Pages

Wednesday, February 24, 2016

MINUM PETANG JEMPUT-JEMPUT LABU






Masa kemas peti ais tadi, baru teringat ada sepotong Labu Manis yang Kjee beli kat Hero Market, Ahad lalu. Ingatkan nak buat Bingka tapi ubah fikiran apabila teringat Jemput-Jemput Labu masa singgah Restoran Jaja Jazz House hari tu. Tapi kerana dah kenyang, Kjee tak teringin pulak nak rasa.

Kjee buang kulit, dadu satu mangkuk kecik dan rebus sampai empuk. Kemudian Kjee lenyek sampai halus. Letak tiga sudu besar gula perang (soft brown sugar) dan secubit garam. Gaul rata. Kjee hanya letak dua sudu gula sahaja. Tapi seeloknya biarlah manis sedikit.

Kemudian dicampur labu lenyek tadi ke dalam satu mangkuk sama tepung gandum yang telah diletak satu sudu baking powder. Kacau sampai rata. Kalau dirasakan perlu, letaklah satu atau dua sudu lagi tepung gandum.

Panaskan minyak dan ambil sejemput dan masukkan perlahan-lahan ke dalam minyak. Buat sampai habis. Goreng guna api sederhana sehingga warnanya menjadi keemas-emasan.

Comel dan bulat-bulat jadinya. Itulah minum petang kami hari ini. Tapi kalau diberi pilihan antara Jemput-Jemput Pisang dan Labu, Kjee pilih jemput-jemput pisang.






2 comments:

miss eimanhikmah said...

kalau kuih manis2 ni memang feveret..hehehe

..in the swim.. said...

Jemput pisang n jemput labu puan cantik bulat bulat n smooth nampak - mesti sedap makan tak boleh berenti ...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...