Wednesday, February 17, 2016

KASTAD TELOR GULA MELAKA








Ini antara desserts kesukaan Kjee. Mudah untuk dibuat tetapi harus ada tahan kesabaran tinggi kerana ia sangat sensitif ketika dikukus. Terlalu besar api, ia akan bersarang. Terlalu kecil api, maka kena tungggu lama untuk kastad itu mengeras atau set.

Dah banyak kali Kjee buat ini guna resipi ibu saudara Nadia sebelah arwah abah dia. Kak Zah bagi resipi kastad telor dia masa Kjee mula-mula kahwin. Sukatannya, 6 biji telor, 1 tin susu manis dan 1 tin yang sama, air.

Susu manis tu tin separuh dari yang ada sekarang. Dah lama Kjee tak nampak. Mungkin dah dihentikan produksinya.

Kak Zah ajar cara buat gula hangus. Tetapi Kjee tak suka sebab pahit jadi, Kjee adjust sendiri letak gula Melaka. Cara Kjee, gula Melaka dimasak dengan air hingga pekat. Tapis. Hanya dicurah ikut suka masing-masing diatas kastad telor yang sudah siap dikukus.

Hari ni Kjee tak buat cara Kak Zah. Kjee buat cara kastad telor savoury yang Kjee buat hari tu. Milik blogger Sichuan Cina. Kjee adjust letak susu sebab Kjee suka dengan kelembutan kastad telor savoury tersebut.

Hasilnya, Kjee suka sangat. Texturenya halus dan sedap sangat dimakan kalau sudah disejukkan dalam peti ais.

Jom kita tengok resipinya.







KASTAD TELOR GULA MELAKA

sumber asal: Sichuan China

BAHAN-BAHANNYA:

6 biji telor
2 cawan air (450ml)
6 sudu susu manis (boleh tambah)
secubit garam
1 sudu kecil esen vanilla
sedikit pewarna kuning (optional)
1 ketul Gula Melaka
1 cawan air

CARA:

Masak gula Melaka dengan 1 cawan air hingga pekat. Sejukkan.

Jerang air dalam bekas pengukus. Apabila sudah mendidih, perlahankan terus api.

Campur susu manis dengan air hingga sebati. Pukul telor dan campurkan kepada susu yang telah dicampur susu manis. Kacau perlahan-lahan satu arah hingga sebati.

Masukkan secubit garam, esen vanilla dan pewarna kuning (kalau suka).

Tapi ke dalam acuan yang kecil-kecil atau bekas apa yang sesuai. Biarkan ia rehat lebih kurang 10 minit. Ini penting untuk larutkan buih-buih dalam adunan.

Kukus selama 15 hingga 20 minit atau sehingga kastad mengeras.

Sangat penting untuk kawal api. Terlalu besar, kastad akan bersarang.

Oleh kerana Kjee guna kukusan bamboo maka Kjee tidak tutup permukaan acuan atau bekas. Kalau guna kukusan biasa, pepandailah guna kain atau alluminium foil untuk elak air dari penutup kukusan menitis keatas permukaan kastad.

Curah sirap gula Melaka ketika hendak dihidang.


















0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...