Thursday, December 31, 2015

KARI AYAM TANPA SANTAN








Kalau buat kari, baik ayam atau daging, Kjee selalu buat banyak-banyak. Bekukan dalam fridge. Nak makan, masuk jer dalam Microwave.

Lauk ni cukup versatile. Boleh makan dengan apa sahaja selain nasi. Gerenti sedap. Baik roti jala, roti canai, pulut, nasi impit, lemang, lempeng pekak dan kalau sesak-sesak dengan roti Gardenia pun sodap. Hehehe.

Oleh kerana Kjee dinasihati doktor kurangkan makanan bersantan, maka hari ni Kjee masak kari ayam ni letak sedikit susu cair. Dalam dua sudu besar sahaja. Rasanya tetapi maintain sedap. Well, tengoklah sapa yang masak kan? Hehehe

Resipi korang intai SINI.

Rahsia nak masak kari sedap korang intai SINI.

Itu ajelah cara Kjee masak kari yang kena dengan tekak Kjee. Kalau ada kata harus tambah itu, tambah ini, well, Less Is More! Sukati korang lah. Aku buat cara akum janji aku happy. Hehehe.

Selamat Menyambut Tahun Baru 2016.







Wednesday, December 30, 2015

SINGGANG IKAN KEMBUNG SAMA BUDU






Apabila masak Singgang, teringat arwah Bonda. Satu hari Kjee temankan beliau ke klinik. Doktor sarankan Bonda makan singgang. Tak ingat apa masalah kesihatan beliau masa tu. Seingat Kjee beliau ada Diabetes dan Darah Tinggi.

Dalam kereta Bonda tanya Kjee samada reti buat Singgang. Masa tu manalah ada Cik Google. Kjee geleng kepala. Makan pun tak pernah macam mana nak reti masak. Kelakar kan sebab Kjee tak tahu ada makanan/lauk nama Singgang!

Anyway, satu hari Bonda call Kjee di office dan beritahu, kalau teringin nak makan Singgang, jom lah ke rumah dia. Masa tu arwah Bonda tinggal di Kawasan Melayu, PJ. Kjee pulak, start kerja saja terus tinggal bersama kawan-kawan.

Rupa-rupanya Bonda mintak resipi dari adik perempuan dia yang kahwin dengan orang Terengganu.











Ohhh Singgang tu sup ya Mak? Ya kata Mak. Sebab tu Doktor syorkan Mak makan sebab sangat-sangat sihat. Main rebus-rebus atau campak-campak jer. Langsung tak ada minyak.

Hari ni Kjee masak Singgang. Yang ada dalam freezer cuma Ikan Kembung atau ada jugak orang panggil Ikan Temenung. Hehehe. Kjee masak Singgang sebab doktor cakap paras kolestrol jahat dalam tubuh Kjee melebihi bacaan 2.6. Alahai baru 3.7! Ada kengkawan Kjee melebihi paras 7.

Apabila Kjee tanya doktor samada Kjee akan diberi ubat turunkan paras Kolestrol jahat, dia kata tak perlu kalau Kjee tak nak. Hanya kena kawal makanan. Hmmm kalau gitu, tak payah lah makan ubat kan?

Kjee jarang-jarang masak Singgang sebab Nadia lebih terer buat. Ada sekali tu, Kjee dan UnclePali terkejut apabila Singgang yang dia masak, sedap sangat. Kjee tanya resipi, Nadia garu kepala. "Yang macam Mama ajar dululah!" Hmmm air tangan dia lagi sedap dari sifu. Hehehe.








Tadi ada lima ekor Ikan Kembung. Kjee bersihkan dan potong dua. Kemudian Kjee hiris 1 labu bawang besar, 2 ulas bawang putih, 2 inci halia, 1 inci kunyit hidup, belah dua 5 biji cili padi dan ketuk 3 batang serai.

Semua tu Kjee masukkan dalam periuk, letak air secukupnya dan didihkan. Oh ya, jangan lupa 3 keping asam gelugor atau asam keping. Garam hanya diletak disaat akhir masa lauk ni dah siap.

