Saturday, October 31, 2015

STIR FRY CENDAWAN DENGAN CARROT







Lauk ini mungkin sesuai dengan tekak mereka yang gemarkan cendawan. Ia dimasak secara stir fry atau goreng pantas. Bahan yang digunakan selain cendawan dan carrot ialah bawang putih, sos tiram dan sedikit minyak bijan.

Bagi mereka yang vegetarian atau hanya makan sayur-sayuran, ini menu yang menepati selera mereka. Ramai orang Barat sekarang sudah berubah kepada makan sayur-sayuran demi kesihatan.

Di Malaysia pun banyak restoran India dan jugak Cina yang menjual vegetarian dishes. Cendawan dan taufoo diadun sehingga terasa seperti makan daging kambing, ayam, mahupun ikan! Tetapi setakat ini Kjee tak dengar lagi orang Melayu berubah selera menjadi vegetarian. Kita mungkin masih belum dapat dipisahkan dengan makanan ikan, daging dan semua yang sewaktu dengannya.

Kjee masak lauk ini atas permintaan Nadia ketika kami singgah di Hero Market tadi. Kjee tanya nak makan sayur apa, dia terus tunjuk kepada cendawan. Kemudian Kjee toleh dan nampak lobak merah. Sampai rumah baru terfikir kalau diletak sayur broccoli pun sedap jugak.










Kjee tak letak apa-apa perencah kerana memang merancang nak buat stir fry simple menggunakan sos tiram. Tadi Kjee juga beli sos perisa tiram vegetarian. First time Kjee beli dan masak. Rasanya sama jer dengan sos tiram biasa.

Anyway tadi Kjee tumis gunakan banyak bawang putih. Lebih kurang 7 ulas. Dihiris dan ditumis bersama sedikit minyak jagung yang dicampur kira-kira satu sudu kecil minyak bijan. Setelah bawang putih garing (jaga-jaga jangan hangus, nanti pahit), masukkan carrot yang telah dihiris mancis. Guna api besar.

Apabila carrot sudah agak lembut, masukkan cendawan tiram yang telah dicarik-carik. Kjee guna satu peket berharga RM5.00. Tak tengok pun berapa grams tadi.

Goreng pantas-pantas sehingga cendawan kecut, kemudian masukkan sos tiram. Kjee letak lebih kurang satu sudu besar kerana tidak mahu ia menjadi terlalu masin. Taburkan sedikit lada hitam tumbuk kasar dan padam api.

Hidang segera dengan nasi.





JEMPUT MAKAN JEMPUT-JEMPUT PISANG






Selain Ubi Rebus makan dengan kelapa parut, Jemput-Jemput Pisang adalah kuih minuman petang favorite rakyat Malaysia. Setuju kan?

Buat Jemput-Jemput Pisang, lebih mudah dari buat Ubi Rebus, rasanya. Well, bukan senang kan nak nak dapat ubi kayu yang baru dicabut. Kalau beli kat pasar, mesti yang dah masuk angin. Hasilnya, ubi rebus dah ganyut.

Masa Kjee muda-muda dulu, peniaga pisang ada letak sebekas tapisan plastik pisang yang dah agak terlalu masak untuk dimakan begitu sahaja. Dijual satu bekas RM1 atau RM2. Biasanya untuk orang buat Jemput-Jemput atau Lempeng atau Lepat.

Tapi sekarang dah tak jual lagi macam tu. Mereka tetap timbang pisang yang dah tak boleh lagi dimakan mentah dengan harga mungkin murah sikit dari pisang yang masih segar.

Kjee suka buat Jemput-Jemput guna pisang Berangan. Ada orang kata Pisang Emas lagi sedap. Okaylah tapi Pisang Berangan ada aroma yang berlainan. Tapi kalau dah tak ada pisang Berangan, apa yang Kjee nampak, itulah yang Kjee beli.

