Wednesday, February 24, 2016

SANDWICH PANGGANG CHEESE DAN CORNED BEEF







Segan sebenarnya Kjee nak share cara buat Grilled Corned Beef and Cheese Sandwich ni. Tetapi semalam ada a few friends kat FB yang mintak resipi masa Kjee tayang sandwich ni. Kata mereka, untuk panduan anak-anak buat hujung minggu ni.

Sukanya Kjee dengar bila dia orang kata nak suruh anak-anak buat. Kjee terus buat sekali lagi pagi tadi, setelah mendapat permintaan sedemikian. Ini sandwich biasa-biasa jer. Cuma roti dipanggang atau digril hingga garing baru letak cheese dan corned beef. Telangkup dan terus panggang lagi hingga cheese cair. Lebih kurang 3 atau 4 minit.

Kjee guna grill pan. Kjee beli di Ikea, a few years ago. Kjee gunakan grill pan atau dia orang panggil grill skillet, untuk bakar ikan, daging dan ayam. Kesan calar dia yang nampak menarik. Kalau tak ada, boleh guna kuali biasa. Not to worry.

Selain, itu, kalau ada yang tak makan corned beef, bolehlah diganti dengan ayam goreng. Kjee selalu buat dengan ayam lebihan KFC. Carik-carik isinya dan susun atas cheese atas roti gril tu.

Corned Beef boleh dibeli di kebanyakkan pasaraya. Ada macam-macam jenis dan pelbagai harga. Caranya, masukkan tin corned beef itu ke dalam peti sejuk semalaman. Kemudian, keluarkan ketika ia masih sejuk dan beku dari tin. Terus dihiris dan disimpan kembali dalam bekas bertutup sehingga mahu dimakan. Jika dibiarkan di suhu bilik, ia akan menjadi lembik.

Rasanya sangat sedap. Kjee selalu hiris dan simpan dan peti ais. Kemudian diratah aje. Namun kerana ia agak masin, lebih elok dimakan dengan roti.







Cara membuat sandwich ini supaya garing dan enak ialah, semua bahan-bahan seperti roti, butter, cheese, corned beef dan grill pan mesti disediakan sebelum bermula.

1. Panaskan grill pan

1.


2. Hiris butter dan letak dipermukaan roti


2.


3. Kemudian diletak atas grill pan.

3.


4. Api mesti sederhana. Terlalu besar roti akan hangus. Balik-balik. Kedua-dua belah mesti garing. Tak perlu tekan dengan sudip.



4.

5. Apabila sudah cantik garing, letak cheese dan corned beef. Telangupkan dengan sekeping lagi.
    Biarkan seketika. Dalam 3 minit atau kalau nampak cheese sudah cair. Angkat.


5.

6. Potong serong dua bahagian atau empat.


6.


Sedap dimakan ketika masih panas. Selamat mencuba





1 comments:

Kakzakie Purvit said...

Utk bawa bekal ke office pun senang ni:)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...