Orang Pantai Timur, makan lauk ini dengan budu. Dan memang rezeki Kjee tadi. Bukak peti ais dan ternampak satu botol budu. Cara Kjee sediakan budu ni, Kjee hiris bawang dan ketuk-ketuk cili padi. Letak dalam mangkuk, curahkan budu kemudian perah sebiji dua limau kasturi. Betul ke cara ni? Nasib lah. Hehehe.

Hidang dengan nasi panas. Suruh mak mertua lalu depan masa kita tengah makan. Lalu belakang memang tak nampak. Oppppsss kenapa pulak dia mesti lalu depan or belakang? Bukan ke dia pun kena makan sama? Hehehe.






Tuesday, December 29, 2015

MAJLIS MALAM APRESIASI ARTIS SEPANJANG ZAMAN



Dah melepasi usia senja, mokcik suka pulak amik gambar especially dengan sahabat-sahabat dalam industri sama. Manalah tahu, lepas ni kami tak berjumpa lagi. So, mokcik atau mereka mungkin ada kenangan bersama.

Semua foto ini diambil UnclePali ketika Majlis Malam Apresiasi Artis Sepanjang Zaman yang dianjurkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Finas dan RTM pada 19 Disember 2015, lalu.

Rakaman rancangan itu akan dapat ditonton malam ini jam 9 malam di RTM1. So jangan lupa tonton kalau nak tengok artis-artis veteran seperti Dato Khadijah Ibrahim, kakaknya Sophia Ibrahim, Salamiah Hassan, Zaiton Sameon, Rohana Jalil. Jefri Din, Andre Goh, Nassier Wahab serta Uji dan Hail Amir menyanyi.

Terima kasih pihak penganjur yang memberi sumbangan wang tunai kepada kami. Alhamdullilah jasa kami dikenang.

Sorry ya mokcik enter frame dalam setiap foto. Ini pun dah kira okay sebab UnclePali tak duduk semeja dengan Kjee. Kalau semeja, mahu lagi banyak foto dapat diabadikan. Intai-intai lah jugak mana tau ternampak Mokcik terhegeh-hegeh kat situ. Hehehe.




Artis yang membuat persembahan


Datuk Kat

Datuk Maria Menado

Zaiton Sameon


Kak Jah


Azian Mazwan Sapuwan

Siti Fairuz, Sri, Ibnor Riza dan Sawiah

Produser/Pengarah Datuk Haji Amin dan Isterinya Datin Hajah Jan,

Salwa Abdul Rahman

Salleh Yaacob

Kanan sekali penyanyi S Mariam. Kiri sekali Mastura Apa Kono Eh Jang. Sebelahnya Mas Omar


Noraniza Idris

Isteri Hail Amir
Sri, isteri Ibnor Riza dan peserta Kilauan Emas

Sunday, December 27, 2015

SELAMAT PENGANTIN BARU ADILA/OMAR






A small world, indeed! Pengantin lelaki, Omar Abu Bakar, adik kepada sahabat Kjee, Muzlina Abu Bakar, mantan editior hiburan Utusan Malaysia. Pengantin perempuan, Noor Adila Saehuri pulak, follower tegar blog Kjee. Silent reader selama ini rupa-rupanya. Kjee sibuk ucapkan Selamat Pengantin Baru, Adila sibuk cerita pasal keterujaan dia baca blog kita. Hehehe.

Sama cantik, sama tinggi, sama padan!! Selamat Pengantin Baru. Moga kekal bersama hingga ke nafas terakhir. Insya Allah.

Majlis kenduri mereka jugak temukan Kjee dengan ramai rakan media yang sudah terputus hubungan sejak sekian lama. Antaranya Presiden Persatuan Wartawan Melayu Datuk Yazid Othman dan isterinya wartawan hiburan Datin Norbaya Musa, mantan Presiden NUJ (Persatuan Wartawan Kebangsaan) Norila Daud, Inai, Noor Bathi Badarudin serta mantan PR syarikat rekod EMI Norisah Sulaiman. Turut hadir Datuk Nuraina Samad, wartawan veteran NST yang juga anak my mentor Tan Sri Samad Ismail.

Artis-artis yang Kjee nampak, antaranya Datuk Sarimah Ahmad, Dato Aziz Singah dan jugak Dato Rosyam Nor.