Nadia ada cara tersendiri makan Jemput-Jemput Pisang ini. Biasanya Kjee lah mangsa dia. Selepas Jemput-Jemput siap digoreng, Kjee akan koyakkan bagi sejuk.  Bila dah suam sikit baru makan. Sedap sangat. Ada rasa garing-garing.

Cara ini Kjee buat masa si Nadia kecik. Sebaik sahaja siap digoreng, Nadia dah tunggu nak makan. Kerana panas, Kjee terpaksa koyakkan satu demi satu untuk sejukkan. Dia memang suka sangatlah. Tabiat ini terbawak-bawak hingga dia dah tua.

But I also like!! Hehehe




BIHUN GORENG TAYBA







Pejam celik, pejam celik dah tiba ke hari terakhir bulan Oktober. Dua bulan aje lagi tahun 2015 nak tinggalkan kita. Rasa cam baru kita sambut tahun baru.

Apa kena mengena dengan entri arini? Tak ada kena mengena pun. Hanya pepagi dah rasa boring. Tadi dah pekena satu piring bihun. Goreng biasa-biasa jer. Selalu Kjee letak udang tapi hari ini isi ayam jer sebab UnclePali kena gout teruk. So tak boleh makan seafood. Kami pun kena pantang sekali.

Sejak diperkenalkan dengan Bihun Tayba yang diusahakan oleh sebuah grup Orang Kurang Upaya, Kjee asyik teringat aje nak makan Bihun Goreng. Tekstur Bihun Tayba memang lain daripada yang pernah Kjee makan selama ini. Kenyal dan sedap.







Pagi tadi, lepas Subuh, apabila teringat hendak makan Bihun Goreng, Terus Kjee ke dapur dan rendam Bihun Tayba dalam air panas. Sekejap jer. Dalam 5 atau 6 minit. Kemudian toskan airnya. Jangan dilalukan bawah air. Ini untuk beri peluang kepada kepanasan pada Bihun tu terus melembutkannya.

Sebaik sahaja Bihun tu ditoskan, Kjee dah siap bahan-bahan untuk menumis. Tadi Kjee guna sebiji bawang besar dan tiga ulas bawang putih. Tumbuk halus. Biasa letak udang kering tapi hari ni tak boleh letak. Kalau nak pedas, tumbuk sekali cili padi.

Kemudian panaskan sedikit minyak, tumis bahan tumbuk dan lebih kurang dua sudu cili kering kisar. Dah terbit minyak, masukkan isi ayam (atau apa sahaja yang korang ada). Goreng sampai ayam tu kecut, kemudian masukkan sawi. Lepas tu Kjee letak sedikit sos cili dan kicap ikan (kicap cair). Dah gaul sebati, masukkan bihun.

Dadarkan dua biji telor dan hiris. Tabur atas bihun goreng. Kalau ada bawang goreng, boleh jugak taburkan selain daun sup dan daun bawang sebagai hiasan.








Ni nak cerita pulak pasal Bihun Tayba. Keunikannya ialah, ia tidak lembik apabila dimasak. Justru, tidak akan cepat basi macam bihun jenis lain. Seperkara lagi, Bihun Tayba ni hasil kilang orang kita. Jadi, kebersihannya, Insya Allah, terjamin.

Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh baca DISINI. Kalau kita tak sokong product keluarga kawan-kawan yang OKU (Kjee suka gelarkan mereka Orang Kuat Usaha), siapa lagi kan?






Friday, October 30, 2015

ASAM PEDAS IKAN MERAH RESIPI MY SIFU, MAT GEBU









Kalau nak masak Asam Pedas Johor yang sedap, kenalah berguru dengan orang Johor yang ori punya. Mujurlah Kjee ada sifu yang terer seperti Mat Gebu, blogger femes satu Malaya menerusi blognya Dapur Tanpa Sempadan. Oppppsss bukan satu Malaya tapi satu donia. Peminatnya ada kat mana aje lah di seluruh pelusuk dunia. Hehehe kembang kuncup Mat Gebu baca ni.

