kali ni lembab-lembab sikit. Ini kes Kuahnya dah cukup tapi ikannya pulak terlebih. Hehehe. Tapi rasa maintain gua cakap lu. Itu yang penting.

















LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...