Pengarah drama Yusuf Wahab, Muzlina, Datuk Nuraina bersama Datuk Sarimah

Masih ayu jelita

Dua-dua berbinkan lelaki bernama Samad

Nurbaya Musa, Yazid Othman, Norila, Noor Bathi, Inai dan Norisah

Old friends

AIR HERBA AJAIB PAK ANUAR



Dibuka setiap hari





Memang dah lama Kjee dengar pasal Air Ajaib Pak Anuar di Pengakalan Batu, Melaka yang didakwa boleh menyembuh pelbagai jenis penyakit. Banyak dah tersebar dalam akhbar dan internet.

Kjee pun ada dengar banyak testimoni daripada mereka yang pernah mencubanya. Teruja sangat nak minum air ajaib Pak Anuar ni yang kononnya dari air rebusan sejenis pohon yang mengeluarkan bunga kuning ala teropong. Pohon bunga ni Pak Anuar, seorang tukang kebun sekolah, tanam di sekolah itu untuk mencantikkan lanskap sekeliling.

Menurut cerita, seorang kawan beritahu Pak Anuar, daun pohon itu boleh menyembuhkan penyakit. Pak Anuar cuba dan mendapati keberkesanannya. Lalu, dia pun mula merenih air tersebut dan berikan kepada jiran-jiran dan sahabat handai yang ada penyakit.

Setelah mereka sembuh, berita 'keajaiban' air tersebut mula menjadi buah mulut. Dan Pak Anuar dan keluarga mula sibuk menyediakan air tersebut setelah tidak putus-putus menerima kunjungan orang. Pak Anuar tidak meletakkan harga kepada air ajaib tersebut. Sedekah aje. Mulia sungguh kan?

Dah banyak kali ajak UnclePali pergi, tak jugak-jugak kesampaian. Ada aje aral, sehinggalah Kjee singgah makan di Zaiton Tomyam aritu. Taukenya Sham Norrizan yang nampak Kjee susah sangat nak jalan setelah duduk berjam-jam, syorkan Kjee cuba air ajaib Pak Anuar itu.








Jadi, lepas Zohor semalam, kami pun geraklah ke Melaka. Doa selepas solat, agar Allah swt permudahkan. Maklumlah hari cuti kan? Jalan mesti sesak dan Kjee pasti pengunjung ke rumah Pak Anuar pun mesti ramai. Ada orang bercerita, susah nak letak kereta. Orang terlalu ramai.

UnclePali pun waze 'Air Herba Ajaib'. Tertera terus di skrin telefon arah ke Pengkalan Batu. Sepanjang jalan panas terik tetapi trafik lancar. UnclePali masuk Alor Gajah seperti yang diarahkan Waze. Tak sampai 20 minit kot dari tol Alor Gajah, kami sampai di Parit Melana. Tetiba mata Kjee nampak di sebelah kiri satu banner kecil yang tertera Air Ajaib Pak Anuar!

UnclePali sudah terlajak. Kjee suruh dia undur. UnclePali tak berapa minat nak ikut arah banner itu sebab katanya, kalau ikut Waze, Pengakalan Batu tak jauh dah. Tapi Kjee suruh jugak dia cuba intai-intai ikut banner tu.

Kami menyusur jalan kampung yang macam tak ada penghujung. Tetiba kami nampak banyak kereta. Dekat rumah ada kemah dan bawah kemah ada meja dan ada dalam 50 orang pengunjung. Ada banner besar Air Ajaib Pak Annuar.

Alhamdullilah dah sampai. Sungguh dipermudahkan.

Iniu adalah cawangan Air Ajaib Pak Anuar setelah rumahnya di Pengakalan Batu tidak dapat menampung kebanjiran pengunjung. Sudah 6 bulan beroperasi.








Kjee tengok ramai orang keluar masuk bawak Thermos Flask yang besar-besar. Kami pun ada sediakan satu. Khabarnya, hanya boleh bawak balik air (kalau mahu) guna Thermos Flask. Botol plastik tak boleh. Malah ada jual thermos flask di situ dengan harga RM50!