Hari tu Kjee belajar buat Asam Pedas Ayam dari beliau. Memang terbaik! Sampai sekarang asyik teringat jer. KLIK SINI. Dulu-dulu kalau sebut Asam Pedas Ayam, tekak Kjee macam kembang semacam. Tapi apabila dah rasa... padan dengan muka kau. Hehehe.

Hari ini Kjee buat Asam Pedas Ikan Merah. Semalam Kjee buat Sup Ikan Merah. Dua hari berturut-turut sebab ada baki dari semalam. Mula-mula nak buat Asam Pedas Ikan Tenggiri. Hari tu Kjee beli tak tau nak masak apa. Kemudian terfikir pulak nak buat Asam Pedas Ikan Siakap. Tapi last-last masak Asam Pedas Ikan Merah.

Tadi masa makan sebelum pergi mesjid, UnclePali tunjuk dua ibu jari. Siap hirup kuah lagi. Hmmm bagus punya testi. Dia harus thank Mat Gebu for the awesome recipe.

Oleh kerana hari ni hari malas Kjee, maka Kjee hanya buat Asam Pedas Ikan Merah letak bendi. Kemudian Kjee goreng ikan kering import dari Ganu pemberian Biha, adik angkat Kjee. Ikan kering apa Kjee tak tahu tapi ia dihiris nipis macam keropok. Sangat-sangat sedap digoreng garing-garing.

Itu aje nak story. Oppppsss resipi lupa nak letak. Korang KLIK SINI ajelah. Kjee bukan orang Johor ori. Kalau korang nak berguru eloklah dengan Mat Gebu. Kannnn Che Mat. Hehehe. Rindu Mak Yah dengan Bak dan abang Long. Dah selamat sampai dari Mekah ker? Kemsalam peluk cium dari KL.







Thursday, October 29, 2015

SUP IKAN MERAH LETAK KENTANG








Mama gi pasar kelmarin, ada nampak ikan merah? Itulah dailog cliche si Nadia kalau nak suruh Kjee masak lauk yang dihajatinya.  Kjee memang faham sangat-sangat perangai dia.

Nak Mama masak Asam Pedas, tanya Kjee? Memang dah lama Kjee tak masak Asam Pedas Ikan Merah sejak selalu singgah kedai makan Zaiton Tomyam. Asam Pedas Claypot Zaiton Tomyam di Taman Datuk Haji Ahmad Razali, Ampang, memang kebahboom!

Taklah jawab Nadia pantas. Itu boleh makan kat Zaiton Tomyam. Mama lama kan dah tak buat Sup Ikan Merah!

Terus register dalam otak. Anak punya pasal, walaupun hari ni Kjee tak berapa nak sihat, singgah jugak kat Pasar Keramat. Memang sekarang ni musim tak elok nak makan ikan sebab harganya macam tak masuk akal kesan jerebu.

Kjee beli satu potong bahagian ekor (which is my favorite) dan dua potong isi ikan. Dua potong tu, mamat tu potong dua. Jadilah empat keping manakala bahagian ekor dipotong tiga keping.










Balik rumah, terus Kjee ke dapur masak sup ikan. Sambil membersihkan ikan, teringat cara arwah bonda kalau makan sup ikan merah. Dia akan sediakan cili sos. Ikan tu dicicah cili sos. Sedapnya. Mesti korang tanya kenapa Kjee letak kentang. Entahlah. Sejak dari kecik itulah cara arwah Bonda. Kjee pun follow ajelah. Hehehe.

Resipi untuk Sup Ikan Merah ada kat SINI. Korang intai ajelah yer. Jari jemari mokcik hari ni agak ketat sebab musim sejuk ni, biasalah, penyakit Rheumatoid Arthritis datang berkunjung.

Dah siap masak tadi Nadia kol. Macam tahu-tahu aje Mama dia dah siap masak. Dia tanya masak apa untuk lunch. Kjee kata jap lagi Kjee whatsapp gambar. Menjerit dia apabila tengok Kjee masak lauk yang dihajatinya.

