Tuesday, January 19, 2016

POPPERS KENTANG KEJU








Dah berzaman Kjee tak buat Cheese Potato Poppers. Dulu masa Nadia sekolah rendah, rajin Kjee buat untuk bekal dia ke sekolah. Bukan tak boleh beli tetapi semua tak menepati citarasa. Baik poppers mahupun nuggets. Selain mereka letak terlebih perisa (kekadang sampai tahap terlalu masin), Kjee berasakan ia tidak sihat, berbanding buat sendiri.

Kjee teringat nak buat kembali setelah Nadia beli satu peket Cheese Poppers kat Ayam Mas aritu. Terlebih masin. Daripada banyak komplen dan buat dosa, baiklah buat sendiri kan?

So pagi tadi, Kjee pun ke dapur dengan tujuan nak buat poppers. Tiada resipi yang khusus. Cuma cuba refresh apa yang Kjee buat dulu-dulu.

Kjee guna 6 biji kentang. Lebih kurang ½ kilo. Kentang dari Indonesia, rasanya. Tapi sekejap jer rebus dah lembut. Cuci dan gosok pelan-pelan setiap biji dan rebus tanpa buang kulit. Jangka masa terpulang kepada kentang yang korang gunakan. Cucuk tengah-tengah kentang dengan hujung pisau untuk pastikan ia sudah elok empuk. Buang kulit.










Letak dan besen dan letak lebih kurang satu sudu besar butter, sedikit garam dan lada hitam. Terus lenyek ketika ia masih panas. Guna apa jua gadget yang korang ada untuk lenyek. Buat macam nak buat mashed potato. Rasa. Mesti secukup rasa.

Kemudian letak lebih kurang tiga sudu besar tepung gandum. Mulakan dengan dua sudu dulu. Kalau perlu, baru tambah satu sudu lagi kalau doh terlalu lembik. Ia harus diuli seketika menjadi doh yang sederhana lembut.

Keluarkan cheese dan baked beans (kalau guna). Toskan baked beans tu daripada sosnya. Kalau terlalu banyak sosnya, doh akan menjadi lembik.

Bulatkan doh ikut besar mana korang nak poppers itu. Kjee buat dua saiz. Satu Kjee buat lonjong yang Kjee hanya letak Mozarella Cheese. Yang bulat-bulat Kjee letak Ceddar Cheese dan Baked beans. Boleh letak apa jua inti yang korang suka.




Celup dalam telur, kemudian dalam bread crumbs


Bread crumbs


Leperkan doh dan letak cheese (dan baked beans) dan bentukkan menjadi bulat atau lonjong. Kemudian dicelup dalam telor (yang telah dipukul manja) dan dicelup pulak dalam bread crumbs.

Kjee buat bread crumbs sendiri. Kjee guna roti berbaki yang telah lama Kjee simpan dalam peti ais. Oleh kerana ia kering dan keras, Kjee terus masukkan dalam food processor (blender pun boleh) dan kisar sampai halus. Jika roti yang masih segar dan lembut, bakar seketika dalam oven (atau panggang dalam kuali atas dapur). Jemur di tengah panas hingga kering, pun boleh. Apabila sudah garing, dikisar. Boleh simpan bread crumbs dalam bekas kedap udara dalam peti ais.

Alternatif lain, kaedah malas,  bread crumbs boleh dibeli kat kedai yang jual bahan kek atau bakeri.

Bekukan seketika dalam peti ais. Boleh digoreng terus atau  disimpan beku dalam bekas tertutup dalam peti ais. Bila hendak makan, boleh digoreng tanpa dinyah beku. Api hendaklah sederhana panas. Hati-hati ketika menggoreng kerana ia mudah pecah dan cepat hangit.

Boleh dijadikan bekal untuk anak ke sekolah. Atau untuk sarapan serta minum petang. Sedap makan sejuk ataupun panas. Kalau suka boleh cicah dengan sos cili.

Maaf foto dan hasil poppers tak begitu sempurna. Kjee tak berapa sihat tapi habiskan jugak buat sorang-sorang. Hehehe







4 comments:

adda syuhada said...

sungguh menyelerakan..

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Ni fav my son
Sedap nampak kak jee buat ni❤️

LM said...

Tq kakjie. Saya teringin nk buat utk bekal anak nnt

Rizziela said...

sedap gak ni

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...