Kjee cari meja kosong berhampiran. UnclePali dan Nadia terus ambil air ajaib yang panas mendidih itu dalam mug yang disediakan.

Kjee bersembang dengan seorang wanita yang berasal dari Kuantan. First time dia datang. Suaminya kena strok. Katanya, dia sampai sebelum Zohor dan ramai sangat orang. Mujur Kjee sampai dekat Asar.

Kjee pun cuba minum air ajaib ini. Rasa seperti teh yang dicampur gula merah. Tetapi hanya manis buah. Kena minum panas-panas dan jumlah gelas yang harus diminum adalah mengikut angka ganjil. Lagi teruk penyakit, lagi banyak gelas yang harus diminum.

Nadia berjumpa dengan Alia, kalau tak silap Kjee, menantu Pak Anuar. Dia kata Kjee kena minum antara 5 hingga 7 gelas sehari. Kena amalkan pantang ketika minum air ini iaitu tidak boleh makan Ikan Pari dan minum Nescafe! Bukan Kjee aje tau. Semua orang!! Rasanya tak jadi masalah.

Alia juga menjual satu peket daun tersebut dengan sepeket kecil ramuan rahsia Pak Anuar dengan harga RM50. Rebus daun dan ramuan itu guna 15 liter air selama 45 minit. Minum ketika masih panas.

Setelah mengisi Thermos lebih kurang 10liter tu, kami pun gerak pulang. Sempat jugaklah Kjee minum 3 mug air ajaib kat situ.

Walaupun pada bisnes kad di atas tu, ada dua hari cuti sebulan tetapi difahamkan, ia dibuka setiap hari dari jam 2 petang hingga pagi. Ada surau di depan rumah tersebut.

Mulai Sabtu ini 1/1/2016, ada cawangan akan dibuka di Petaling Jaya. Lihat banner dibawah. Tak payahlah kami ke sana lagi ke Melaka nanti ya.
















Saturday, December 26, 2015

HARGA ISTIMEWA TANPA GST








Harga istimewa ini sah dari 26 sehingga 31 Disember 2015 sahaja! Harga empat botol dengan gst adalah RM410! Rebutlah peluang ini kerana ia tidak akan berulang lagi. Hanya untuk customer baru.

Kjee menggunakan product L'arome Warm Serum ini sendiri. Semua testimoni adalah hasil kejayaan Kjee. Bukan testimoni orang lain!

Hebatnya L'arome ini ialah, setelah menggunakannya secara teratur, lemak-lemak yang hilang tidak akan terkumpul kembali!

Cubalah baru tahu! Kalau minat, sila Whatsapp 01131771389. Kjee akan berikan cara-cara yang berkesan untuk mendapatkan saiz badn yang ideal.

Klik SINI untuk baca testimoni Kjee.


Friday, December 25, 2015

PULUT PANGGANG SERUNDING IKAN






Memang tak ada plan pun nak buat Pulut Panggang arini. Tapi rasa nak bawak pulak something untuk perjumpaan bersama adik-adik Kjee malam nanti. Kjee bukak peti ais, nampak satu bekas Serunding Ikan. Pemberian siapa Kjee dah lupa. Isyhhhh makin tua ni asyik lupa aje. Then nampak jugak ada ½ peket pulut.

Sengih sorang-sorang. Pulut Panggang lah camni kan?! Memang lama tak buat. Hari tu lalu dekat Sri Rampai, nampak ada orang jual. Tapi Nadia bawak kereta laju jer. Nak suruh dia stop takut terbabas pulak. So, simpan aje lah keinginan nak makan. Hehehe.

Kjee buat Pulut Panggan ekspres. Initi yang dah siap. Ada juga Serunding Daging atau orang sebelah Pantai Timur panggil Sambal Daging. Tapi kalau buat Serunding Daging, UnclePali tak boleh makan lah pulak.








Jadi, ½ peket pulut susu pemberian sahabat Kjee yang suaminya orang Ganu, Kjee rendam seketika. Lebih kurang 10 minit. Kemudian Kjee kukus setelah letak santan dan garam secukup rasa. Santan tu (dari satu kotak santan campur lebih kurang air), harus menutupi kira-kira satu inci permukaan pulut. Kukus sampai pulut masak. Sejukkan seketika.

