Saturday, January 9, 2016

AYAM KICAP MADU SELASIH







Sejak tengok Taiwanese Three Cup Chicken di Asia Food Channel (AFC) hari tu, Kjee asyik teringat aje. Tetapi antara bahan-bahan penting yang harus dimasukkan dalam makanan itu ialah Chinese Rice Wine.

Kjee google untuk cari alternatif kepada CRW tetapi rata-rata, hanya boleh diganti dengan dry Sherry. Hmmm lagi nahas. Arak tu. Kemudian, Kjee cuba jugak fikir samada mahu gantikan dengan air tapai sebab CRW adalah penapaian air beras. Jenuh pulak nak cari orang jual air tapai.

Akhirnya, Kjee buat keputusan guna Apple Cider atau cuka epal.

Nyata sekali pengunaan Apple Cider, pilihan tepat. Kjee juga tokok tambah bahan-bahan sendiri. Resipi asal Three Cup Chicken hanya kicap cair, sedikit kicap hitam, bawang putih, halia dan tentunya ayam. Satu lagi bahan penting, daun selasih atau Thai sweet Basil. Resipi asal juga guna cili padi Thai.

Sambil masak, Kjee tokok tambah. Keputusannya amat memuaskan. Dah tak boleh panggil Taiwanese Three Cup Chicken lagi sebab bahan-bahannya dah berubah. Kjee letak apa sahaja mengikut naluri atau instinct. Tetapi Kjee pastikan semuanya disukat dengan betul. Manalah tahu kalau sedap, sekurang-kurangnya Kjee dah ada resipi kan? Hehehe.






Kjee guna lebih kurang 500 gms ayam yang dipotong sebesar 2 inci atau bite sizes. Kemudian ayam tersebut digoreng separuh masak guna minyak yang sedikit. Tepikan.

Kjee hiris lebih kurang 4 inci halia serta 8 ulas bawang putih. Panaskan kuali yang sama goreng ayam tadi. Tambah lebih kurang dua sudu besar minyak bijan (sesame oil). Apabila sudah panas, goreng halia hingga garing. Kemudian masukkan bawang putih dan goreng lagi sampai warnanya menjadi keperang-perangkan.

Masukkan ayam, dua cawan air dan rendidih guna api perlahan.

Kjee kemudian memasukkan 2 sudu besar kicap lemak manis, 1 sudu kecik kicap pekat hitam (kicap ini tiada rasa), 2 sudu kicap cair (Kjee guna fish sauce), 2 sudu sudu besar apple cider dan 2 sudu madu. Kacau sampai rata.

Kemudian apabila melihat kuahnya semakin kering, Kjee tambah satu lagi cawan air dan rendidih perlahan sehingga ayam elok empok. Ketika ini Kjee masukkan 5 biji cili padi yang telah dibelah dua. Kjee guna cili padi Bangla yang merah dan pedas.

Apabila kuahnya sudah hampir kering, Kjee campur 1 sudu kecik tepung jagung dengan sedikit air dan masukkan ke dalam kuali. Besarkan api dan kacau pantas-pantas. Sebelum padam api, masukkan daun selasih. Banyak mana Daun Selasih, ikut suka tetapi Kjee suka letak banyak.

Gaul hingga daun layu dan hidangkan.

Kjee suka sangat dengan hasilnya. Rasanya ada pedas, manis dan masin. Ini resipi baru Kjee yang Kjee akan buat berulang kali nanti. Kalau suka boleh tabur kacang goreng (kacang tanah) atau kacang gajus. Tadi lupa nak letak. Hehehe

Selamat mencuba.










1 comments:

Keladi Ubi said...

wahhh..nmpk sedap....

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...