Begitulah seorang ibu kan? Pantang dengar keinginan anak untuk makan makanan favorite dia. Ahad ni, Kjee nak relax sebab Nadia dah janji nak masak Nasi Tomato untuk Mama. Tak sabar tunggu Ahad. Hehehe.






Wednesday, October 28, 2015

PERIA GORENG BELACAN PULAK








Hari tu masa Kjee masak Terung Goreng Belacan, Kjee ada kata nak try buat Peria Goreng Belacan. Kjee rasa ada yang pernah buat tapi tak ramai. Selalunya, dia orang goreng letak udang kering.

Kjee teruja jugak nak cuba. Ini kejadiannya hujung minggu lepas. Tapi, sayangnya tak popular dalam rumah Kjee. Kjee sorang jer makan. UnclePali dan Nadia makan sikit jer. Akhirnya, jadi habuan Cik Tong.

Tapi, Kjee suka. Sedap. Kalau Kjee tahu Nadia dan UnclePali tak berapa suka, Kjee takkan rendam dulu peria yang Kjee dah hiris tu dalam air garam untuk hilangkan pahitnya. Mungkinkah sebab dah kurang pahit sikit maka Nadia dan UnclePali kurang suka? Hmmmm.

Arwah Bonda yang ajar kalau nak hilangkan pahit peria, kena rendam hirisan peria tu dalam air garam (garam mesti banyak), selama lebih kurang 20 minit. Kemudian dicuci dan toskan sayur tu.

Kjee tumbuk bahan-bahan macam Kjee buat Terung Goreng Belacan aritu. Apabila dah garing sikit, masukkan peria tadi. Goreng sampai peria itu lembut. Hidang dengan nasi panas.

Kjee guna Peria yang besar tu. Lain kali boleh buat guna Peria Katak.








Monday, October 26, 2015

AYAM STIR FRY ALA SZECHUAN







Lama nyer Kjee tak buat Szechuan chicken. Ia lauk yang menjadi favorite kami sekeluarga. Szechuan ada lah daerah di Negara China dimana hampir semua penduduknya gemarkan makanan yang pedas. Apa sahaja lauknya pasti ada cili.

Kjee tak pernah lah ke sana tapi Kjee ni rajin sangat tengok Food Network. Hari-hari ada macam-macam jenis makanan yang ditayangkan kat situ. Sekarang pulak Kjee dah rajin tengok National Geographic atau Net Geo. Dulu hanya tunjuk tempat-tempat menarik tetapi sekarang diselang selikan dengan rancangan masakan.

Sebab itulah Kjee teringat balik nak buat Szechuan Chicken. Resipi asal yang Kjee buat dulu letak kacang gajus. Cili kering yang telah dipotong-potong dan digoreng garing, wajib. Tapi sejak UnclePali kena serangan Gout yang amat-amat dasyat, gajus atau sebarang jenis kekacang is a no no. Begitu jugak red meat. Jadi, entri Kjee lepas ni mungkin akan hanya tayang ikan dan ayam. Huhuhu.

Anyway, menu hari ni memanglah sudah ditetapkan. Nadia kata dia nak makan Szechuan Chicken. Kjee kata boleh jer asalkan tak letak gajus. Kalau letak memang pengsan sedap. Huhuhu.

Szechuan Chicken biasanya hanya menggunakan daging ayam bahagian dada. Tetapi Kjee lebih suka daging ayam bahagian lain seperti peha dan sebagainya. Rasanya lebih kenyal dan sedap. Tetapi pastikan hanya guna isi ayam.








Kjee guna satu mangkuk isi ayam yang dihiris memanjang. Tepikan. Kemudian dalam mangkuk lain letak satu sudu besar sos tiram, satu sudu besar sos Hoisin (optional), satu sudu kicap cair (Kjee guna fish sauce), satu sudu kecik kicap hitam (kalau tak ada, kicap manis pun okay) dan dua sudu tepung jagung. Resipi asal letak sedikit gula tapi Kjee tak letak.