Kjee guna daun pisang hutan yang berlambak belakang rumah. Daun pisang hutan keras sikit. Kena layur atas api. Kjee celur sikit dalam air panas yang kukus pulut tu.

Kemudian, cam biasalah letak pulut atas daun, dileperkan sikit, letak sikit serunding ikan dan gulung. Nadia kata macam buat sushi. Ya lah tu. Kemudian Kjee guna stapler jer untuk semat dua hujung pulut panggang tu.

Kjee panggang atas grill pan jer tak sampai 10 minit. Daunnya dah nampak kehitam-hitaman, okaylah kan.

Sedap makan ketika panas atau sejuk.





NASI LEMAK KU YANG CUKUP LEMAK





Kjee memang cerewet kalau makan Nasi Lemak. Especially kalau nama ajer Nasi Lemak tapi yang dijual, nasi putih. Well, sapa tak hot kan? Hehehe.

Jadi arini Kjee ajak Nadia buat Nasi Lemak Kampung yang cukup sinonim dengan Nasi Lemak Bungkus Rm1.20 yang Kjee jual masa meniaga dulu. UnclePali tukang bungkus. Suruh Kjee, jadi penyek. Hehehe.

Kjee kata Nasi lemak Kampung sebab tak renyah cam Nasi Lemak Bandar. Tak ada rendang ayam, rendang daging, sambal paru atau rendang kerang. Just Ayam Goreng yang dilumur serbuk cili, serbuk kunyit dan sedikit rempah kari. Of course garam mesti letak.

Nasinya pulak mesti cukup lemak. Nisbah beras, air dan santan adalah 1:1:1. Satu beras, 1 air, satu santan. Garam mesti secukup rasa supaya lemaknya, terasa.






Nadia guna beras wangi yang ada berbaki satu mug lebih sikit. Stail dia buat nasi lemak, setelah dikasi santan, garam, dan diletak daun pandan, Nadia akan tanak atas dapur sehingga ¾ kering. Kemudian dia sambung kukus hingga sempurna masaknya.

Sambalnya tadi Nadia biarkan kosong aje. Papa dia kan kena gout jadi tak boleh makan ikan bilis. Ikan bilis digoreng garing.

Seperti biasa, Nasi Lemak perlu ada telor goreng atau telor rebus. Kjee buat dua-dua sekali. Dan perlu ada timun sebagai pelengkap. Tadi masa makan terfikir, kenapalah tak suruh UnclePali beli kangkung. Kalau dicelur, letak sedikit garam, aduhai barulah nasi lemak kampung namanya!!

Itu jer.


Ginilah Nasi Lemak Bungkus UnclePali. Ini foto ori masa niaga dulu RM1.20 masa tu.









MINI QUICHE LETAK SOSEJ







Semalam plan nak buat Mini Quiche guna roti. Cari cara membuatnya di internet. Rata-rata kata, roti mesti fresh. Kalau tidak, tak sedap. Hmmm malas nak suruh UnclePali keluar beli roti. Takut dapat yang tak fresh. So, Kjee buatlah pastri cam biasa.

Kjee guna 200gms tepung gandum, 100 gms butter dan secubit garam. Buat serbuk roti dan curahkan sedikit demi sedikit air sejuk peti ais sampai jadi doh. Rehatkan lebih kurang ½ jam dalam peti ais. Doh sebanyak ini menjadikan ngam-ngam 12 biji mini quiche. Kjee guna tray acuan muffins.

Untuk inti quiche, Kjee guna 3 biji sosej, ¼ biji lada hijau benggala atau capsicum dan ¼ biji yang warna merah. Kjee dadu kecik lada tersebut. Juga dadu satu labu bawang besar. Begitu jugak dengan sosej. Dua batang Kjee dadu dan satu lagi Kjee hiris untuk letak atas quiche sebelum masuk oven.

Tumis guna sedikit minyak semua bahan-bahan yang telah didadu. Kemudian perasa dengan garam. Apabila sudah lembut, tepikan.








Pukul 4 biji telor. Letak sedikit lada hitam dan garam. Jangan masin sangat sebab bahan tumis pun dah diletak garam.

