Pages

Friday, February 12, 2016

CHINESE FRIED RICE







Ini kejadian semalam. Terjadinya ia sebab masa sakit aritu asyik duduk baring depan TV tengok Asia Food Channel. Chef omputih ker chef Cina ker, ada jer cuba goda kita masak Nasi Goreng Cina ni.

So kita buat semalam. Tapi kan Kjee ni tak berapa suka nak tayang foto makanan yang babitkan nasi. Nanti ada ada tukang masak (separuh masak) yang komen, kalau dia masak, nasi tu mesti tak patah-patah. Akan cantik sebiji-sebiji!

Ya ker? Who cares what you think and how you do it! Kjee masak dan share kejadiannya sebab nak kongsi idea dan menu. Bukan nak tayang kehebatan! Kalau setakat tayang kehebatan tapi resipi dikemut, hmmmm bawak ajelah resipi tu ke liang lahad. Itu yang selalu dipesan arwah Bonda.

Anyway, Kjee masak guna beras Herba Ponni Faizah, tanpa kanji yang khusus untuk pesakit diabetes. Rasanya kalau dah tanpa kanji, agak kosong. So, kenalah letak perisa lebih sedikit. Kjee letak ½ ketul aje chicken cube untuk satu mangkuk nasi.

Resipi korang klik SINI ya.





1 comments:

Bahrain said...

Makanan feveret saya nasi goreng cina.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...