Semua bahan-bahan tadi dikacau rata kemudian dicampurkan kepada ayam yang telah dihiris. Perap dalam peti ais lebih kurang 30 minit.

Sementara itu, hiris nipis-nipis tiga inci halia muda. Kalau suka letak lebih, silakan. Hiris juga lima ulas bawang putih. Secekak daun bawang dipotong lebih kurang dua inci.

Cili kering dikerat-kerat sepanjang satu inci, direndam seketika dan digoreng garing., Tepikan.

Menggunakan minyak sama, tumis halia dan bawang putih hingga wangi. Kemudian masukkan ayam yang telah diperap tadi. Goreng pantas guna api besar. Ini kaedah stir fry. Letak sedikit sahaja air (lebih kurang dua sudu) dan terus goreng hingga ayam masak.

Sebelum padam api, curahkan setitis dua minyak bijan. Kalau tak ada ada, tak per tapi kalau ada lagi sedap. Kemudian masukkan daun bawang dan cili kering. Gaul hingga rata dan hidangkan panas-panas. Kalau guna kacang gajus (yang sudah dipanggang), masukkan ke dalam lauk sebaik sahaja api dipadam.

Entri sebelum ini DISINI.





Sunday, October 25, 2015

SIAKAP TIGA RASA







Dari kecik lagi Nadia suka sangat Sweet Sour Fish. Kjee selalu buatkan cara arwah Bonda iaitu menyalutkan ikan itu dengan tepung jagung, kemudian digoreng garing. Lepas tu baru dimasukkan dalam sos Sweet Sour.

Kjee plan nak buat Sweet Sour Fish apabila ternampak ikan Siakap yang sangat fresh di pasar Keramat hari tu. Tetapi apabila masuk ke dapur, ubah fikiran dan buat Siakap Tiga Rasa. Dulu Kjee pernah buat letak bunga kantan yang telah dicincang halus tetapi kerana tak ada plan nak buat hari ni, maka jadilah Siakap Tiga Rasa biasa.

Kjee cincang dua labu kecik bawang besar, tiga ulas bawang putih, dua inci halia, cili padi (dalam 15 biji) serta sebatang serai. Kjee campurkan hoisin sauce, plum sauce, oyster sauce, cili sauce dan tomato sos (semuanya satu sudu besar tiap satu) ke dalam mangkuk bersama lebih kurang ½ cawan air. Kacau bagi rata. Ikan siakap lebih kurang 900 gram.

Ikan Siakap dibuang sisik, dibersihkan dan dilumur kunyit dan garam. Kemudian digoreng garing. Apabila sudah garing, keluarkan.

Dalam kuali lain, letak dua sudu minyak. Apabila panas, masukkan bahan-bahan cincang dan tumis hingga naik wangi. Kemudian dituang semua sos yang telah bercampur air tadi. Kacau hingga rata. Rasa. Kjee tak tambah garam sebab sudah cukup rasa.

Kemudian masukkan daun bawang yang telah dipotong serong serta daun limau purut yang telah diricik halus. Gaul rata dan padam api.

Letak ikan dalam pinggan atau apa jua bekas dan curahkan sos tadi diatas ikan. Hidang panas-panas dengan nasi putih.

Juga BACA SINI.




LIMA BELAS TAHUN BERSAMA







Lima belas tahun lalu, kami diijabkabulkan sebagai suami isteri. Alhamdullilah, we're still husband and wife walaupun banyak ranjau dan duri, telah dilalui.

Terima kasih UnclePali for taking care of me and Nadia all these years.

May we see many many more wedding anniversaries together. Insya Allah... Aaminnn.