Keluar doh dari peti ais dan bahagikan kepada 12 bahagian. Leperkan dan letak dalam acuan muffins. Cucuk-cucuk bahagian bawah pastri dan bakar selama lebih kurang 20 minit. Suhu oven 180 darjah. Dan agak garin, keluarkan.

Isikan lebih kurang satu sudu kecik inti ke dalam kulut quiche. Susun sosej yang telah dihiris. Kemudian perlahan-lahan curahkan telor. Taburkan ceddar cheese (kalau suka) diatas permukaan quiche sebelum bakar.

Bakar sehingga masak dan warnanya keperang-perangan. Lebih kurang 25 minit. Suhu 180.

Boleh makan begitu sahaja atau dengan sos cili. Boleh jugak dibekukan dan panaskan dalam microwave kalau nak makan.

Mungkin boleh dijadikan bekal untuk anak-anak ke sekolah nanti.





Thursday, December 24, 2015

TART TELOR HONG KONG










A few days ago, ada seorang pembaca blog Kjee ni, email mintak resipi Hong Kong Egg Tarts. Katanya, dia pernah buat resipi yang Kjee masukkan di sini dulu. Tapi sekarang sudah tak jumpa. Memang tak boleh jumpa sebab Kjee dah padam. Pemilik resipi tu banyak sangat songeh. Jadi, Kjee terus keluarkan entri tersebut.

Apapun, Kjee telah guna resipi itu untuk menjual Hong Kong Egg Tarts dulu. Memang mendapat sambutan yang hangat. Ramai jugak yang guna resipi itu untuk meniaga. Justru, Kjee malas lah nak niaga lagi.

Berbalik kepada Norlaila yang berasal dari Kuching, Sarawak, emailnya itu membuat Kjee teruja pulak nak buat Hong Kong Egg Tarts ini. Kjee dah simpan resipi ini agak lama. Kjee rasa memang akan menjadi seperti resipi dulu kerana Kjee amati semua resipi dalam blog tersebut. Dan nampak pemilik tersebut ikhlas berkongsi resipi.






Cuma resipi ini dikatakan cukup untuk 8 biji egg tarts. Dia tak kata pulak besar mana saiznya. Jadi, Kjee main hantam sahaja guna acuan yang Kjee guna dulu untuk meniaga. Alhamdullilah ngam-ngam dapat 8 biji. Dan adunan kastadnya jugak elok-elok saja untuk 8 biji tart egg tarts. Resipi sebelum ini, banyak pembaziran kastadnya!

Dan apabila keluar dari oven tadi, memang puas hatilah dengan kejadiannya. Sebiji macam resipi yang dulu. Dan kastadnya kini lebih ringan dan sedap.

Hong Kong Egg Tarts memang rapuh. Jadi, hati-hati ketika mengeluarkan dari acuannya.




Ini acuan yang Kjee guna. Adunan dapat 8 biji.









HONG KONG EGG TARTS
Sumber: China Sichuan Food

KASTAD
2 biji telor (dipukul dan keluarkan 1 sudu besar untuk pastri)
90ml air panas
35gms gula halus
2 sudu besar susu cair
sedikit vanilla
secubit garam (Kjee tak letak)
setitis pewarna kuning (Kjee tambah)

Gula dimasukkan ke dalam air panas. Apabila sudah larut, masukkan susu cair. Kacau rata kemudian masukkan telor yang telah dipukul. Tapis. Tepikan.

PASTRI
90gms tepung kek (Kjee guna tepung gandum)
50 gms unsalted butter (Kjee guna salted butter)
25gms gula icing (Kjee letak 1 sudu sahaja)
1 sudu telor (yang diasingkan dari kastad tadi)
secubit garam (Kjee tak letak)
sedikit vanilla (Kjee tak letak)

Campur tepung dan gula icing. Kalau nak ayak bolehlah. Kemudian ramas butter bersama tepung hingga menjadi serbuk roti. Letak 1 sudu besar telor tadi. Uli perlahan-lahan hingga menjadi doh. Adunan ini agak lembik. Jangan tambah tepung. Tapi boleh lumurkan sedikit tepung di jari ketika mengulinya.
Bulatkan doh, bungkus dalam plastic wrap dan simpan selama ½ jam dalam peti ais. Kalau nak rehatkan lebih lama lagipun ok. Tujuannya untuk mudahkan ia dibentuk ke dalam acuan nanti.

