Pages

Friday, January 22, 2016

HASHBROWNS UNTUK SARAPAN






Pagi ini kononnya nak buat Hashbrowns untuk breakfast kami bertiga tetapi terkejut sedar-sedar dah pukul 6.30 pagi. Sempat Suboh lepas tu berlari ke dapur. Tapi UnclePali dan Nadia kata tak sempat kot nak sarapan bersama. Nadia asyik bising hari-hari jalan kat Keramat jem. UnclePali tak complain sebab mungkin dia drive ikut jalan lain.

Hashbrowns adik beradik lempeng. Kalau mak kita mesti kata.."ohhh Lempeng Kentang Sagat". Hehehe.

Tetapi oleh kerana dah teringin nak makan, Kjee pun buatlah. Buat sebiji aje cukuplah. Tetapi bila tengok kentang dalam pantri, semuanya besar-besar sebab masa beli hari tu plan nak buat inti karipap. Kentang besar senang nak kopek kulitnya dan dadu untuk inti.

Bila dah sagat baru Kjee sedar boleh buat dua biji Hashbrowns kalau guna kuali kenit non stick yang berukuran lebih kurang 6 inci. Hmmm kalau dua biji, maknanya, hari ni tak payah lunch. Elok jugak sebab Nadia dah warning pepagi tadi suruh Kjee rehat. Tiap malam dia balik, Mama dia asyik komplen penat. Hehehe.











Okay selepas buang kulit, Kjee sagat guna box grater. Perah dan buang air kentang tadi. Dadu sebiji bawang besar dan campur. Kemudian pukul telor sebiji, letak garam dan lada hitam. Gaul telor itu bersama kentang dan bawang tadi. Rasa. Mesti secukup rasa.

Kemudian panaskan kuali. Kjee guna kuali non stick yang berukuran 6 inci. Sapu sedikit mentega dan kaup kentang tadi letak dalam kuali dan leperkan. Jangan terlalu tebal. Guna api sederhana. Hanya diterbalikkan setelah dirasakan ia sudah garing. Kalau tidak, risiko Hashbrowns akan pecah. Pastikan Hashbrowns cukup masak baru dialihkan ke pinggan.

Ada perbagai cara untuk makan Hashbrowns. Kjee pernah jadikan ia burger. Caranya, letak daging burger yang telah dipanggang diatas sekeping Hashbrowns. Kemudian letak salah atau tomato dan lapikan dnegan sekeping lagi.

Kjee jugak pernah makan dengan Scrambled eggs. Dan jugak kalau malas, goreng aje Telor Mata.

Hari ni, Kjee letakkan sekeping cheese diatas Hashbrowns dan makan dengan Baked Beans.

Boleh makan dengan sambal tumis. Sukati kan. Tekak kita. Dan kita yang buat dia. Hehehe.

Selamat mencuba.




Hashbrowns dengan Scrambled Eggs



Hashbrowns Burger



Hashbrowns dengan Telor Mata Kerbau



1 comments:

Fieda Zan said...

saya baru balik minum air kelapa ngan lempeng kelapa..sebiji cam hashbrown kak jie.. rangup dan lebut didalam...nanti weekend nak cuba buat lempeng kentang aka hashbrown..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...