Friday, October 23, 2015

TERUNG KONTOT GORENG BELACAN






Ini antara lauk wajib kalau kami pergi makan di Rest Group Base di Sri Damansara. Memang sedap sangat. Portionnya pun agak besar. Order satu pinggan, boleh makan empat orang. Nadia selalu ambil mangkuk polistyrene kat situ dan bawak balik seandainya tidak dapat dihabiskan.

Masa makan, Kjee tak pernah terfikir cara terung itu dimasak. Tiga hari lepas Kjee tanya Nadia. "Ala Mama ni. Kan Nadia pernah masak Terung Goreng Belacan. Mama kata sedap. Dah lupa ker?"

Oh ya ker? Yang sedap tu Nadia letak belacan ker?. Mama selalu buat letak udang kering goreng. Resipi DISINI. Ia antara lauk fav Kjee kalau beli terung kontot warna ungu tu. Masa makan, kruk kruk udang kering yang garing yang ditabur diatas terung tu masa nak makan.

Anyway, hari ni Kjee nak bagitau Terung Goreng Belacan pun sedap sangat. Selalu Kjee buat Kangkung Goreng Belacan jer kan. Hah kali ni korang cuba pulak Terung Goreng Belacan.

Oleh kerana tak pasti nak buat entri, maka Kjee tak sukat bahan-bahan masa masak. Tapi kalau korang guna 6 terung kontot yang sepanjang lebih kurang 5 inci tu, gunalah 3 labu bawang besar yang sederhana besarnya. Tumbuk bersama lima ulas bawang putih dan cili padi. Kjee suka pedas so Kjee guna banyak cili padi.









Setelah semua bahan-bahan tadi lumat, letak lah dalam dua inci belacan. Tumbuk lagi sampai sebati. Kemudian tumis guna dalam ½ cawan minyak. (Kjee tambah lagi satu sudu besar cili kisar).Tumis sampai garing, letak satu keping asam gelugor, garam dan sedikit gula. Kalau guna pak aji, tak perlu letak gula. Apabila dah garing, padam api.

Cuci terung dan potong ikut suka. Kemudian tos kering dan digoreng. Goreng separuh masak atau kedua-dua belah dah nampak brown. Tos dan masukkan ke dalam kuali sambal tu. Hidup balik api dan kacau sampai rata. Jangan ganas-ganas masa mengacau sebab terung tu akan hancur berderai. Apabila sudah cantik sebati, rasa dan hidangkan.

Kjee rasa masa Nadia buat dulu dia tak goreng terung tu. Tapi kat Rest Group Base, Kjee pasti mereka goreng dulu. Rasa-rasanya peria pun boleh dimasak seperti ini. Goreng dulu peria tu seketika. Nanti Kjee nak cuba buat.

Sedap makan dengan nasi putih panas dan ikan goreng jer. Selamat mencuba.







TERIMA KASIH SEMUA





Assalammualaikum.

Memang dasyat penangan jerebu kali ini. Dua minggu Kjee terlantar kerana demam panas, batuk dan selsema. Badan menjadi cukup lemah. Hanya mampu baring sahaja.

Mujurlah Kjee tak kena serangan asthma. Last kena masa serangan asthma, 10 tahun lalu. Doktor beri ubat steroids. Tu yang menyebabkan badan naik macam belon.

Anyway, syukur Alhamdullilah kini Kjee sudah hampir pulih. Dah boleh ke dapur untuk masak yang mudah-mudah. Tetapi tidak boleh lakukan aktiviti lain yang lasak-lasak sebab badan cepat penat.

Terima kasih semua yang masih sudi jenguk blog Kjee. Setiap hari tak kurang dari 15-ribu page views. Agaknya setiap hari korang harap-harap ada entri baru dari Kjee. Bukan sesuatu yang disengajakan. Nak duduk depan computer pun rasa amat berat sangat.

Insya Allah selepas ini, blog ini akan kembali aktif seperti dulu. Doa-doakan untuk Kjee yer. Love you guys!



Friday, October 2, 2015

JEREBU PUNYA PASAL






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...