Keluarkan doh dan bahagi kepada 8 bahagian. Terapkan dalam acuan. Kjee rehatkan lagi dalam peti ais selama ½ jam.

Panaskan ketuhar. Set kepanasan ke 200 darjah.

Susun pastri yang telah diterap ke dalam acuan. Kemudian tuangkan adunan kastad ke paras ¾ pastri. Bakar selama 15 hingga 20 minit. Di lima minit terakhir, turunkan suhunya ke 150 darjah. Ini untuk elakkan kastad mengelembung.

Ianya siap setelah kastad mengeras. Dan dianggap berjaya kalau tidak mengelembung. Hehehe.

Keluarkan dari acuan setelah ia sejuk sedikit.

NOTA KAKI:
Kjee ikut resipi asal tanpa bakar kulitnya secara blind bake. Ada kata lebih suka kulitnya garing. Terserahlah. 
























Tuesday, December 22, 2015

SIAKAP BERLADA LETAK PETAI







Kalaulah hujung minggu, Kjee pasti kukus aje Ikan Siakap ni. Nadia cukup suka Siakap Steam. Dah lama tak buat. Tapi dek kerana working day, maka Kjee pun buatlah Ikan Siakap Goreng Berlada letak Petai.

Masa pergi Hero Market tadi memang ada plan nak buat Ikan Goreng Berlada. Nak intai dulu harga. Maklumlah harga ikan melambung naik sekarang. Ikan Merah dah hampir RM40 sekilo. Apsal mahal sangat kan?

So sambil intai-intai, mata ternampak pulak ikan Siakap. Wah memang tepatlah kalau nak buat Goreng Berlada.

Kjee rembat dua ekor. RM21. Suruh budak tu kasi bersihkan dan potong dua. Eh nak potong tiga lah. Pastu ubah fikir pulak suruh potong dua. Bangla tu hangin pulak. Eh aku punya sukalah kan. Opppsss Kjee cakap elok-elok tadi dengan Bangla tu. Maklumlah dia tengah pegang pisau pemotong yang besor tu. Hehehe.








Dalam perjalanan pulang, nampak pulak orang jual petai. Rembat 1 ikat 3 papan. Wah, ini sudah bagus. Three in one. Cili Berlado, Ikan goreng dan Petai. Yayyyyyy.

Sampai rumah, terus tukar uniform dapur dan start masak.

Kjee potong lagi satu potong kecik each dari belah ekor Ikan Siakap tu, sebab nampak besar lah sangat. Dua potong tu boleh buat bekal Nadia lunch esok. Mesti dia suka kan?

UnclePali tolong kisar kasar-kasar dekat ½ kg cili merah dalam food processor. Tak rajin nak menumbuk. Kjee guna empat biji bawang sederhana besar dan 4 ulas bawang putih. Semua dikisar kasar. Pastu bila dah cuci Food Processor, baru teringat nak tambah cili padi Bangla. Hmmm ketuk-ketuk jer 10 biji cili tu. Aiseyman mesti terlajak pedas nanti lauk aku.

Masa menunggu semua tu siap, Kjee goreng ikan Siakap separuh masak. Kalau buat sambal atau Goreng Berlado, Kjee tak suka ikan tu garing sangat. Nanti keras. Setengah masak tu is just nice.









Ikan keluar, masukkan pulak petai. Goreng dalam 2 minit jer. Pastu keluarkan.

Minyak yang sama Kjee guna untuk tumis sampai berdeshim satu taman  bawang dan cili hidup dan jugak cili padi bangla. Goreng sampai garing. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Goreng sehingga semua bahan tu lembut dan sedikit garing. Api jangan besar yer. Nak tau kenapa mesti api tak boleh besar, korang cuba buat. Padan muka. Hehehe.

Apabila sudah cukup rasa, masukkan ikan goreng tadi bersama petai. Golek-golek seketika dan padam api. Sudah boleh dihidang bersama nasi putih.






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...